Baru-baru ini, ramai ibu mengunakan kaedah paced bottle feeding untuk memberi susu badan melalui botol. Jika anda ibu menyusu yang merancang untuk kembali bekerja selepas melahirkan bayi, anda mungkin sudah mula mengepam, mengumpul susu beku, dan telah memilih botol yang baik untuk bayi anda. Yang tinggal cuma cara menyusukan anak.
Mari kita bacakan apakah itu paced bottle feeding, langkah-langkahnya, dan manfaat memberi susu kepada bayi dengan menggunakan kaedah ini.
Apakah Paced Bottle Feeding?
Paced bottle feeding adalah kaedah menyusukan bayi yang meniru penyusuan susu badan dari payudara ibu. Cara penyusuan ini membolehkan bayi “mengawal” kuantiti susu yang diperlukan, mengenal rasa kenyang, dan berhenti menyusu, secara diri sendiri.
Kaedah ini bertentangan dengan cara pemberian botol susu biasa. Ia menyebabkan bayi minum susu dengan lebih perlahan, dan berusaha untuk mendapatkan susu, seperti yang dilakukan apabila menyusu dari payudara ibu.
Video mengenai Paced Bottle Feeding
Dalam video ini oleh Emerald Doulas anda boleh lihat:
- Bayi sedang duduk lebih tegak.
- Penjaga merangsangkan bibir bayi dengan puting botol
- Puting botol kemudian dimasukkan ke dalam mulut bayi
- Botol diberikan secara mendatar, untuk melambatkan aliran susu
- Selepas 20-30 saat minum susu, botol itu dicondongkan ke bawah atau dikeluarkan dari mulut bayi untuk menghentikan aliran susu
Cara melakukan paced bottle feeding
- Beri susu apabila bayi menunjukkan tanda-tanda lapar.
- Dukung bayi dalam kedudukan tegak, atau bersandar sedikit. Ini adalah untuk mengelakkan susu dalam botol daripada mencurah turun ke dalam mulut bayi.
- Biarkan bayi menarik puting botol ke dalam mulutnya. Biarkan bayi melekap pada puting botol seolah-olah dia menyusu dari payudara ibu.
- Sebaik sahaja dia melekap pada puting botol, datarkan botol susu. Ini membolehkan bayi untuk mengawal aliran susu dengan lebih baik.
- Berhenti seketika apabila bayi sedang menyusu, kerana apabila mereka menghisap dari payudara ibu, mereka akan berhenti rehat seketika.
- Jangan menarik botol dari bayi anda jika dia lagi aktif menghisap susu. Sebaliknya, berinteraksi dengan bayi anda dengan menggunakan mata. Tunggu reaksi atau tanda secara semulajadi dari bayi, untuk berhenti dan rehat.
Manfaat menggunakan kaedah ini
- Ia membolehkan bayi untuk mengikut corak penyusuan yang sama dengan menyusu dari payudara ibu. Ini boleh membantu mengurangkan kekeliruan puting ibu dan puting botol.
- Apabila bayi menelan susu dalam kedudukan mendatar, daya graviti akan menyebabkan susu curah daripada botol kedalam mulut bayi dengan banyak. Bayi terpaksa terus menelan untuk mengelak dari tercekik. makan serba memberikan bayi masa dan ruang untuk makan pada kadar mereka sendiri.
- Bayi tidak akan terlebih minum susu, dan ini akan mengurangkan masalah seperti perut berangin, muntah, dan obesiti kanak-kanak.
- Ia merangsang koordinasi mata dan tangan.
- Ia mengalakkan perkembangan sosial dan emosi. Bayi akan semakin rapat dan mesra dengan penjaga mereka yang bukan ibu (contohnya, bapa ataupun nenek mereka).
Sumber: Mamanatural.com, Lansinoh.com