KAJIAN: Manfaat Melambatkan Tadika Untuk Satu Tahun

Kajian terbaru dari Universiti Stanford menunjukkan manfaat melambatkan tadika untuk satu tahun.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Adakah anak anda sudah bersedia untuk memasuki dunia persekolahan? Penyelidikan di bawah ini boleh membantu anda memahami, bahawa menunda anak anda daripada memulakan persekolahan di usia awal ternyata mempunyai manfaat pada kesihatan mental kanak-kanak.

Menurut artikel dari laman Quartz, sebuah kajian terbaru dari Universiti Stanford menunjukkan bahawa anak-anak di Denmark yang ditunda untuk masuk tadika sehingga setahun, menunjukkan kemampuan untuk mengendalikan diri yang lebih cekap.

Thomas Dee, salah satu penyelidik dan juga profesor di Stanford Graduate School of Education memberikan kenyataan, “Kami mendapati bahawa menunda anak masuk sekolah tadika selama satu tahun, mengurangkan tahap hiperaktif dan kurang tumpuan perhatian kanak-kanak hingga mencapai 73%. Hal ini terjadi pada rata-rata kanak-kanak yang berusia 11 tahun.

Thomas Dee melakukan kajian bersama Henrik Sievertsen dari Pusat Penyelidikan Sosial Nasional Denmark. Henrik mendedahkan bahawa kesan yang ditunjukkan pada kajian ini sangatlah kuat dan berlangsung dalam jangka panjang.

“Kami agak terkejut betapa besar kesannya,” ujar Henrik.

Kesan yang dimaksudkan adalah kelewatan masuk sekolah yang memberi kesan pada hiperaktif dan kurangnya tumpuan perhatian kanak-kanak. Kesannya tidak berkurangan waktu penyelidikan itu dilakukan, namun malah meningkat.

Kurang fokus perhatian dan hiperaktif (yang sering disebut ADHD), melemahkan kemampuan anak untuk mengawal diri atau fokus.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beberapa kajian sebelum ini menunjukkan bahawa, tahap kemampuan kanak-kanak mengendalikan diri berhubung dengan prestasi yang pernah mereka pelajari.

Negara-negara maju seperti Finland dan Jerman sudah melaksanakan had umur yang lebih tua untuk memasuki sekolah. Anak-anak di sana tidak kelihatan mengalami hal yang tidak diingini kerana mula bersekolah pada usia yang lebih tua.

Anak-anak di Amerika biasanya mula masuk sekolah tadika pada usia lima tahun. Merujuk pada kajian ini, pada waktu ini di Amerika ada kira-kira 20% kanak-kanak yang bersekolah tadika berusia enam tahun.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perubahan ini berlaku kerana beberapa orang mencepatkan tarikh lahir, atau ada ibu bapa yang menahan anaknya untuk memasuki sekolah terlalu awal, agar kanak-kanak boleh lebih berdikari ketika memasuki sekolah nanti. Kerana kanak-kanak yang lebih tua lebih mempunyai rasa yakin dengan diri sendiri.

Kajian ini juga menyatakan bahawa ibu bapa yang lebih kaya, dan ibu bapa yang mempunyai anak lelaki juga mempunyai kecenderungan untuk menunda anaknya masuk sekolah hingga lebih tua satu atau dua tahun.

Di Denmark, anak-anak digalakkan untuk memasuki sekolah pada usia enam tahun. Para penyelidik menggunakan bancian dan data menteri pendidikan, untuk melihat data kelahiran anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Akan tetapi, kajian ini mempunyai beberapa kekurangan. Anak-anak Denmark yang menunda masuk sekolah mempunyai akses kepada pelajaran sebelum masuk tadika yang bagus. Akses pelajaran yang masih kurang ada di negara lain, terutamanya di negara-negara Asia.

Bagi keluarga yang tidak mempunyai akses tersebut, ia adalah lebih bermanfaat jika mereka memasukkan anak ke sekolah tadika lebih awal.

Walaubagaimanapun, kajian ini memberi catatan yang penting. Kajian psikologi tentang perkembangan anak menekankan betapa pentingnya permainan imaginasi untuk membantu kanak-kanak mengawal emosi dan membina intelek dirian.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kajian ini membuat kesimpulan bahawa, anak-anak yang menunda masuk sekolah mengikut umur yang dianjurkan, kemungkinan akan mempunyai masa yang lebih lama dan lebih cukup untuk memahami dunia sekitarnya.

Jadi, ibu bapa, jangan peduli apa kata orang, atau bagaimana bagusnya iklan sebuah sekolah itu. Membiarkan anak bermain lebih lama di rumah tanpa dibebani urusan sekolah, justeru boleh membantunya mencapai prestasi yang lebih unggul ketika di sekolah nanti.

Tak mengapa jika pada waktu itu anak anda adalah lebih tua dari teman-teman sekolahnya, yang paling penting dia tidak kebingungan atau menemui masalah untuk menyesuaikan diri dengan dunia persekolahan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga bermanfaat.

Rencana diterjemah daripada The Asian Parent Indonesia

Penulis

Michelle Goh