Seorang kanak-kanak didera di sebuah pra-sekolah di Singapura. Akibat itu, kanak-kanak didera ini telah mengalami bengkak dan lebam di telinganya. Menurut si ibunya, kanak-kanak perempuan itu masih trauma ekoran kejadian tersebut.
Ibu yang kecewa ini telah berkongsi di Facebook tentang kes ini pada 10 Mac lalu. Dia juga telah melaporkan perkara ini kepada polis dan ECDA (Jabatan Kerajaan Pendidikan Awal di Singapura).
Kenapa kanak-kanak didera di pra-sekolah?
Ibu, Claudia Kwan berkongsi tentang insiden yang terjadi dalam postnya.
“Pada pagi 14 Feb 2018, saya menghantar anak perempuan saya yang berumur 3 tahun ke sekolah. Padi awal pagi, saya menyiapkannya dan mengikat rambutnya sebelum menghantarnya ke sekolah dia gembira seperti biasa.
Walaubagaimanapun, semasa suami saya menjemput anak saya dari sekolah, dalam perjalanan pulang, suami saya merasakan ada yang tidak kena dengan mood anak saya, jadi dia berhentikan kereta dan pusing ke belakang. Dia lihat sesuatu yang pelik berlaku di telinga anak saya.
Rambutnya yang kusut telah melindungi sebahagian telinganya dan dia berpeluh. Suami saya terkejut melihat lebam di atas telinganya.
Apabila mereka sampai di rumah, suami menyuruh saya periksa telinga anak saya dan saya terkejut apabila melihat telinganya lebam teruk sehingga bengkak.