Kahwin tanpa hantaran, lelaki ini kongsi kisahnya yang amat mengharukan

Inilah cerita beliau yang sungguh menyentuh hati tentang pengorbanan seorang isteri dan rumahtangga bahagia beliau.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berkahwin bukannya senang, terdapat banyak adat yang patut dipatuhi, salah satu adat yang amat penting dalam majlis pernikahan orang Melayu adalah hantaran. Biasanya, kaum lelaki akan memberi duit hantaran kepada keluarga wanita.

Inilah cerita pengguna FB Shy Feu Din yang mengenangkan masa beliau berkahwin tanpa mampu membayar duit hantaran ke keluarga isterinya. Inilah cerita beliau yang sungguh menyentuh hati tentang pengorbanan seorang isteri dan rumahtangga bahagia beliau.

Beliau berkenalan dengan isteri beliau semasa bekerja di Mydin. Masa itu, beliau hanya menggunakan motor yang buruk, tambah dengan “handle” yang senget yang akhirnya ditarik oleh bank kerana beliau tidak mampu membayar pinjaman beliau.

Jadi, isterinya pula meminjamkan motosikal padanya untuk bekerja. Hidup beliau memang susah, gaji sebulan habis digunakan untuk membayar bayaran wajib setiap bulan. Beliau tiada duit dan masih hidup merempat.

Disebabkan keikhlasan hati beliau untuk membina hubungan yang halal dengan isterinya, beliau menyatakan hasratnya untuk mengahwini isteri beliau, selepas 3 bulan.

Mentua beliau bersetuju untuk membenarkan isterinya untuk berkahwin dengan dia tampa membayar duit hantaran. Pada majlis pernikahan, ibu dan adik beliau juga malu sebab tahu yang dia telah mengambil anak orang tampa membayar satu sen pun.

Selepas kahwin, beliau memulakan bisnes kereta sewa dan menggunakan nama isteri untuk mengeluarkan 4 kereta. Mulanya, bisnes agak susah, 3-4 bulan masih tiada untung. Memang rezeki dan nasibnya beliau telah mengahwini seorang isteri yang memberi sokongan kepadanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selepas 2 tahun, bisnesnya semakin berjaya. Dengan 4 kereta, beliau sekarang memiliki hamper 40 buah kereta, akaun syarikat mula stabil dan berstatus sdn bhd. Dari beroperasi dari rumah, sekarang, dah ada ofis sendiri, dari rumah yang sempit, kini, keluarga mereka tinggal di rumah teres 3 tingkat dan anak pun dah 2 orang.

Dalam bisnes, kita kenalah jaga amanah dan kepercayaan orang. Beliau bersyukur walaupun hidupnya tak semewah orang lain. Tak terbalas juga budi beliau kat mentua beliau kerana sudi bagi anak mereka tanpa minta sesen pun.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kahwin tanpa hantaran masih boleh bahagia, asalkan suami- isteri memberi sokongan untuk menjayakan dan membahagiakan rumah tangga mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Michelle Goh