Tak Salah Nak Kahwin Muda, Tapi Jika Tidak Bersedia Secara Mental, Padah Akibatnya

Jika tiada persiapan mental, kehidupan selepas berkahwin pada usia muda mungkin berakhir dengan tragedi. Seperti yang dialami suami isteri ini: bercerai selepas 3 bulan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Trend kahwin muda semakin popular kebelakangan ini sehinggakan ramai pasangan muda kerap berkongsi foto mereka di media sosial, terutamanya di Instagram.

Hashtag #relationshipgoal pun turut sakan digunakan dalam ruang kapsyen dan komen anak-anak muda zaman kini. Tapi adakah anda yakin kehidupan kahwin muda itu mudah dan layak dijadikan sebagai tujuan hidup?

Di Indonesia, ada satu kisah sepasang suami isteri masih muda yang boleh dijadikan pengajaran untuk anak-anak muda yang teringin untuk kahwin muda, tetapi belum bersedia dari segi mental.

Kahwin muda tidak selalunya berakhir bahagia

Kredit: theAsianparent Indonesia

Baru-baru ini, kisah seorang pasangan muda yang bernikah awal menjadi bualan rakyat di Indonesia. Salmafina Khairunnisa dan Taqy Malik berkahwin pada usia yang sangat muda iaitu masing-masing berumur 18 tahun dan 20 tahun.

Namun, malangnya rumah tangga yang dibina hanya mampu bertahan selama 3 bulan saja. Ya, kedua-duanya berkahwin dalam waktu yang singkat saja!

Hal ini telah disahkan oleh si isteri, Salma, melalui satu rakaman suara dengan latar video berwarna hitam yang sempat dirakam dan dipos di akaun Instagram miliknya @salmafinasunan.

Dalam video tersebut, Salma menjelaskan kepada netizen dia telah diceraikan oleh Taqy Malik.

Salma berkata yang dia telah berusaha sebaik-baiknya untuk mempertahankan rumah tangga tersebut, namun pihak Taqy tetap membuat keputusan untuk berpisah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penjelasan dari pihak suami pula

Pengakuan Salma ini kemudian dibalas oleh pihak Taqy. Setelah lama tidak beri sebarang komen, Taqy akhirnya membuat penjelasan dalam satu acara infotainment.

Menurut penerangannya, Taqy mengaku keputusannya untuk menceraikan Salma adalah berpunca daripada permintaan Salma sendiri. Taqy juga mengatakan ada beberapa kesalahan Salma yang sukar untuk dimaafkan oleh dirinya.

Masalah rumah tangga pasangan muda ini diterukkan lagi oleh campur tangan daripada kedua orang tua mereka.

Perang pendapat antara kedua-dua pihak bukan saja berlaku di media sosial, bahkan kini turut menembusi kaca televisyen di Indonesia!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mengapa isu pasangan kahwin muda ini tular di Indonesia?

Kredit: Tribunnews.com

Sebelum ini di Indonesia, kedua-dua Salma dan Taqy telah dihebohkan sebagai pasangan muda yang sangat sesuai untuk dijadikan role model.

Ia kerana mereka dianggap memiliki keberanian untuk bernikah pada usia muda dan berhijrah menjadi lebih baik. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Latar belakang Salma sebagai gadis milenial dengan kehidupan moden secara mendadak telah memilih untuk menutup aurat dan bernikah dengan penghafaz kitab suci Al Quran bernama Taqy Malik.

Oleh sebab itulah, pasangan muda yang dilihat sebagai pasangan ideal ini telah menarik perhatian netizen di Indonesia.

Sayangnya, kebahagiaan mereka tidak bertahan lama. Beberapa hari setelah bernikah, mereka perlu berpisah kerana Taqy perlu melanjutkan pengajiannya di Mesir.

Kini, kisah romantis antara anak muda ini telah pun terhenti selepas Taqy menjatuhkan talak kepada Salma.

Kesan negatif kahwin muda

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Pexels

Melihat kepada kisah yang tular di Indonesia di atas, pertanyaan besar pun muncul: benarkah kahwin muda boleh membuatkan hidup terasa lebih bahagia atau sebaliknya?

Adakah molek kita benarkan anak muda kita untuk segera mendirikan rumah tangga walaupun mereka baru saja selesai belajar di sekolah menengah atau masih menuntut di universiti?

Sudah pasti, setiap orang akan ada pendapat mereka yang tersendiri. Walaupun ada ramai pasangan bahagia di luar sana yang telah memilih untuk bernikah pada usia muda, namun ia tentu bukan gaya hidup yang sesuai untuk semua orang.

Seperti yang dipetik daripada Bridestory, ada beberapa kesan negatif yang harus difahami oleh anak muda sebelum mereka memutuskan menikah awal.

Keburukan kahwin muda atau kahwin awal

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Unsplash

1# Tiada pengalaman untuk hadapi tanggungjawab besar

Pasangan yang baru berusia belasan tahun secara umumnya belum memiliki pengalaman untuk menghadapi tanggungjawab besar seperti bernikah dan berumah tangga. Kadar kematangan perlu diambil kira oleh mereka yang berusia muda sebelum terburu-buru ke jinjang pelamin.

2# Masalah kewangan

Mereka yang berkahwin awal akan berhadapan dengan keadaan ekonomi yang belum stabil. Tidak semua mereka yang berusia muda sudah memiliki pekerjaan yang tetap. Kedudukan ekonomi yang belum stabil dikhuatiri boleh menjadi antara penyebab kepada keruntuhan rumah tangga kelak.

3# Tiada masa single

Sudah menjadi lumrah untuk orang-orang di usia muda untuk melakukan aktiviti menyeronokkan. Mereka mahu pergi menonton filem, pergi ke mall, atau berkumpul bersama teman-teman secara bebas mengikut kemahuan sendiri, walaupun kadangkala pilihan waktu mereka itu tidak sesuai. Apabila sudah menikah, terutamanya apabila terus ada anak, kegiatan ini tentunya tidak akan mudah untuk dilakukan dengan kerap atau secara bebas.

4# Masalah komitmen

Ini adalah penyebab utama dalam keruntuhan rumah tangga pasangan muda. Kebebasan menjadi hal yang dipentingkan oleh sebahagian besar daripada mereka yang masih berada di usia muda. Tetapi situasi sebenar untuk memastikan perkahwinan terus kekal bahagia adalah pasangan perlu sentiasa saling mengalah dan bertoleransi serta menyingkirkan ego mereka. Mereka tidak boleh lagi melakukan apa pun sesuka hati mereka.

Tanpa kematangan diri dan kemampuan untuk bertolak ansur, rumah tangga yang dibina amat mudah untuk runtuh.

Bagaimana pula dengan pendapat anda? Adakah ada rasa kahwin awal dapat dijayakan dengan baik? Ataupun ia hanya bakal mengundang masalah?

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 20 perkara yang saya mahu anak saya tahu tentang perkahwinan

Penulis

Noor