Mengapa Sesetengah Kanak-Kanak Bakal Berjaya Dan Ada Pula Cepat Putus Asa?

Semua ibu inginkan yang terbaik untuk anak mereka. Tapi, mengapa ada sesetengah kanak-kanak lebih kuat berusaha dan ada juga yang cepat putus asa?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kanak-kanak yang berjaya

Baru-baru ini, anak saya baru mula belajar untuk menyuapkan diri. Macam rasa nak ketawa sahaja apabila melihat mukanya yang penuh dengan kesan bubur.

Saya melihat bubur yang hampir tertumpah dari sudunya sambil dia cuba memberi tumpuan untuk mengarahkan sudu itu ke dalam mulutnya.

“Sikit lagi,” saya kata sambil beri sokongan, tapi saya tidak menolongnya.

Saat dia berjaya, saya terus memberi pujian,”Bagus! Kamu berjaya! Walaupun susah, kamu masih berjaya melakukannya. Saya sangat bangga dengan kamu!”

Matt Preston/Flicker

Saya boleh berkata kepadanya “Wah! Pandai!” ataupun, “Mari sini, biar ibu suapkan,” tapi saya tidak berbuat begitu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda ingin tahu mengapa?

Teruslah membaca.

Dua kategori minda kanak-kanak

Penyelidik Stanford Carol Dweck telah mengkaji motivasi dan ketekunan sejak tahun 1960-an dan dia mendapati kanak-kanak boleh dibahagi kepada dua kategori:

  1. mempunyai minda yang tetap
  2. mempunya minda yang matang

Minda yang tetap

Kanak-kanak dengan minda tetap percaya kejayaan mereka adalah hasil bakat atau kepintaran mereka sendiri

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mereka berpendapat seseorang perlu bekerja keras, bukan orang yang pintar ataupun berbakat.

Tetapi apabila menghadapi kegagalan, kanak-kanak dengan minda yang tetap akan berasa terperangkap.

Mereka akan mula berfikir, “mungkin saya tidak berbakat atau sepintar seperti mana yang orang fikirkan.”

Akhirnya ini akan menghalang mereka dari menyahut cabaran kerana takut mereka tidak akan kelihatan pintar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Minda yang matang

Kanak-kanak dengan minda yang matang pula percaya kejayaan boleh dicapai dengan titik peluh mereka sendiri.

Jika mereka rajin belajar, maka mereka akan jadi lebih bijak. Apabila mereka mengalami kegagalan, mereka selalu percaya situasi mereka boleh diperbaiki jika mereka berusaha. 

Mereka lebih mengutamakan proses menimba ilmu dan mereka tidak kisah jika mereka kelihatan pintar ataupun tidak.

Mereka tidak cepat putus asa dan tidak takut untuk menyahut cabaran-cabaran yang sukar.

Apabila tamat kajian, Dweck  mendapati kanak-kanak yang mempunyai minda yang matang adalah mereka yang telah biasa mendengar kata-kata pujian dari ibu bapa apabila mereka masih kanak-kanak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi bolehkah minda yang tetap ditukar kepada minda yang matang?

Apabila seorang guru bertanya soalan ini dalam sebuah emel, Dweck turut tertanya-tanya jika ia boleh dilakukan. 

Untuk mendapat jawapannya, Dweck telah mengaplikasikan teori yang sama pada pelajar sekolah menengah dan pelajar kolej dengan pemikiran tetap

Dia mendapati keputusan pelajar-pelajar ini akan bertambah baik apabila mereka sedar otak mereka adalah seperti otot: dan kecerdasan bukan sesuatu yang tetap.

Jadi jawapannya ialah tidak. Ia masih sempat untuk menukarkan pemikiran anak.

Kesimpulannya: Otak anda bagaikan otot. Satu cara untuk meningkatkan perkembangan otak adalah dengan menerima cabaran, selalu melakukan latihan kemahiran dan belajar ilmu baru.

Jadi lain kali apabila anak kita sedang belajar ilmu baru, kita sebagai ibu bapa perlu memberi dorongan untuk menyahut cabaran itu dengan kata-kata, “Cuba lagi” atau “Sedikit lagi, anda pasti boleh.”  

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jom cuba, ya!

 

Sumber: Huffington Post

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Ibu Bapa Harus Sokong Anak Untuk Aktif Dalam Sukan Demi 7 Kelebihan Ini!

Penulis

Rosanna Chio