Kanak-Kanak Ini Hidap Penyakit Paling Misteri Dan Tiada Siapa Pernah Menghidapnya!

Kanak-kanak ini cukup kuat mengharungi pelbagai cabaran kerana menghidap penyakit misteri yang tak dihidap oleh sesiapa ini. Ikuti kisah istimewa beliau.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kanak-kanak ini hidap penyakit paling “misteri”

Kasihan kanak-kanak ini. Namanya Katie Renfroe dan beliau berusia 9 tahun. 

Namun, sejak lahir lagi doktor tak dapat mengesahkan Katie mengalami sakit apa. Gangguan pertumbuhan yang dialami oleh beliau tak pernah terjadi sebelum ini.

Kredit: Barcroft

Malah, doktor kata ia mungkin penyakit 1 dalam sejuta!

Oleh sebab doktor tak dapat mengenalpasti apakah penyakit dan tanda-tanda gangguannya, penyakit ini mungkin akan diberi nama sempena nama Katie.

Lahir dengan sakit megalencephaly

Ketika ibu Katie mengandung, doktor memberitahu ibunya yang Katie akan menghidap sakit megalencephaly.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Megalencephaly adalah sejenis gangguan di mana bayi baru lahir mempunyai otak yang membesar secara abnormal.

Ia mungkin disebabkan oleh masalah neurologi atau jangkitan ketika bersalin. Otak mangsa boleh mencecah berat dua kali ganda berat normal!

Katie ketika kecil
Kredit: Barcroft

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun selepas bersalin, doktor tidak dapat mengenalpasti mengapa muka Katie menjadi sedemikian. 

Ibunya, Angie masih menanti diagnosis penuh daripada doktor sejak 9 tahun lepas! Apabila disoal tentang apa yang terjadi selepas Angie bersalin akan Katie, dia menjelaskan –

“Masa kandungan saya berusia 6 bulan, doktor kata Katie mungkin akan menghidap megalencephaly.  Selepas lahir, apabila mendapatinya muka Katie jadi sedemikian, doktor telah melakukan pelbagai pembedahan. Semuanya untuk buang tisu lemak dari mukanya.”

Hingga sekarang, tiada sesiapa mengetahui apakah punca yang membuatkan Katie jadi begini.

Doktor telah mengujinya sebagai orang kerdil, namun keputusan ujian mendedahkan Katie tidak tergolong dalam kategori tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Barcroft

Kanak-kanak dengan penyakit misteri ini menghadapi pelbagai cabaran

Kasihan Katie. Pelbagai cabaran terpaksa beliau lalu daripada sekarang hingga kini. 

Kesan sampingan akibat penyakit misteri ini membuatkan Katie sering terkena sawan, tidak dapat berjalan atau bercakap, dan perlu makan dari tiub. 

Sejurus selepas dilahirkan, keluarganya pernah membawa Katie berjumpa Roman Yusupov, seorang doktot pakar dalam genetik kanak-kanak dan cranio-facial.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun, pakar itu juga tidak dapat mendiagnosis Katie. Akan tetapi, doktor itu berkhidmat untuk memantau progress Katie hingga sekarang.

Menurut pakar itu, Katie mungkin menghidap sindrom tumbesaran terlebih di mana setiap anggota badan yang berbeza mula “mengembang” dan membesar.

Kerana keadaan Katie yang misteri ini, beliau telah melalui pelbagai pembedahan sejak berusia 9 bulan. 

Katie menjalani pembedahan otak, pembedahan membuang tonsil, menambah tiub untuk makan, mengecilkan saiz telinga, lidah dan pipinya (banyak kali!) malah 2 cyst juga pernah dibuang dari kepala Katie.

MasyaAllah, kasihan kanak-kanak sekecil ini sudah terpaksa melalui pelbagai duka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Barcroft

Penyakit misteri tak menghalang Katie daripada disayangi

Sekarang, Katie pergi ke sekolah kanak-kanak kurang upaya dan istimewa. Tapi, Katie pandai bermain komputer dan boleh melibatkan diri dengan kawan-kawannya!

Kekurangan Katie juga tak membantutkan nilai kasih sayang yang dicurahkan padanya. Katie selalu bermain dengan 7 abang dan kakaknya malah mereka amat menyayangi Katie!

Kami di theAsianparent mendoakan kesejahteraan Katie dan berbangga kerana Katie cukup kuat! 

Go, Katie!

Sumber rujukan: Metro UK dan Heathline

Kredit gambar: Barcroft

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comlynlee-hope-bayi-istimewa-yang-dilahirkan-ke-dunia-sebanyak-dua-kali/

 

 

Penulis

Ayu Idris