Dituduh Kahwin Kerana Harta, Suami Pula Bermesej Kekasih Lama, Wanita Ini Terus Cekal & Tabah

Wanita sering kali dipandang rendah jika berkahwin dengan seorang yang berduit dan berharta terutama kalau dia dalam kumpulan keluarga yang miskin dan biasa-biasa saja. Ikuti perkongsian ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Siapa yang tak sakit hati bila dituduh kahwin kerana harta terutama bila perkataan itu disebut oleh ibu mentua sendiri. Tentunya perasaan sedih dan kecewa akan terus meracun dalam diri.

Begitulah kisah yang dikongsikan wanita ini apabila suami menduakannya sementara ibu mentua pula tidak berpihak kepadanya.

Dituduh kahwin kerana harta – Suami berhubung dengan wanita lain

“Sewaktu berkahwin umur saya ialah 22 tahun dan perbezaan dengan umur suami adalah 8 tahun. Sudah tentunya suami lebih tua daripada saya. Kini, kami mempunyai 4 orang anak dan umur saya juga dah masuk 30 an.

Tidak disangka walaupun orang menganggap kami  loving couple namun suami yang saya sangat percaya rupanya cuba bermain kayu tiga di belakang yang mana dia mempunyai telefon bimbit lebih dari satu dan menyimpan telefon itu di dalam keretanya.

Bayangkan, setiap kali ke tempat kerja, dia akan guna telefon tersebut untuk berbalas mesej dengan perempuan lain yang lebih dari satu. Salah seorangnya adalah bekas kekasihnya yang hampir 15 tahun dikenali. Sementara yang seorang lagi bekerja dengan adiknya janda anak empat.

Ikutkan ini bukan kali pertama dia menipu sebegini. Malah sudah berulang kali dia melakukannya dari mengandungkan anak pertama hingga ketiga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika diikutkan hati, saya ingin memilih untuk bercerai memandangkan kewangan sudah mencukupi dan redha tiada jodoh antara kami. 

Dituduh perampas oleh ibu mentua

Tak cukup dengan itu, ibu mentua melukakan hatinya. Tiap kali tahu mereka bergaduh, ibu mentuanya akan menangkan anaknya yang sudah hampir masuk ke 40 tahun itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malah setiap kali bergaduh, setiap kali itulah juga ibu mentua akan mengatakan yang dia telah merampas anaknya dari bekas kekasih suaminya itu. Ini kerana, hubungan bekas kekasih dan ibu mentua sangat rapat.

Buat ibu mertua, saya sudah cuba menjadi menantu yang baik. Saya sudah mencuba menjaga hati suami dan ibu mentua yang saya sayang seperti ibu bapa saya. Tapi setiap kali datang rumah, ibu mentua tidak akan sentuh makanan yang saya masak dan hanya minum sahaja.

Itu belum termasuk adik-adik ipar yang tidak sukakan saya sedangkan kalau ikut pangkat saya lebih tua walaupun dari segi umur saya paling muda.

Berkorban demi anak-anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa yang saya korbankan pada hari ini bukannya untuk sesiapa tetapi untuk masa depan anak-anak yang cerah. Sebab itu saya menjaga, mengajar dan menghantar mereka ke tuisyen dan sekolah setiap kali suami keluar outstation.

Saya percaya Allah Maha Mendengar. Tiada apa yang sia-sia dari pengorbanan ini. Malah pada harini saya tersenyum di samping suami dan anak-anak. Malah rezeki saya tidak pernah kurang malah mencukupi untuk
bantu ibu bapa dan adik beradik yang dalam kesusahan.

Lebih menyedihkan, ibu mentuaku menganggap saya tidak punya apa-apa. Malah selama ini ibu mentua juga menganggap saya mahukan anaknya kerana mereka berharta. Demi Allah. Dari mula berkahwin, sampailah
lima bulan lepas baru saya menerima nafkah dari suami.

Suami sentiasa menjaga solat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ingin diakui bahawa suami saya memang baik, makanan dan anak-anak masih dijaga dengan elok. Malah dia juga masih bersolat.

Cumanya tidak tahu di mana silapnya saya sebagai isteri. Sebelum ini saya berpakaian seperti wanita lain tapi sejak anak dah membesar saya mula melabuhkan pakaian, tudung dan mungkin itu suami rasa lain. Tapi saya cuma mencari keredhaan Allah.

Malah, saya bertahan juga demi anak-anak yang saya sayang supaya tidak menyusahkan kedua ibu bapa saya yang makin tua.

Saya boleh berkorban demi orang lain sebab saya percaya Allah telah rencanakan sesuatu yang terbaik buat saya.

Ada kalanya orang menganggap saya bodoh. Saya tahu perempuan simpanan suami atau sesiapa saja akan gelakkan saya. Tapi bezanya saya mencari redha Allah. Saya tidak mencari musuh. Malah yakin Allah akan memberikan nikmat hadiah lebih besar untuk diri saya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika sudah tertulis tiada kebahagiaan saya di dunia ini. Namun, saya berharap bila di sana nanti saya gembira dan Allah bagi saya kekuatan untuk terus cekal menghadapi hari-hari yang mendatang.

Diharap semua orang mendoakan saya agar sentiasa menjadi isteri dan ibu yang baik untuk semua orang serta dapat membahagiakan insan lain di sekeliling saya.

Inilah ujian buat diriku.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber : IIUM Confession 

Baca juga 

https://my.theasianparent.comibu-mentua-dukung-bayi-dulu