Kaki bayi ini mencucuk luar rahim ibunya, gerunnya!

Keadaan yang sangat jarang berlaku dan menakjubkan, imej MRI menunjukkan kaki janin yang sedang membesar mencucuk di luar rahim ibunya.

Satu pandangan kepada imej di bawah, dan anda akan fikir yang kaki bayi tersebut menendang keluar dari rahim ibunya. Sebenarnya, ia di sebabkan satu koyakan di dalam rahim ibu tersebut menyebabkan bahagian kantung amniotik itu terkeluar.

Ia merupakan satu dari 26 kes yang dilaporkan

Imej tersebut mungkin kelihatan membimbangkan, wanita itu tidak tahu apa yang sedang berlaku di dalam badannya. Masalah ini dapat dikenal pasti hanya selepas dia menjalani ultrasound rutin.

Menurut Dr. Pierre-Emmanual Bouet, seorang OB/GYN di Hospital Universiti Angers di Perancis, kondisi ini adalah sangat jarang dan ia merupakan satu daripada 26 kes yang dilaporkan seluruh dunia.

Menurut laporan oleh kumpulan Dr. Bouet, ini adalah kehamilan yang ke 6 wanita ini dan 5 anaknya yang sebelum ini dilahirkan dengan kaedah C-section. Ada kemungkinan yang kaedah C-section sebelum ini telah melemahkan dinding rahimnya. Beliau menambah, walaupun parut luka C-section itu kuat, kawasan sekelilingnya yang rapuh, dan daya tarikan semasa tempoh kehamilan wanita tersebut menyebabkan koyakan itu.

Kantung amniotik juga boleh pecah

Doktor wanita tersebut telah memberitahu dia dan suaminya tentang risiko yang dihadapinya termasuklah, rahim terkoyak, kelahiran pra matang (preterm birth), dan placenta melekat pada rahim (placenta accreta) atau placenta tidak dapat keluar selepas bersalin.

Bouet menambah yang kantung amniotik juga boleh pecah. Jika ini terjadi, doktor akan melakukan C-section kecemasan untuk menyelamatkan bayi. Namun, jika usia kandungan masih awal, peluang untuk hidup adalah tipis.

Menurut laporan, wanita itu dan suaminya memilih untuk meneruskan kehamilan tersebut sambil dipantau kerap oleh doktor.

Pada 30 minggu, koyakan tersebut menjadi sangat besar sehingga ke bahagian abdomen bayi terkeluar dari rahim. Mereka bernasib baik bayi tersebut berjaya dilahirkan dengan kaedah C-section dengan berat lebih kurang 1.36kg. Doktor memeriksa bayi dan ibu tersebut selepas 6 bulan, dan di dapati mereka berdua di dalam keadaan baik.

Lihat gambar menakjubkan tersebut di bawah:

Foto dari: Twitter.com / Live Science

Penulis

Aqma