Kajian Saintifik Dari Stanford – Kesan Menakjubkan Suara Ibu kepada Otak Anak

Adakah anda tahu yang suara seorang ibu itu bukan sahaja mampu menenangkan hati dan jiwa anak anda, malah mengaktifkan mindanya? Jom ikuti penemuan satu kajian saintifik tentang kesan menakjubkan suara ibu pada otak anak!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mengaktifkan sebahagian besar kawasan di dalam otak – itulah kesan menakjubkan suara seorang ibu kepada anaknya!

Mengikut kajian saintifik yang telah dibuat oleh Sekolah Perubatan di Universiti Stanford, Amerika Syarikat, tiada suara wanita lain yang mampu meninggalkan kesan sebegitu besar kepada seorang kanak-kanak.

Kajian tentang Impak Suara Ibu Pada Otak Anak-Anak

Dalam kajian tersebut, para pengkaji yang diterajui oleh Daniel Abrams, PhD., seorang tenaga pengajar dalam bidang Psikiatri dan Sains Tingkah Laku, telah mengkaji 24 orang kanak-kanak yang sihat tubuh badan, berusia antara 7 hingga 12 tahun.

Setiap otak kanak-kanak ini telah diimbas dengan MRI scanner dan diperdengarkan klip audio pendek yang mengandungi suara dua orang wanita asing serta suara ibu kandung masing-masing. Suara si ibu hanya kedengaran selama lebih kurang sesaat sahaja. Namun, impaknya amat mengejutkan.

97% daripad kanak-kanak yang menyertai kajian itu mampu membezakan suara ibunya walaupun ia dipasang hanya untuk seketika, tanpa sebarang mesej bermakna.

Source: Neurosciencenews.com

Apabila mengesan suara si ibu, hasil daripada imbasan otak kanak-kanak terbabit menunjukkan yang otak mereka kelihatan aktif bukan sahaja di bahagian auditori/bunyi, malah di beberapa bahagian lain termasuklah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Bahagian emosi (amygdala)
  • Bahagian pemprosesan (mesolimbic reward pathway & medial prefrontal cortex)
  • Bahagian fungsi sosial
  • Bahagian pengecaman wajah

Wow…memang suara ibu tiada tolok bandingnya. Ia mampu mengaktifkan hampir keseluruhan bahagian otak anak mereka!

Suara Ibu Mampu Memupuk Kemahiran Komunikasi Sosial Seorang Anak

Kajian yang mengimbas pergerakan neuron dalam otak kanak-kanak ini adalah antara yang pertama pernah dilakukan secara rasmi dan terperinci.

Ia telah membuktikan bahawa suara seorang ibu itu sebenarnya dapat membentuk kemahiran komunikasi sosial anak.

Menurut Daniel, dia tidak menyangka yang suara ibu mampu mempunyai akses ke pelbagai sistem otak yang berbeza, pada kadar yang begitu cepat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Membuka Ruang bagi Kajian Tentang Autisma

Malah, yang menarik lagi tentang kajian ini adalah ia juga membuka lebih banyak ruang dalam kajian berkenaan dengan autisma!

Menurut seorang pengkaji, Vinod Menon, PhD., Profesor Psikiatri dan Sains Tingkah Laku, templat atau rangka untuk lagi satu kajian berkenaan ketidakmampuan kanak-kanak untuk berkomunikasi boleh direka hasil daripada kajian daripada Universiti Stanford ini.

Banyakkan Berbicara Dengan Anak Anda – Bermula Dari Fasa Bayi Lagi!

Apakah maksudnya kajian ini untuk anda sebagai seorang ibu? Berikut adalah antara yang anda boleh mula buat mulai dari hari ini:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Source: Aimmedicalimaging.com

  • Biarkan anak anda mendengar suara anda. Banyakkan bercakap dengan anak, walaupun dia masih bayi, kerana komunikasi sebegini dapat membentuk satu hubungan antara ibu dan anak yang lebih erat.
  • Berikan respons kepada anak anda secara verbal walaupun dia masih pelat ataupun hanya sekadar membuat bunyi bayi. Contohnya, katakan, “Oohhhh” atau “Emmm-Caaakkk” pada bayi anda dengan kerap.
  • Apabila berbicara dengan anak, berikan ruang untuk dia membalas percakapan anda. Ia membentuk satu perbualan yang interaktif.
  • Banyakkan berzikir atau menyanyikan lagu kanak-kanak kepada anak kerana ia juga mampu mententeramkannya dengan suara anda yang sangat berharga itu!

Ibu – Ciptaan Tuhan yang Sangat Istimewa

Jadi, apa yang anda pelajari daripada kajian yang bermakna ini? Pada saya, ia membuktikan bahawa ibu itu adalah insan yang sangat istimewa buat seorang anak – tiada insan lain yang sama sepertinya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dan, suara anda, yang merdu, lunak dan indah buat si kecil itu, adalah sangat berkuasa.

Ia sekuat satu pelukan dan sentuhan fizikal. Ketahuilah, suara anda adalah penyeri hidup dan minda anak anda!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noor