Suami Umur 61, Isteri 28: Kenal Sekejap Terus Naik Pelamin ''Saya Tak Pernah Rasa Sebahagia Ini''

Kahwin suami berusia 61 tahun dan isteri 28 tahun, siapa sangka jodoh dimudahkan dan anak-anak menerima dengan hati terbuka

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jarak usia 33 tahun bukan halangan buat Norain Azlyin Abd Rasad, 28, dan Awang Zainal Abidin Awang Damit, 61, untuk mengecap bahagia.

Diijab kabul pada 20 Oktober lalu, wanita itu tulus menerima Awang Zainal yang merupakan duda. Malah kisah pasangan itu mendapat perhatian selepas Norain Azlyin memuat naik video dan gambar dengan suaminya di TikTok.

Kesungguhan Suami Menambat Hati

Menurut Norain, segalanya bermula apabila dia dan pesara Jabatan Air Sabah itu diperkenalkan oleh bapa saudara pada 2 September lalu.

Norain Azlyin yang merupakan ibu tunggal kepada tiga cahaya mata pada mulanya tidak terfikir untuk berkahwin sepantas itu memandangkan baharu sahaja berpisah dengan bekas suami tujuh bulan lalu.

Namun ketulusan dan kesungguhan Awang Zainal untuk mengambilnya sebagai isteri menambat hati Norain.

Malah lelaki yang pernah berkahwin sebanyak dua kali dan kematian isteri pada tahun 2022 itu berani berjumpa ibu bapa Norain tidak lama selepas berkenalan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Jadi nampak suami tak hanya pandai berkata-kata tapi buktikan dengan jumpa orang tua saya untuk menyatakan hasratnya.

@ayien96.ar #jodoh

 

Anak Bongsu Sebaya

“Alhamdulillah, ibu dan ayah tak halang walaupun suami lebih berusia daripada saya dan mereka setuju kerana enggan kami keluar tanpa ada hubungan yang sah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Tambahan, saya ibu tunggal dan baru habis tempoh iddah jadi tak manis dipandang orang sekeliling,” katanya.

Norain juga bersyukur anak-anak kedua belah pihak merestui niat mereka berumah tangga. Salah satu perkara yang menawan hati Norain ialah cara Awang Zainal mendidik anak.

“Anak bongsu suami pun sebaya dengan saya tapi tak ada masalah. Jujurnya saya bahagia kerana tak pernah berasa kebahagiaan itu sebelum ini. Saya selesa dengannya kerana pemikiran dan perjalanan hidup kami hampir sama.”

Awal Perkenalan Sudah Serasi

“Paling saya suka adalah cara suami didik anak terutama bila dia ajak mereka solat berjemaah,” katanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun jarak usia 33 tahun, kata Awang Zainal itu bukan halangan buatnya menyulam cinta. Tambahan pula anak-anak daripada perkahwinannya yang terdahulu tidak menghalang.

“Daripada awal perkenalan kami sudah serasi dan saya pun sayang budak-budak jadi anggap anaknya macam darah daging sendiri.

“Anak saya pun terima isteri malah waktu hari akad nikah dan majlis persandingan, mereka ada datang. Apa saya harapkan kini adalah rumah tangga kami bahagia dan jodoh berpanjangan,” katanya.

Terdahulu kisah pasangan ini menjadi tular di laman sosial TikTok.

Rata-rata warga maya menzahirkan kekaguman jarak usia yang jauh mampu mencipta keserasian dan mendoakan agar kebahagiaan rumah tangga mereka berkekalan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Alhamdulillah. Selamat pengantin baharu, semoga kekal bahagia hingga ke jannah.”

“Alhamdullillah jodoh itu rahsia ALLAH. Umur itu sekadar angka.”

“Kalau sudah jodoh tidak ke mana. Moga berbahagia.”

“Jodoh ketentuan ALLAH, semoga diberkati hingga ke syurga.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan