Ramai Kanak-Kanak Mencapai Umur Akil Baligh Terlalu Awal, Kata Pediatrik

Jumlah kanak-kanak yang mencapai umur akil baligh terlalu awal semakin meningkat dan ia boleh memberi pelbagai kesan terhadap kanak-kanak tersebut.

Apabila Sarah (bukan nama sebenarnya) berumur enam tahun, dia lebih tinggi daripada rakan sebaya dan mempunyai payudara yang lebih besar daripada biasa. Ibunya fikirkan ia adalah kerana genetik dan lemak badan. “Kami tidak menyedari ini adalah tanda-tanda akil baligh awal kerana dia masih belum capai umur akil baligh. Pada kami, dia hanya membesar dengan cepat,” kata Puan Lim (bukan nama sebenarnya).

Sarah didiagnosis dengan akil baligh awal semasa pemeriksaan kesihatan apabila dia memasuki sekolah rendah. Apabila dia dirujuk kepada seorang pakar pediatrik di hospital untuk pemeriksaan lanjut, Puan Lim terkejut dan mula buat kajian tentang akil baligh awal selepas pemeriksaan itu.

Kredit: Shutterstock

Dia berkata ia adalah satu keadaan yang jarang dibincangkan dan kurang diketahui.

Pediatrik berkata mereka melihat lebih ramai kanak-kanak seperti Sarah yang mencapai umur akil baligh pada usia yang terlalu awal, kemungkinan besar kerana ibu bapa sekarang adalah lebih peka tentang hal itu.

Apakah itu akil baligh awal?

Akil baligh awal adalah apabila tubuh seseorang kanak-kanak itu mula berubah menjadi orang dewasa terlalu awal.

Ia menghasilkan pertumbuhan fizikal yang pesat, perubahan dalam bentuk badan dan saiz, dan perkembangan keupayaan proses pembiakan.

Di Hospital Universiti Nasional (NUH), di mana Sarah adalah salah seorang pesakitnya, bilangan kanak-kanak yang mengalami keadaan ini meningkat dari 7 pada tahun 2009 kepada 22 orang tahun lepas.

Baca juga: Akil Baligh: Dekati Isu Ini Dengan Anak Gadis Anda Melalui 6 Cara Berikut

Umpama gunung berapi tidak aktif

“Akil baligh adalah seperti gunung berapi yang belum meletus, biasanya masih di tahap bawah perencatan, sehinggalah kanak-kanak itu mencapai usia tertentu.”

Itu penerangan Dr Cindy Ho, seorang perunding di bahagian endokrinologi pediatrik kanak-kanak NUH.

Gejala akil baligh yang matang

Kredit: Shutterstock

Selalunya, umur akil baligh bermula pada kanak-kanak perempuan yang berumur 8 tahun dan pada kanak-kanak lelaki di bawah 9 tahun.

Ini adalah tanda-tandanya:

Kanak-kanak perempuan di bawah 8 tahun:

  • Pembesaran payudara
  • Pertumbuhan rambut pubik
  • Pendarahan faraj dan haid
  • Jerawat
  • Bau badan dewasa
  • ketinggian yang berlebihan semasa tahun pra sekolah rendah

Kanak-kanak lelaki di bawah 9 tahun:

  • pembesaran zakar
  • Pertumbuhan rambut pubik
  • Jerawat
  • Bau badan orang dewasa
  • Perubahan suara
  • Ketinggian yang berlebihan semasa tahun pra sekolah rendah

Ia dikenali sebagai akil baligh matang, atau “akil baligh awal yang normal”.

Kredit: Shutterstock

Beliau berkata:

“Dalam kes akil baligh matang, keseluruhan turutan itu bermula kerana suis untuk akil baligh di dalam otak telah dihidupkan lebih awal.”

Biasanya, tiada sebab yang boleh dikenalpasti untuk akil baligh jenis ini.

Sebaliknya, bagi akil baligh jenis periferal pula, ia adalah hasil daripada peningkatan hormon seks.

Iaitu estrogen pada wanita dan testosteron tubuh kanak-kanak lelaki. Dalam kes ini, ia tidak diaktifkan oleh pusat kawalan akil baligh otak.

Ia boleh dijadikan petanda kepada masalah asas di dalam badan, kata Dr Ho.

Akil baligh periferal mungkin disebabkan oleh tumor dalam testis atau ovari yang membebaskan hormon yang berlebihan.

Ia juga boleh disebabkan oleh gangguan genetik yang melibatkan pengeluaran hormon abnormal oleh kelenjar adrenal.

Dr Christelle Tan, pakar perubatan dan perunding pediatrik di Pusat Perubatan “Raffles Specialists Holland Village”, berkata:

“Kanak-kanak yang akil baligh awal perlu berjumpa pakar pediatrik untuk menentukan sama ada akil baligh yang dialaminya adalah jenis normal atau tidak.”

Akil baligh awal juga boleh disebabkan oleh pendedahan kepada sumber luar hormon seks, seperti tampalan penggantian hormon yang digunakan oleh ahli keluarga kanak-kanak itu.

Berat badan berlebihan boleh mempercepatkan akil baligh

Kredit: japantimes.co.jp

Kebanyakan kanak-kanak yang akil baligh awal biasanya akan berusia di lingkungan 6 atau 7 tahun, dan ada juga di bawah 5 tahun!

Doktor menerangkan yang tak banyak yang dapat dilakukan oleh ibu bapa apabila anak mereka mengalami akil baligh awal.

Walaubagaimanapun, Dr Ho berkata kanak-kanak perlu menjalani gaya hidup sihat untuk mengurangkan risiko obesiti!

Dr Alison Snodgrass, seorang perunding di Hospital KK Wanita dan Kanak-kanak (KKH), berkata pemakanan yang baik dan tidur yang mencukupi adalah penting untuk perkembangan normal dan akil baligh.

Beliau berkata:

“Akil baligh awal berlaku biasanya pada kanak-kanak perempuan. Ia biasanya fisiologi (selaras dengan fungsi normal badan). Mungkin anak itu mempunyai sejarah keluarga yang akil baligh awal. Anak gadis yang gemuk juga cenderung untuk akil baligh lebih awal.”

Kesan akil baligh awal pada kanak-kanak

Kredit: Shutterstock

Selain masalah asas, akil baligh awal juga boleh memberi kesan fizikal dan sosial kepada kanak-kanak. Sebagai contoh, kanak-kanak itu mungkin menjadi dewasa dengan ketinggian yang rendah.

Walaupun kanak-kanak mengalami akil baligh awal dan pertumbuhan awal yang pesat, tulang mereka matang lebih cepat daripada biasa.

“Hasilnya, mereka sering berhenti berkembang lebih awal daripada biasa dan mungkin lebih pendek daripada ketinggian purata apabila mereka dewasa,” kata Dr Ho.

Kanak-kanak yang akil baligh awal mungkin sedar tentang perubahan yang berlaku di dalam tubuh mereka. Dan mereka mungkin tidak cukup matang untuk mengendalikan perubahan emosi dan fizikal akibat daripada proses akil baligh itu.

“Kanak-kanak mungkin tidak tahu cara mengatasi perubahan emosi dan menjaga kebersihan diri mereka. Perkara-perkara ini mungkin menakutkan mereka.”

Perubahan dalam badan kanak-kanak juga boleh membuatnya terdedah kepada penderaan seksual.

“Rawatan mungkin diperlukan untuk menghadkan kesan ini. Suntikan yang mengandungi hormon untuk menyekat akil baligh juga biasanya diberikan,” kata Dr Ho.

Suntikan ini biasanya dilakukan sekali sebulan atau setiap tiga bulan. Dan, ia akan dihentikan apabila kanak-kanak itu mencapai usia matang fizikal yang normal.

“Ibu bapa tidak perlu terlalu bimbang, tetapi pada masa yang sama, mereka tidak sepatutnya mengabaikan tanda-tanda akil baligh awal,” kata Dr Tan.

Jadi, ibu ayah sekalian, walaupun tak banyak yang kita boleh lakukan untuk menghindari akil baligh awal, kita masih perlu mencari rawatan atau memberikan bantuan/sokongan bersesuaian kepada anak kita.

Ini supaya mereka dapat membiasakan diri dengan perubahan kematangan yang mereka alami!

Rencana diterjemahkan daripada The Straits Times.

Baca juga: Adakah Anak Hanya Tak Dengar Kata Atau Mereka Ada Masalah Mental Ini?

Penulis

Michelle Goh