Mencari Telekung Terkini Yang Selesa Dan Material Berkualiti? Pilihan Telekung Ini Pasti Buat Wanita Teruja!

Mencari Telekung Terkini Yang Selesa Dan Material Berkualiti? Pilihan Telekung Ini Pasti Buat Wanita Teruja!

Para wanita akan dapat mengetahui cara pemilihan kain telekung, senarai telekung terkini terbaik, dan tips penjagaan telekung di sini.

Telekung merupakan pakaian solat khas untuk wanita yang bertujuan menutup aurat dengan baik dan selesa semasa bersolat. Ia telah pun melalui banyak evolusi untuk mendapatkan reka bentuk yang terbaik, dan mujurlah kini banyak syarikat yang menghasilkannya.

Ramai yang mencari telekung bukan sahaja untuk kegunaan sendiri, tetapi merupakan salah satu produk yang popular untuk dijadikan hadiah. Bahkan, seorang wanita kini pasti memiliki lebih daripada satu pakaian solat untuk banyak kegunaan!

Lebih-lebih lagi sekarang yang mana kita bertemu lagi dengan bulan Ramadan, pastinya memerlukan pakaian solat yang selesa untuk dipakai ketika solat terawih. Aidilfitri juga bakal menyusul selepas ini, wanita bukan sahaja mahu menggayakan pakaian yang baru dan cantik bahkan pakaian solat juga mahu ditukar baru untuk bergaya sopan ketika mengerjakan ibadah sunat Aidilfitri.

Memilih Telekung Yang Selesa

kain telekung

Dalam pemilihan telekung, perkara penting yang perlu dipertimbangkan adalah saiz yang betul dan sesuai serta kain yang selesa. Ada sesetengah yang terlalu pendek, material jarang dan pembuatan di bahagian muka yang tidak kemas, membuatkan solat menjadi tidak khusyuk pula.

Perhatikan beberapa tips berikut sebelum membeli pakaian solat idaman:

  1.  Jenis kain – Pilih kain yang tidak panas, dan tidak licin. Jika anda cari jenis yang senang travel, pastikan kain jenis tidak mudah renyuk walaupun dilipat kecil. Bagi yang kuat berpeluh, sebaik-baiknya pastikan material yang digunakan tidak panas.
  2. Kemasan jahitan – Pastikan jahitan terutama di bahagian muka dan pinggang kemas supaya tudung tidak terjatuh ke depan atau mudah terlondeh semasa solat.
  3. Kain bergetah – Kalau dahulu, kita perlu mengikat kain dengan rapi namun kini banyak telekung yang bergetah tetapi muat untuk kebanyakkan saiz.

8 Telekung Yang Selesa dan Terbaik di Pasaran

Nak mencari pakaian solat yang sepadan dengan selesa dan tidak panas pastinya lebih mudah pada zaman sekarang. Ada banyak jenama yang mengeluarkan telekung yang bukan sahaja cantik, tetapi sangat selesa dan serasi dengan bentuk muka berbanding yang dihasilkan sebelum ini.

Berikut merupakan beberapa pakaian solat wanita pilihan kami:

8 Telekung Selesa dan Terbaik
naelofar Amal Telekung Set
Terbaik selesa dan praktikal
more info icon Beli di Shopee
Zaahara Telekung Travel - Marisa On-The-Go
Terbaik Mudah Dibawa Travel
more info icon Beli di Shopee
Telekung Siti Khadijah Modish Ambar
Telekung Terbaik Anti Kepam
more info icon Beli di Shopee
Zara Awliya | Telekung Meliora Cattleya
Terbaik Sesuai Dijadikan Hadiah
more info icon Beli di Shopee
Telekung Aleena Halwaleena
Terbaik Tak Perlu Digosok
more info icon Beli di Shopee
Telekung Cempaka by TCO
Terbaik Untuk Hantaran
more info icon Beli di Shopee
Tia Zalikha Telekung Travel Cotton Attire
Terbaik Bercorak Penuh
more info icon Beli di Shopee
ELZ Medinaa Telekung Palazzo
Terbaik Mudah Untuk Bergerak
more info icon Beli di Shopee

naelofar Amal Telekung Set

Telekung Terbaik Selesa Dan Praktikal

Mencari Telekung Terkini Yang Selesa Dan Material Berkualiti? Pilihan Telekung Ini Pasti Buat Wanita Teruja!

Pakaian solat ini menjadi perhatian kami kerana materialnya yang sangat sejuk dan selesa iaitu kain jenis campuran kapas dan satin. Walaupun dalam cuaca panas misalnya, kainnya yang lembut ini akan tetap teras sejuk walaupun dipakai lama. Menariknya, ada poket yang tersedia jadi anda tidak perlu risau sekiranya hendak meletakkan barang berharga seperti kunci kereta, telefon bimbit  dan sebagainya.

Apa yang kami suka :

  • Bahagian pinggang yang bergetah dan senang dipakai
  • Tali pengikat jenis smocking headband, tak perlu lagi menggunakan inner
  • Disertakan dengan beg yang sedondon sesuai dibawa kompilasi perjalanan atau menunaikan solat di masjid atau surau.
  • Mempunyai 4 pilihan warna

Zaahara Telekung Travel – Marisa On-The-Go

Telekung Terbaik Mudah Dibawa Travel

Mencari Telekung Terkini Yang Selesa Dan Material Berkualiti? Pilihan Telekung Ini Pasti Buat Wanita Teruja!

Buat yang gemar berjalan-jalan, pasti memerlukan pakaian solat yang sesuai dibawa travel serta mudah dimasukkan ke dalam beg. Jadi Zahaara telah menyediakan pakaian solat yang selesa dengan rekaan minimalis untuk tampak lebih kemas. Saiz pakaian solat travel ini adalah kecil dan sesuai untuk dimasukkan ke dalam beg tangan yang bersaiz sederhana ataupun medium kerana beratnya hanyalah 220 gram!

Apa yang kami suka :

  • Tahan lama, boleh menggunakannya setiap hari tanpa rasa takut ianya akan rosak.
  • Didatangi dengan beg kecil dan sejadah, semuanya muat diletakkan di dalam beg bersama.
  • Saiz telekung sesuai untuk wanita yang tinggi.
  • Mempunyai banyak pilihan warna menarik.
  • Cepat kering.
  • Sesuai dijadikan hadiah kerana boleh juga ditambah sulaman nama pada beg atau sejadah.

Telekung Siti Khadijah Modish Ambar

Telekung Terbaik Anti Kepam

Mencari Telekung Terkini Yang Selesa Dan Material Berkualiti? Pilihan Telekung Ini Pasti Buat Wanita Teruja!

Keunikan reka bentuk, material berkualiti tinggi dan teknik jahitan menjadikan jenama pakaian solat Siti Khadijah terus unggul serta mampu berdaya saing sehingga ke peringkat global.

Diperbuat daripada kain poliester premium yang boleh diregang untuk keselesaan iaitu Khadijah Ultra Fine, ia tahan lama, tahan kedutan, lembut, mempunyai sensasi penyejukan dan ringan. Selain itu, pakaian solat ini mempunyai penutup dagu Khadijah Comfy Flex untuk mengurangkan bau dengan ciri-ciri anti-bakteria serta cepat kering serta dapat memberikan sokongan yang baik untuk sebarang jenis muka.

Apa yang kami suka :

  • Rekaan klasik dengan motif Melayu lama, sesuai untuk anda yang ingin menggayakan pakaian solat yang ringkas.
  • Walaupun free size, namun ia direka untuk memenuhi semua kumpulan peringkat umur.
  • Jenama pakaian solat wanita yang dipercayai sejak tahun 2009

Zara Awliya Telekung Meliora Cattleya

Telekung Terbaik Sesuai Dijadikan Hadiah

Mencari Telekung Terkini Yang Selesa Dan Material Berkualiti? Pilihan Telekung Ini Pasti Buat Wanita Teruja!

Dikenali sebagai pengeluar telekung yang sesuai dijadikan hadiah, pakaian solat ini dihiasi dengan sulaman yang direka dengan cantik, dibalut dengan teliti dalam kotak hadiah eksklusif bersama dengan reben dan kad menjadikannya sebagai hadiah yang sempurna!

Menggunakan material premium silky Japanese cotton berkualiti tinggi, mereka memberi jaminan bahawa ianya sangat selesa untuk dipakai setiap hari dan paling penting tidak panas.

Didatangkan bersama beg sepadan yang boleh juga dijadikan sebagai sejadah, sulaman bukan sahaja ada pada pakaian solat, bahkan turut dihias pada beg.

Apa yang kami suka :

  • Variasi warna menarik pastinya digemari semua wanita!
  • Bahagian pinggang yang bergetah dan senang dipakai.
  • Fabrik bawah dagu memeri & bukan dari material yang sama dengan telekung.
  • Sangat sejuk, selesa tidak panas walaupun dipakai lama dalam cuaca panas.
  • Poket berzip pada bahagian depan untuk memudahkan simpan barang peribadi contohnya kunci, telefon bimbit dan duit.

Telekung Aleena Halwaleena

Telekung Terbaik Tak Perlu Digosok

telekung

Buat wanita yang cerewet, setiap pakaian yang ingin dipakai pastinya mahu digosok termasuklah telekung! Jadi jika anda tergolong dalam golongan ini, Halwaleena dari Telekung Alena ini sesuai untuk anda kerana ia tidak perlu digosok.

Tampil dengan lebih elegan dan anggun, pilihan kain yang sejuk dan lembut pastinya memberi keselesaan ketika mengerjakan ibadah.

Material kainnya adalah dari jenis Cotton Cey Embroidery, bukan sahaja ironless malah ringan serta warnanya tidak mudah luntur apabila dicuci.

Manakala material di bahagian muka menggunakan Cotton Cey Embroidery yang lebih berkualiti tinggi yang lebih fleksibel sesuai untuk semua bentuk muka. 

Apa yang kami suka :

  • Mempunyai corak sulam 3D yang minimalis di seluruh telekung.
  • Material kain yang tidak jarang serta sejuk sesuai untuk cuaca di Malaysia.
  • Rekaan pada muka dan dagu yang kemas supaya si pemakai akan lebih selesa semasa solat.
  • Didatangkan dengan kotak edisi terhad & scrunchies secara percuma untuk pembelian yang terawal.

Telekung Cempaka by TCO

Telekung Terbaik Untuk Hantaran

Mencari Telekung Terkini Yang Selesa Dan Material Berkualiti? Pilihan Telekung Ini Pasti Buat Wanita Teruja!

Jika anda mencari pakaian solat untuk hantaran, telekung dari jenama TCO pastinya boleh menjadi pilihan terbaik untuk anda.

Dengan taburan renda pada pakaian solat ini, pastinya membuatkan sesiapa pun jatuh cinta dengan rekaan ini. Diperbuat daripada material kapas polister, ternyata ianya selesa dan kain bukanlah jenis melekap pada badan.

Apa yang kami suka :

  • Pilihan warna pastel.
  • Didatangkan bersama beg sama warna dengan telekung.
  • Kain yang sejuk dan selesa dipakai

Tia Zalikha Telekung Travel Cotton Attire

Telekung Terbaik Bercorak Penuh

Mencari Telekung Terkini Yang Selesa Dan Material Berkualiti? Pilihan Telekung Ini Pasti Buat Wanita Teruja!

Ada orang lebih suka pakaian solat dengan corak penuh seperti telekung yang dihasilkan jenama Tia Zalikha ini. Menampilkan corak bunga English, pakaian solat ini diperbuat daripada kain kapas berkualiti tinggi yang tidak akan menyebabkan rasa panas keterlaluan ketika solat.

Didatangkan sekali bersama kotak dan kad ucapan, pakaian solat ini juga sangat sesuai dijadikan hadiah buat teman atau yang tersayang. Harganya pun sangat berpatutan dengan kualiti yang diberikan.

Apa yang kami suka :

  • Fabrik yang lembut, flowy, sejuk dan tak jarang.
  • Bahagian muka yang fleksibel sesuai untuk semua jenis muka.
  • Poket berzip pada telekung dan bag telekung.
  • Beg yang boleh dijadikan sejadah mini.
  • Sesuai dibawa travel
  • Muat sehingga ketinggian 170cm

ELZ Medinaa Telekung Palazzo

Telekung Terbaik Mudah Untuk Bergerak

Mencari Telekung Terkini Yang Selesa Dan Material Berkualiti? Pilihan Telekung Ini Pasti Buat Wanita Teruja!

Pakaian solat jenis ini paling sesuai dibawa ketika umrah. Telekung dengan lengan seakan memakai baju manakala kain pula digantikan dengan seluar palazo longgar untuk memudahkan pergerakan.

Diperbuat daripada fabrik moss crepe dari Korea, kain jenis ini tidak jarang, memeri dan sejuk apabila dipakai ketika apa jua musim. 

Apa yang kami suka :

  • Ada pocket berzip di sisi kanan.
  • Ada ring yg boleh disangkut dijari supaya tdak terselak.
  • Labuh menutup punggung.
  • Ada pleated di bahagia dada.

Perbandingan Harga Telekung Terbaik

Jenama Harga
Naelofar Amal Telekung Set RM249
Zahaara Telekung Travel Marisa-On-The-Go RM139
Telekung Siti Khadijah Modish Ambar RM250
Zara Awliya Telekung Meliora Cattleya  RM149
Telekung Aleena Halwaleena RM150
Telekung Cempaka by TCO RM150
Tia Zalikha Telekung Travel Cotton Attire RM139
ELZ Medinaa Telekung Palazzo RM79

Tip Penjagaan Telekung

telekung

Kita bukan sahaja dituntut untuk berpakaian bersih dan kemas, malah pakaian solat wanita yang kita pakai juga haruslah bersih dan tidak berbau. Jika berbau, semestinya akan mengganggu konsentrasi diri dan orang lain disebelah kita, tentu kita tidak mahu hal sebegini terjadi.

Berikut adalah tip penjagaan pakaian solat bagi mengelakkan ia berbau dan cepat lusuh :

1. Cuci seminggu sekali – Seeloknya ganti dan cuci pakaian solat anda seminggu sekali supaya tidak terlalu kotor. Rendam sahaja menggunakan air sepenuh baldi atau hingga ia tenggelam.

2. Rendam dengan sabun pencuci – Gunakan sabun pencuci ketika rendaman dan biarkan dalam setengah hari atau semalaman. Jika mahu telekung anda wangi, boleh rendamkan bersama pewangi baju.

3. Basuh dengan tangan tanpa berus – Cuci menggunakan tangan sahaja. Jika nak berus, guna berus yang lembut biasanya berus di bahagian bawah dagu dan sekeliling bahagian muka tersebut. Bahagian lain rasanya tidaklah begitu kotor, gosok sahaja menggunakan tangan untuk mengelakan sulaman pada telekung rosak.

4. Jika ada kotoran yg susah hilang gunakan peluntur – Jika jenis pakaian solat ada sulam bewarna, hati-hati ketika menggunakan peluntur, bimbang habis luntur warna benang sulam.

5. Basuh dan jemur, tidak digalakkan jemur terus dibawah matahari yang panas agar warna sulamnya tetap cantik – Jemur telekung di ampaian bawah bumbung atau tempat yang tidak terkena matahari terus. Jangan sesekali menggunakan pengering kerana pakaian solat anda ini akan menjadi mudah rosak.

6. Jangan sesekali membasuh telekung dengan mesin basuh – Kain akan jadi mudah reput terutamanya jenis cotton. Selain itu, pakaian solat dengan sulaman juga tidak sesuai dicuci menggunakan mesin basuh, bimbang, benag sulaman tertanggal dan berpintal dalam mesin basuh.

7. Jangan rendam dengan baju lain – Kalau cuci telekung, cuci ia sahaja. Seeloknya cuci berasingan supaya tidak melekat dengan kotoran yang lain kepada pakaian solat kita. Ini juga bagi mengelakkan pakaian solat yang bewarna putih bercampur dengan baju berwarna ketika basuh dan dikhuatiri akan terkena baju yang luntur warna. 

8. Gantung pakaian solat elak berbau – Selepas selesai menunaikan solat, tentu di bahagian muka ada sedikit basah kan? Kalau boleh, selepas solat, gantung pakaian solat tersebut dengan menghadapkan bahagian muka di depan supaya bahagian yang basah itu boleh kering.

Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anda mendapatkan telekung yang diingini. Apabila selesa menggunakan pakaian solat maka akan lebih tenang dan selesa untuk beribadah. Insha Allah..

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Panduan Solat Sambil Dukung Anak Yang Betul Dari JAKIM, Ibu Ayah Tak Perlu Was-Was Lagi

Baca juga: Cara Simpan Tudung Supaya Kemas & Mudah Gosok, Barulah Nanti Nampak Cantik!

Baca juga: Para Ibu WAJIB Tunaikan Solat Walaupun Mengalami Sakit Kontraksi & Turun Tanda Bersalin