Kasihan! Leher Kanak-Kanak Ini Dirantai Di Tong Gas Oleh Bapa Tiri Hingga Pengsan

Sanggupkah anda merantai leher anak sendiri di tong gas hingga mereka pengsan? Lihat kisah ini. Atas alasan apa si bapa tiri bertindak sekejam demikian?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mendisiplinkan anak dengan ketegasan

Berapa jauh anda sanggup buat untuk mendisiplinkan anak-anak yang degil?

Sanggupkah anda merantai leher mereka di tong gas?

Baru-baru ini, kecoh apabila sorang bapa tiri yang berusia 32 tahun telah merantai anak tirinya di leher pada sebuah tong gas

Kredit: THE STAR ONLINE/ASIA NEWS NETWORK

Menurut laporan The Straits Times, bapa tiri mangsa yang bekerja sebagai askar itu sengaja berbuat demikian kerana ingin mendisiplinkan anaknya.

Kanak-kanak itu dikatakan tidak mahu ke sekolah

Namun, tindakan mendisiplinkan anak itu nampak terlalu kejam, lebih-lebih lagi apabila kanak-kanak itu hanya memakai seluar  dan telah pengsan ketika dijumpai.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Leher kanak-kanak dirantai di tong gas

Selepas menerima laporan daripada orang awam, pihak polis telah menyerbu dan memecahkan pintu sebuah rumah di Indera Mahkota untuk menyelamatkan kanak-kanak terbabit.

Asst Comm Abdul Aziz Salleh berkata, tiada sesiapa yang memberi respon pada ketukan pintu oleh pihak polis.

Maka, mereka menyerbu dan pantas membawa mangsa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Hospital untuk menerima rawatan, kerana mangsa telah lama pengsan.

Pasangan bapa tiri dan ibu kandung kanak-kanak itu kini telah ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) dalam Akta Kanak-Kanak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mereka direman selama seminggu.

Teknik mendisiplinkan anak yang terlalu tegas boleh merosakkan minda kanak-kanak

Tahukah anda, kajian telah membuktikan yang disiplin terlalu tegas dari ibu bapa tidak berjaya membesarkan anak yang bijak?

Malah, cara disiplin yang paling berkesan adalah dengan memberi kasih sayang dan perhatian.

Kredit: The Sun Daily

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketika ditemui di hospital, kanak-kanak yang mungkin mengalami trauma terbabit mengatakan si bapa tirinya menghukum beliau kerana pulang lambat dari kafe internet.

Menurut Datuk Shahaniza Shamsuddin, pengerusi Pembangunan Wanita dan Keluarga, yang berbual dengan kanak-kanak berusia 10 tahun itu, bapa tirinya tidak pernah sekejam itu sebelum ini.

Namun, tindakan mendisiplinkan anak dengan merantai lehernya di tong gas itu terjadi kerana kedua ibu bapa terbabit terlalu marah anak mereka pulang lambat ke rumah.

Malah, kanak-kanak itu dikatakan tidak mahu ke sekolah.

Walaubagaimanapun, pihak pekerja sosial dan jabatan kebajikan akan menyiasat kes ini dengan lebih mendalam. 

Ingin jumpa bapa kandung sendiri

Puan Shahaniza juga menjelaskan mangsa ingin berjumpa dengan bapa kandungnya sendiri. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bapa kandung beliau bekerja di Melaka sebagai pencuci kereta di Pantai Klebang pantas turun dari sana untuk berjumpa mangsa di hospital, tempoh hari.

Reunion ini sudah lama dinantikan si kanak-kanak, kerana kali terakhir beliau berjumpa bapanya adalah pada hari raya tahun lepas. 

Bapa kandung mangsa juga menyatakan niatnya untuk menjaga kanak-kanak itu selepas ini. Mangsa juga menangis-nangis ingin mengikut bapa kandungnya.

Namun, hal seperti ini hanya boleh ditentukan oleh mahkamah selepas pihak kebajikan (JKM) menyiasat dan menyiapkan laporan.

Kasihan. Walau apapun alasan mengapa kanak-kanak berusia 10 tahun itu dirantai di tong gas, ia masih adalah satu perbuatan yang terlampau kejam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sanggupkah anda merantai anak sendiri semata-mata kerana dia pulang lambat ke rumah?

Sumber rujukan: The Straits Times dan The Sun Daily

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.com8-cara-disiplin-yang-salah/

 

 

Penulis

Ayu Idris