Kanak 3 Tahun Ditinggalkan Sendirian Di Rumah

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemui sendirian dan dikunci dalam rumah di Kampung Parit Buluh, Air Kuning Selatan apabila ibunya balik ke kampung.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ia difahamkan bahawa penduduk-penduduk kampung telah mendengar tangisan kanak-kanak tersebut pada 12.45 tengah malam dan telah menghubungi pihak polis.

Gambar: Watan Online

 

Ketua Polis Daerah Tampin Superintendan Hamazah Ab Razak berkata, “Ibu mangsa telah ditahan kerana mengaku meninggalkan anak lelakinya bersendirian di rumah sementara beliau dan 2 anak lelakinya telah balik ke kampung pada pukul 6PM.”

Siasatan lanjutan telah mendapati bahawa suami, keluarga dan jiran tetangga wanita tersebut tidak mengetahui kewujudan kanak tersebut kerana kanak itu adalah anak luar nikah, yang dilahirkan sebelum beliau berkahwin.

Kanak-kanak malang itu ditemui dalam keadaan lapar dan menangis ketakutan. Kanak- kanak tersebut telah diberi makan dan minum dan telah dihantar ke Hospital Tampin untuk rawatan lanjutan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Laporan rasmi dari Hospital Tampin menunjukkan tiada kesan penderaan fizikal pada kanak tersebut yang bernama Muhammad Adam yang ditemui bersendirian dalam keadaan berbogel.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Karim berkata, Muhammad Adam kini dalam keadaan baik dan aktif. Muhammad Adam juga telah diberi kaunseling oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak dimasukkan wad.

JKM juga akan menjalankan siasatan dan memandang serius kes ini dan juga akan menetapkan Muhammad Adam di bawah jagaan datuknya yang telah menyatakan hasratnya untuk menjaga Muhammad Adam.

Mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 memperuntukkan Seksyen 31 dan Seksyen 33 berhubung tanggungjawab ibu bapa atau penjaga yang mengabaikan serta membiarkan kanak-kanak tanpa pengawasan sepatutnya, merupakan satu kesalahan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika disabitkan kesalahan, ibu bapa boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun bagi Seksyen 31 dan Seksyen 33 memperuntukkan denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

Berikut adalah langkah-langkah untuk mengenal pasti kanak-kanak didera:

Perkembangan yang lebih perlahan daripada biasa. Kanak-kanak itu tidak menunjukkan kebolehan dan kemahiran yang biasanya terdapat pada kanak-kanak lain yang sebaya, seperti bercakap atau bergaul dengan orang lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kegagalan untuk berkembang maju. Ini adalah istilah yang bermakna kanak-kanak itu kurang berat badan atau ketinggian yang sepatutnya. Walaupun ini boleh disebabkan oleh masalah perubatan, ia juga boleh menjadi tanda bahawa kanak-kanak itu tidak dijaga dengan baik.

Interaksi yang luar biasa dengan ibu bapa. Ibu bapa mungkin tidak berminat dengan kanak-kanak atau kanak-kanak itu sentiasa cuba untuk tidak mengecewakan ibu-bapanya. Kanak-kanak itu sebenarnya juga boleh takut kepada ibu-bapanya.

Berkelakuan dengan cara yang tidak sesuai atau yang menyebabkan masalah. Pada kanak-kanak kecil, ini boleh bererti yang kelakuan yang luar biasa seperti, cerewet, takut, atau tidak berminat dengan aktiviti. Kanak-kanak juga sering bertindak mengikuti apa yang dilihat atau mengalami, seperti keganasan atau aktiviti seksual. Kanak-kanak yang lebih tua mungkin bertindak dalam cara yang luar biasa, seperti mengadakan hubungan seks, bergaduh, menggunakan dadah, atau melarikan diri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penderaan fizikal adalah lebih senang untuk dikenal pasti kerana kecederaan boleh kelihatan di sekitar badan mereka:

  • Kecederaan yang mempunyai corak, seperti garis lurus atau bulatan.
  • Kecederaan kepada bahagian-bahagian badan yang biasanya dilindungi, seperti dalam kaki dan lengan, belakang, alat kelamin, dan punggung.
  • Penjelasan untuk kecederaan tidak munasabah.
  • Terdapat tanda-tanda yang telah mencederakan kanak-kanak sebelum ini.
  • Kanak-kanak itu tidak menerima rawatan perubatan bagi kecederaan mereka.

Rencana dipetik daripada Harian Metro dan Watan Online.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Michelle Goh