Ada satu kampung Albino di Indonesia!
Anda pernah melihat insan albino yang memiliki kulit yang sangat pucat? Seluruh badan putih termasuklah bulu mata, bulu roma berwarna putih? Lebih lagi, pernah tak anda dengar tentang kampung Albino?
Albino adalah satu keadaan yang terhasil kerana keadaan berlainan pada produksi melanin. Ia menyebabkan pigmen tersebut tidak dapat terhasil, maka terjadinya Albino atau albinisme.
Akibat tiada melanin, seorang anak albino akan memiliki karakteristik kulit pucat dengan rambut putih. Ada juga yang memiliki kelainan tambahan pada matanya!
Kondisi kelainan mata pada penderita albino disebut nystagmus, di mana pandangan mata penghidap bergerak tidak tentu arah, terus-menerus berpindah dari satu titik ke titik lain.
Kelainan kulit ini memang sesuatu yang unik, bahkan para pengkaji merumuskan hanya satu orang dari 17.000 populasi yang mengalami albino.
Kampung Albino di Indonesia
Tetapi di Indonesia, terdapat sebuah kampung yang disebut sebagai kampung Albino. Ia terletak di Ciburay, Kabupaten Garut, satu daerah yang didiami sejumlah penduduk dengan yang mengalami kondisi albino.
Seperti yang dilaporkan Detik News, penjaga (atau seperti ketua) Situs Ciburuy, Suryana (35) menyatakan insan albino yang tinggal di kampungnya merupakan keturunan Sunda-Walanda (Sunda-Belanda) yang dulu hidup di Ciburuy.
Salah seorangnya adalah Siti (27), yang memiliki seorang anak albino. Menurut Detik News lagi, dia mengatakan anaknya, Jajang Gunawan (1) dilahirkan normal.
Ketika mengetahui yang anaknya dilahirkan albino, dia tidak terkejut kerana anak albino sudah menjadi sebahagian sejarah kampungnya, menjadikannya ia sering digelar sebagai kampung Albino Indonesia.
Apa yang menyebabkan seseorang itu dilahirkan albino?
Kondisi anak yang dilahirkan albino adalah kerana faktor genetik.
Meskipun begitu, National Organization for Albinism and Hypopigmentation Pennsylvania, AS, menyatakan sebahagian besar bayi yang lahir dengan albinisme berasal dari ibu bapa yang memiliki produksi melanin normal serta tidak menunjukkan tanda-tanda memiliki gen albino.
Namun, kondisi anak albino disebabkan kerana gabungan gen resesif ibu bapa dan menjadi gen dominan pada bayi mereka.
Jika ibu bapa sebagai pembawa (carrier) yang memiliki satu gen albino dan satu gen normal, maka mereka harus dimaklumkan bagaimana cara pigmen tersebut menjadi normal.
Albino diturunkan secara genetik, oleh itu tiada cara yang boleh dilakukan untuk mencegah anak albino. Namun, ibu bapa boleh melakukan pemeriksaan genetik terlebih dulu jika sedang merancang kehamilan.
Dengan melakukan konsultasi dengan ahli genetik, ibu bapa akan mengetahui seberapa besar risiko terjadinya albinisme dalam keluarga.
Ada beberapa tanda –tanda anak albino. Mulai dari gerakan mata yang tidak normal, warna kulit, rambut bulu hingga mata yang pucat, termasuk sangat sensitif dengan sinar matahari kerana bayi atau anak albino sangat peka terhadap sinar matahari.
Bagaimana merawat anak albino?
Meskipun fizikal anak yang dilahirkan albino kelihatan berbeza, ia tidak bererti perkembangan anak akan terganggu dan boleh membesar sihat sebagaimana anak yang normal.
Pada dasarnya, tiada kelainan dari segi perilaku mahupun sifat yang membezakan antara anak albino dengan anak normal.
Meskipun begitu, penting bagi ibu bapa untuk memastikan bayi dengan kondisi albino supaya dijauhkan daripada sinar matahari secara langsung dan mencegah kerosakan mata dengan kacamata khusus.
Ini kerana bayi dan anak albino berisiko untuk mendapat kanser kulit dan kerosakan mata di kemudian hari.
Jangan lupa perhatikan kondisi psikologi anak, khususnya ketika dia memasuki usia remaja di mana terdapat banyak tekanan sosial yang boleh diterima untuk mencegah anak mengalami stress atau depressi.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: theAsianparent Indonesia, HelloSehat
Baca juga:
https://my.theasianparent.comalahan-kulit-bayi-urtikaria-aquagenik/