Kanak-Kanak Austisme Ini Dibuli Teruk Hingga Kepala Tertusuk Paku!

Membuli kanak-kanak biasa sudah cukup teruk, apatah lagi membuli kanak-kanak autism? Ikuti cerita budak malang ini dibuli hingga kepalanya ditusuk paku!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kes membuli kanak-kanak autisme

Perbuatan membuli adalah sesuatu yang sangat teruk.

Kaitan:

https://my.theasianparent.comanak-seorang-pembuli/

Membuli kanak-kanak biasa juga sudah cukup teruk, apatah lagi jika membuli kanak-kanak autisme? Sungguh tidak boleh diterima!

Inilah yang dihadapi Romeo Smith, seorang kanak-kanak autisme yang sering dibuli…

Cuba baca kisah adik Romeo Smith yang selalu menjadi mangsa buli ini.

Dia merupakan kanak-kanak autistik yang berusia sembilan tahun. Dan ketika sedang bermain di luar, dia telah dibuli hingga paku tertusuk bersama papan kayu di KEPALANYA!

Romeo bersama tiga orang adik-beradiknya sedang berjalan pulang bersama ibu mereka, Natasha, 30. 

Romeo memang kerap ketinggalan di belakang kerana dia gemar berhenti dan melihat benda di sekeliling. Itu adalah perkara biasa buat Romeo dan ibunya sering kali membiarkannya saja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun, Craig, bapa Romeo yang sedar anaknya tiada di belakang ibunya, pergi mencari Romeo.

Dia kemudian ternampak Romeo di atas pokok cuba mengelak pembuli-pembulinya! Kemudian Craig menghalau mereka supaya Romeo boleh turun semula.

Pembuli tak kisah jika membuli kanak-kanak austistik pun!

Pembuli tersebut telah mengejek Romeo dengan pelbagai nama hingga Romeo memanjat pokok untuk mengelakkan diri dari mereka.

Namun ketika Romeo sudah turun dari pokok tersebut untuk sambung berjalan pulang, salah seorang pembuli tersebut telah membaling sekeping papan kayu dengan paku besar!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bapanya sendiri nampak kayu tersebut melekat di kepala Romeo dan Romeo mula menjerit dan berlari ke arahnya meminta bantuan.

Betul-betul di hadapan bapanya!

Kasihan kanak-kanak autisme ini dibuli teruk hingga mengalami kecederaan kepala Foto ehsan Unilad.co.uk

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Manusia jenis apakah mereka semua?! Sungguh tidak berhati perut, tidak berperikemanusiaan!

Keluarga risau dengan keadaan Romeo dan kaki buli

Walaupun keadaan Romeo sudah beransur pulih, namun keluarganya masih risau dengan kesan jangka masa panjang bagi kejadian ini. 

Natasha merasakan yang Romeo tak boleh dibiarkan bersendirian kerana dia mempunyai ASD (Autism Spectrum Disorder).

Perkara teruk sebegini pun boleh terjadi kepadanya namun dia tak memberitahu apa-apa pada ibunya!

Dan sekiranya perkara seperti ini terjadi lagi tanpa pengetahuan ibubapanya, Romeo akan terus senyap.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pihak polis masih menyiasat hal ini, namun mereka mungkin tak akan mengambil tindakan undang-undang pada semua pembuli itu

Dengan syarat, pembuli tersebut menunjukkan rasa kesal yang ikhlas serta faham dengan kesan perbuatan mereka. 

Namun, secara peribadi, saya rasa mereka harus dikenakan tindakan undang-undang supaya mereka rasa sendiri kesan perbuatan mereka.

Foto ehsan Nottingham Post

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perbuatan membuli adalah salah

Membuli adalah perbuatan yang penuh dengan keburukan kepada si pembuli dan juga kepada mangsa yang dibuli.

Tiada apa yang okay dan kelakar tentang kes membuli. Ia perlu dihentikan dengan apa cara pun!

Kesan dibuli bukanlah hanya sekadar lebam atau luka yang boleh dilihat dengan mata kasar, ianya lebih dari itu!

Kesan trauma dan emosional yang ditinggal boleh jadi lebih besar dari luka yang boleh dilihat secara luaran. Lihat sahaja pembulian siber terus mengganggu seorang remaja di atas talian selepas kematiannya, mereka tidak tahu bila untuk berhenti.

Perbuatan buli bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan!

Sebagai ibu bapa dan sebagai ahli masyarakat, adalah tanggungjawab kita untuk menghentikan perbuatan membuli. Sama ada ianya pembulian fizikal, verbal atau pembulian alam maya! 

Lihat satu lagi kes buli yang sampai hampir meragut nyawa mangsa, ibu ini mengongsikan gambar anaknya yang menyayat hati di hospital akibat dibuli. Dan juga Akibat Dipanggil ‘Paus Gemuk’ Bekas Perenang Ini Menjadi Anoreksia yang juga adalah mangsa pembulian verbal.

Pernahkah anda membaca apa tindakan ibu pelajar ini apabila Seorang budak lelaki menarik tali colinya di sekolah, apa yang dilakukannya kemudian mengkagumkan.

Budaya membuli boleh dihentikan dan ianya bermula dari kita – ibu bapa.

Sumber: eagle rising

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comkanak-kanak-tidak-tahu-dia-dibuli/

Penulis

Aqma