Kanak-kanak dicabul di fun fair Sungai Petani oleh kawan keluarga sendiri!

Lagi berita kanak-kanak dicabul. Kali ini ia berlaku di Sungai Petani, Kedah. Apa ibu bapa patut buat untuk mengelak insiden anak dicabul atau diperkosa?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lagi berita kanak-kanak dicabul!

Semalam, tular video seorang kanak-kanak dicabul di fun fair, Sungai Petani, Kedah. Yang lebih menyedihkan, kanak-kanak itu baru berusia 7 tahun dan dicabul oleh orang yang dikenalinya!

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Saifi Abdul Hamid berkata, suspek sebenarnya adalah kawan kepada keluarga kanak-kanak perempuan itu. 

Suspek datang ke rumah keluarga mangsa dan meminta izin untuk membawa mangsa keluar membeli makanan di Sungai Petani.

Tiba-tiba, suspek membawa mangsa ke fun fair itu dan mencabulnya di sana sekitar pukul 11 malam hingga 1 pagi!

Kanak-kanak dicabul oleh orang yang dikenali keluarga

Berita seperti ini membuatkan ibu bapa menjadi lebih runsing dan tidak sewajarnya mempercayai sesiapa dengan sewenang-wenangnya. 

Lihat saja bagaimana orang yang kita kenal pun mampu mencabul penghormatan dan keselamatan anak-anak kita. Nasib baiklah ada bukti yang menunjukkan pencabulan ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kalau tiada, dan kita tak sedar ada orang mencabul anak kita, macam mana?

Video berdurasi 20 saat yang tular di media sosial semalam menunjukkan seorang lelaki mencium pipi kanak-kanak perempuan itu berulang-ulang kali. Malah, dia juga sengaja memasukkan tangannya ke dalam baju kanak-kanak itu.

Keluarga mangsa hanya mengetahui tentang perbuatan jijik lelaki tersebut apabila mereka melihat video itu di WhatsApp. Alangkah terkejutnya ibu mangsa!

Menurut ibu mangsa, suspek telah datang ke rumah mereka pukul 11:30 semalam. Apabila ibu mangsa bertanya tentang kejadian pencabulan itu, suspek mengaku bersalah namun terus beredar selepas itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Susulan itu, ibu mangsa terus membuat laporan polis dan siasatan mengikut Seksyen 14 (A) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dijalankan.

Lelaki itu telah ditahan kini. Semoga keadilan mengheret pesalah ke kandang kesalahan!

Apa ibu bapa patut buat jika tahu anak dicabul atau diperkosa?

Kredit: Al Arabiya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dek lambakan berita pencabulan, perkosaan dan sumbang mahram yang melibatkan kanak-kanak, ibu bapa sewajarnya mengambil serius akan hal ini.

Untuk mengelak anak daripada dicabul dan diperkosa, mereka perlu tahu melindungi diri mereka sendiri. Anak kecil wajib tahu:

  • sebutan yang betul untuk anggota sulit mereka. Ada kes di mana kanak-kanak dirogol dan dia beritahu ibunya yang "perut" dia sakit. Sedangkan perut itu maksudnya vagina dia!
  • ajar anak private part mana yang tiada orang lain boleh sentuh
  • kalau ada orang sentuh, suruh anak beritahu sesiapa atau menjerit

Selepas mengajar ketiga-tiga poin itu, kita juga harus tahu langkah seterusnya yang patut dilakukan ibu bapa jika insiden ini berlaku pada anak.

Bukan mahu mendoakan perkara yang buruk, tapi malang tidak berbau. Jika anak mengadu yang dia dicabul atau diperkosa, apa yang ibu bapa patut buat adalah:

  1. Mempercayai cakap anak - mereka mungkin rasa serba-salah dan tidak yakin untuk memberitahu anda kerana takut anda tak akan mempercayai mereka.
  2. Tulis secara terperinci aduan anak - contohnya jika anak mengadu dicabul berulang-ulang kali oleh anggota keluarga sendiri
  3. Rekod video - untuk menunjukkan reaksi anak dalam mencerita insiden itu
  4. Ibu bapa jangan panik - jangan pergi update maki-maki di FB atau sebagainya. 
  5. Jika anak dirogol, jangan mandikan mereka - ini untuk memastikan DNA pemangsa masih ada dan boleh dikesan oleh forensik
  6. Buat laporan polis - bawa semua bukti tulisan dan rakaman video yang anda telah buat dan pergi buat laporan polis. Serahkan kes pada polis dan pihak forensik untuk membuat analisa.

Perkara paling penting yang ibu bapa harus amalkan adalah jangan melepaskan pemangsa seksual, lebih-lebih lagi pemangsa yang mengganggu kanak-kanak. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perbuatan terkutuk mereka itu harus dihentikan dan sewajarnya dipandang serius oleh semua ibu bapa. Tak kisahlah mereka mungkin adik-beradik atau sahabat handai anda.

Semoga anak-anak anda dilindungi. Amin.

 

 

Kredit gambar: Utusan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber rujukan: Channel News Asia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Penulis

Ayu Idris