Dikhianati oleh orang yang anda sayangi bukan sahaja boleh beri kesan buruk kepada emosi anda, tetapi ia juga boleh menjejaskan kesihatan anda secara keseluruhannya, menurut kajian oleh Medical Daily.
Kajian yang dijalankan di Universiti Nevada mendapati ada hubungan yang ketara antara kecurangan, kemurungan, dan perasaan cemas.
Dikhianati oleh pasangan juga boleh mendorong seseorang untuk melibatkan diri dalam tingkah laku berisiko, seperti pergaulan bebas atau seks tanpa perlindungan.
Mengapa ini terjadi?
Penyelidik percaya bahawa “mangsa” penipuan menderita kerana impak yang besar terhadap harga diri mereka.
Jadi, mereka lebih cenderung untuk mengalami gangguan makan dalam usaha menurunkan berat badan, lapor Independent.
Terdapat juga keinginan yang semakin mendesak untuk mereka membalas dendam terhadap pasangan mereka melalui perubahan fizikal.
Kesan psikologi apabila dicurangi
Mereka juga sering mengalami tekanan psikologi yang melampau akibat pengkhianatan, yang meningkatkan kebarangkalian mereka untuk mula minum alkohol atau ketagihan dadah.
“Apabila seseorang dicurang, mereka bukan sahaja mempunyai akibat kesihatan mental, tetapi juga meningkatkan tingkah laku yang berisiko…”
“Apabila seseorang ditipu atau dicurangi, ia bukan sahaja memberi kesan terhadap kesihatan mental mereka, tetapi juga meningkatkan tingkah laku yang berisiko,” kata penulis kajian Rosie Shrout kepada PsyPost.
“Kami juga mendapati bahawa mereka menyalahkan diri mereka sendiri, seolah-olah merekalah punca pasangan mereka curang.”
Kajian tentang kesan dicurangi oleh pasangan
Daripada 232 peserta kajian ini, yang semuanya telah ditipu, mereka menyatakan hubungan yang signifikan dan kejadian masalah kesihatan mental, seperti depresi dan kebimbangan.
Tidak kiralah jika pasangan yang dikhianati meneruskan hubungan mereka atau tidak, kesannya tetap sama.
“Kecurangan adalah peristiwa hubungan yang sangat serius dan menyukarkan. Reaksi-reaksi negatif seperti yang disebut di atas boleh berlaku tanpa mengira sama ada seseorang itu berada dalam hubungan itu atau tidak,” tulis penyelidik kajian itu.
“Ketika kami meneruskan penyelidikan ini, kami berharap untuk lebih memahami hubungkait antara masalah kesihatan emosi dan fizikal dan kecurangan.”
Rencana diterjemah daripada The Asian Parent Philippines.
Baca juga: