'Insecure' Dengan Rakan Ofis Ayah Cantik, Anak Menangis Risau Ayahnya Kahwin Lain

Kahwin dua bukan hanya buat wanita dewasa triggered tapi juga kanak-kanak hingga ada yang sanggup suruh ibu 'buang' ayahnya. Kelakar sungguh!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika sudah namanya perempuan tidak kira kanak-kanak atau dewasa, pasti tidak boleh dipisahkan dengan perasaan cemburu jika lelaki yang disayangi dilihat dengan wanita lain. Tidak terkecuali kanak-kanak comel ini yang risau ayahnya kahwin dua!

Dalam video yang dimuat naik di laman tiktok menerusi akaun queenza.zhevanya, kanak-kanak perempuan itu dilihat bersungguh mempengaruhi ibunya supaya ‘membuang’ ayahnya ke tempat pembuangan sampah atau kebun kerana bimbang ayahnya kahwin lagi!

Apa yang akan anda baca dalam artikel ini?

  • Anak risau ayah kahwin dua cuba pengaruhi ibu ‘buang’ ayah
  • Ayah cinta pertama anak perempuan

Kahwin dua punya pasal, anak comel sanggup suruh ibu ‘buang’ ayah

Sungguh mencuit hati gelagatnya. Risau betul gayanya bila diberitahu di tempat kerja ayahnya ada wanita cantik, lantas dia cuba mempengaruhi ibunya untuk membuang lelaki itu ke tempat pembuangan sampah atau kebun!

Ikuti perkongsian perbualan adik dari Indonesia ini dengan ibunya yang sangat mencuit hati sesiapa saja!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Mami buang aja suami mami. Karena (kerana) dia kan sama (bersama-sama) cewek (wanita) cantik. Mami buang abinya. Ke tempat sampah, sekalian ke kebun. Karena kan abi sama cewek cantik. Kerja sama cewek cantik. Abi kan nggak (tidak) boleh kerja sama cewek cantik. Tau-tau abi suka? Nantik menikah lagi. Nanti tau-tau menikah sama cewek cantik lagi. 

Kelihatan bersungguh betul anak comel ini risaukan ayahya terpikat dengan gadis cantik di tempat kerjanya lantas cuba memujuk dan mempengaruhi ibunya membuang lelaki itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ayah cinta pertama anak perempuannya

Mungkin benarlah inilah yang dikatakan ayah cinta pertama anak perempuannya. Itu juga yang dikongsikan ibunya apabila anaknya jadi risau dan marah-marah hingga overthinking bila tahu ada ‘saingan’ di tempat kerja ayahnya!

Haru sungguh. Pasti ayahnya sedang risau mengenai ‘nasibnya’ nanti yang mungkin terpaksa dibuang di tempat pembuangan sampah atau kebun!

Tinjauan di laman itu mendapati ramai juga yang berkongsi mereka pernah alami perkara lebih kurang sama yang mana anak perempuan rasa cemburu bila ayahnya bercakap dengan wanita lain di tempat kerja.

Tetapi tidak kurang juga yang menasihati cuba alihkan perhatian anak ini kerana belum tiba masanya lagi untuk dia berfikir mengenai perhubungan pada usia empat tahun itu. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Mimpi Suami Kahwin Lain Boleh Buat Isteri Murung & Sedih, Ini 5 Makna Sebaliknya!

Baca juga: Isteri Pertama Hadir Perkahwinan Suami, Poligami Tak Salah Namun Jaga Hati Semua Pihak

Baca juga:  Konflik Dalam Perkahwinan Itu Biasa, Anda Hanya Perlu Bijak ‘Tackle’ Pasangan

Penulis

Lala Annuar