Kanak-kanak lelaki ini dilanggar kerana dikatakan menghalang laluan, kejamnya!

Ibu bapa sila pantau dan perhatikan anak-anak ketika menghantar atau mengambil mereka dari sekolah. Kemalangan tak kenal masa dan tempat, bila-bila ia boleh berlaku.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kanak-kanak cedera selepas dilanggar skuter

Baru-baru ini, seorang kanak-kanak cedera selepas dilanggar skuter. Kejadian berlaku di Block 549 Woodlands Drive 44, Singapura. Selepas melanggar, penunggang yang tidak bertanggungjawab itu mengatakan kepada kanak-kanak berkenaan kenapa menghalang laluannya.

Menurut media tempatan Singapura, penunggang skuter terbabit, Du Aiwen ingin mengambil isterinya pulang dari kerja. Manakala kanak-kanak lelaki itu pula ingin pulang ke rumah selepas persekolahan bersama bapanya, Wu Zhiqiang.  

Semasa kejadian, mereka melihat skuter terbabit menghampiri dan terus ke sebelah kiri laluan pejalan kaki. Pada masa yang sama, kanak-kanak lelaki itu menggunakan laluan tersebut untuk menghampiri bapanya yang sedang menunggu.

Malangnya ketika melintas, kanak-kanak itu bertembung dengan skuter yang ditunggang oleh Du dan isteri. 

Kanak-kanak cedera teruk dan terkejut lantas menangis di tempat kejadian. Penunggang skuter terbabit memarahinya kerana menghalang laluan dan mula berang serta bertindak untuk memukul.

Lantas bapa kanak-kanak terbabit menghubungi pihak polis.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Akibat berasa bimbang, Du cuba melarikan diri tetapi ditahan oleh rakan Wu, yang turut berada di tempat kejadian.

Kanak-kanak lelaki itu dibawa ke hospital. Wajahnya lebam di sebelah kanan dan terdapat kecederaan di tangan kiri. Selain muntah akibat trauma dilanggar.

Kecederaan tersebut dialami akibat tubuhnya terpelanting kira-kira 2 meter dari tempat kejadian dan belakang kepala cedera parah kerana bergesel dengan tanah.

Kesudahannya, April 2018 yang lalu, penunggang skuter dikenakan denda dan motor miliknya dirampas akibat kecuaian.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Analisis pola kemalangan jalan raya di Malaysia

  • Kecederaan akibat kemalangan jalan raya merupakan antara pembunuh utama di dunia selepas penyakit kronik seperti penyakit jantung, strok, jangkitan paru-paru dan kesukaran pernafasan.
  • Di Malaysia, jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya telah meningkat sebanyak 70%.

Faktor mengejutkan dan menarik berkaitan kemalangan jalan raya

  • Orang obes lebih cenderung meninggal dalam pelanggaran kereta sebab kajian mendapati 78% lebih cenderung mati dalam keadaan itu. Penjelasannya, bahagian pemandu obes ditolak ke hadapan semasa impak sebelum tali pinggang keledar mencapai pelvis. Manakala bahagian atas dihalang. Oleh sebab itu tubuh sukar bergerak dan menyebabkan kecederaan maut.
  • Telefon pintar bukan penyebab kemalangan. Menggunakan telefon semasa memandu dilarang dan dipercayai penyebab kepada kemalangan. Namun satu kajian dijalankan oleh Carnegie Mellon University (CMU) dan London School of Economics and Political Science di mana bercakap di telefon tidak meningkatkan risiko kemalangan. Tetapi kurang beri tumpuan adalah sebab utama.
  • Ciri-ciri keselamatan dalam kereta mungkin tidak mengurangkan kemalangan jalan raya kerana jika tidak berhati-hati dan memandu secara berbahaya, kemalangan tetap berlaku.
  • Jika berlaku kemalangan antara motosikal dan kereta siapa yang harus dipersalahkan? Ya kereta, kerana mereka sepatutnya memberi laluan kepada kenderaan kecil ini untuk buat laluan terlebih dulu.
  • Para pemandu wanita Malaysia lebih marah tetapi kurang mengalami kemalangan berbanding lelaki kerana lelaki cenderung bertindak dengan kemarahan melalui fizikal berbanding wanita. Pendek kata wanita hanya marah tetapi lelaki marah lantas tunjuk sikap agresif.

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Sumber: theAsianparent Singapore, ejournalukm, astroawani

Foto kredit: theAsianparent Singapore, daily mum & kensingtonmum 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.com/bahaya-di-taman-permainan

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan