"Kalau Anak Saya Jahat Sila Bagitahu Saya”

Dengan erti kata lain anak ibarat kain putih dan selaku ibu bapa, penjaga dan orang dewasa, kita yang mencorakkan peribadi mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak ialah amanah Tuhan. Dengan erti kata lain, anak ibarat kain putih dan selaku ibu bapa, penjaga dan orang dewasa, kitalah yang mencorakkan peribadi mereka.

Tanggungjawab mendidik anak-anak tidak terbatas kepada ibu bapa sahaja, malahan guru dan masyarakat sekeliling juga harus memainkan peranan penting.

Zaman kini, cara mendidik anak-anak amat mencabar

Seperti yang telah diperkatakan awal tadi, tanggungjawab mendidik anak-anak tidak terhad kepada ibu bapa atau penjaga sahaja.

Sebagai orang yang lebih dewasa, adalah perlu untuk kita menegur anak-anak orang lain, sekiranya tingkahlaku mereka kurang disenangi oleh orang di sekeliling.

Inilah antara cabaran kita: menegur sikap anak-anak sedemikian, memandangkan kita tiada pertalian darah atau kaitan dengan mereka.

Cabaran yang lain ialah penerimaan ibu bapa anak-anak ini terhadap teguran yang diberikan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sesetengah ibu bapa menggalakkan anaknya ditegur oleh rakan mereka mahupun saudara mara.

Ada juga sesetengah ibu bapa yang tidak suka anak mereka ditegur oleh orang luar.

Pendekatan yang baik harus dilakukan untuk menegur anak-anak, dengan syarat adanya kerjasama daripada pihak ibu bapa juga.

Ibu bapa harus menerima teguran tentang anak mereka secara positif, dalam mendidik sahsiah diri anak-anak. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menegur anak-anak perlulah dilakukan dengan penuh berhati-hati dan sabar agar dapat menjaga perasaan setiap pihak.

1. Teguran pada masa dan waktu yang tepat

Teguran terhadap anak-anak haruslah dilakukan secara peribadi, supaya dapat menjaga maruah dan perasaannya.

Elakkan daripada menegurnya di hadapan rakan-rakannya – malu dan tersinggung dia nanti!

Lagi satu, tegurlah anak-anak semasa mereka melakukan aktiviti santai atau dalam erti kata lain, semasa mereka sedang relaks.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jangan ditegur waktu mereka sedang melakukan perkara penting.

Contohnya, ketika dia tengah belajar (terserempak di perpustakaan) atau sedang makan (terjumpa di restoran).

2. Nada suara

Nada suara juga memainkan peranan besar dalam membentuk sahsiah diri anak muda. 

Kebanyakan orang lebih selesa ditegur dengan nada suara yang rendah dan lembut.

Teguran bernada suara rendah adalah penting untuk menunjukkan keikhlasan diri kita yang mahukan anak-anak berubah menjadi orang yang lebih baik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jangan ditengking atau disindir. Ia hanya akan membuatnya membenci dan mengelak dari terjumpa anda ketika di luar.

3. Teguran selari dengan usia

Sebagai orang luar, adalah penting untuk menegur anak-anak sesuai dengan peringkat usianya.

Cara menegur anak–anak sekolah rendah adalah berlainan dengan menegur belia atau anak muda!

Sebagai orang lebih dewasa, kita haruslah bertanya dan mendengar luahan hati anak muda dan memberikan pendapat berdasarkan masalah yang dihadapi.

Jadi kawannya terlebih dahulu sebelum mula menegur!

Selepas itu, berikan mereka pilihan samada untuk mendengar nasihat orang yang lebih dewasa ataupun tidak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini kerana, di penghujung hari, anak-anak muda ini lebih memahami situasi masalah yang dihadapinya, berbanding kita (orang luar).

Penulis

Michelle Goh