Hanya beberapa hari selepas protes dilakukan untuk menentang keganasan senjata di Amerika Syarikat, kisah seorang kakak maut ditembak adik sendiri telah mengejutkan penduduk di Missisippi.
Menurut laporan, adik lekaki yang berumur 9 tahun itu telah menembak kakaknya (13 tahun) kerana gadis itu enggan berkongsi alat pengawal permainan video dengannya.
Kakak maut ditembak adik sendiri kerana permainan video
Dengan marah, budak lelaki itu telah mengacukan pistol ke muka kakaknya dan melepaskan tembakan. Peluru tersebut teleh menembusi tengkorak gadis itu dan masuk ke dalam otaknya.
Pada masa kejadian, ibu mereka sedang memberi makanan kepada anak-anaknya yang lain.
Sebaik sahaja mendengar tembakan itu, ibu tersebut pantas bergegas keluar dan terus memanggil polis. Kakak yang cedera teruk itu dikejarkan ke hospital berdekatan tetapi akhirnya meninggal dan tidak berjaya diselamatkan.
Pihak berkuasa masih bingung bagaimana seorang kanak-kanak berumur 9 tahun boleh mempunyai sebuah pistol. Apakah yang bermain dimfikiran kanak-kanak hari ini sehingga boleh berlakunya kes kakak maut ditembak adik sendiri?
Kakak maut ditembak adik sendiri: Kemarahan yang tidak terkawal di kalangan kanak-kanak muda
Menurut kajian yang dilakukan oleh pusat perubatan Harvard, hampir “satu dari 12 kanak-kanak remaja (iaitu hampir 6 juta orang muda)” tidak dapat mengawal kemarahan mereka.
Jika tidak ditangani, penyelidik berpendapat serangan seperti ini akan semakin berleluasa.
Malangnya, disebabkan jadual dan gaya hidup yang sibuk, ramai ibu bapa tidak sempat mengesan masalah kemarahan yang dialami oleh anak-anak mereka. Di samping itu, mereka juga tidak tahu cara untuk menangani masalah ini biarpun di rumah.
Cuba anda telitikan budaya kita di Asia. Kebanyakkan ibu bapa tidak menggalakkan anak untuk menunjukkan perasaan marah. Mereka akan menghukum atau memarahi anak jika mereka berani bermuka masam.
Inilah masalahnya apabila ibu bapa menyalahkan perasaan marah itu sendiri. Perasaan marah adalah perkara biasa. Apabila perasaan marah digunakan dalam cara yang positif, ia sebenarnya boleh mendorong seseorang untuk menjadi lebih produktif.
5 cara untuk menangani isu kemarahan kanak-kanak
Berikut adalah beberapa tips ibu bapa boleh cuba untuk mengawal kemarahan anak.
1. Jangan lawan api dengan api
Ibu bapa selalu cepat bertindak marah apabila anak mereka menunjukkan kemarahan. Tetapi kaedah ini tidak semestinya sesuai untuk setiap keluarga.
Kadang-kadang ini hanya akan memburukkan keadaan. Cuba cakap dengan tenang dan dengan nada suara yang baik untuk menenangkan mereka.
2. Luangkan masa bersama mereka
Bawalah berbincang dengan anak supaya dia boleh menerangkan sebab dia marah. Ini bukan sahaja akan membantu ibu bapa memahami keadaan, tetapi ia juga membolehkan anak itu memproses kemarahannya dan menenangkan diri.
3. Jadilah contoh yang baik
Adakah ibu bapa sebab mengapa anak selalu marah? Semak diri dulu. Cuba tengok contoh kisah kakak maut ditembak adik sendiri di atas.
Kita tidak tahu mengapa kanak-kanak itu telah menembak kakaknya. Mungkinkah dia hanya mencerminkan kemarahan ibu bapanya? Oleh itu belajar cara mengawal kemarahan diri dulu, kemudian ajar anak untuk melakukan yang sama.
4. Curahkan kasih sayang
Tingkah laku yang tidak normal anak mungkin disebabkan dia rasa terpencil, dibuli dan tidak dapat bergaul dengan rakan-rakan sebaya.
Jadi bawalah berbincang bersama, dan cuba faham perasaannya. Curahkan kasih sayang supaya mereka tahu yang mereka penting dimata anda.
5. Berikan ganjaran untuk tingkah laku yang baik
Walaupun sibuk membetulkan isu kemarahan anak, jangan lupa untuk memberi dorongan dan ganjaran apabila mereka berkelakuan baik. Apabila ibu bapa melihat anak sedang mengawal kemarahannya dengan cara yang positif, jangan lupa untuk memberi kata-kata pujian.
Ini akan mengalakkan anak untuk terus mencuba untuk memperbaiki diri.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: BBC , Channel News Asia , USA Today
Baca juga:
Tangani keresahan (anxiety) dan kemarahan anak anda dengan 9 tip ini