Kanak-Kanak Hilang Ketika Berkhemah Bersama Keluarga Ditemui Selamat Selepas 18 Hari!

Ajaib! Selepas 18 hari, kanak-kanak hilang ketika berkhemah bersama ditemui tanpa berhampiran kejiranannya sebarang kecederaan fizikal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ajaib! Selepas pencarian selama 18 hari, kanak-kanak hilang ketika perkhemahan bersama keluarganya ditemui selamat! Dia yang berusia empat tahun kelihatan sihat tanpa sebarang kecederaan fizikal.

Kanak-kanak perempuan berkenaan, Cleo Smith hilang pada 16 Oktober lalu ketika berkhemah di tapak perkhemahan berhampiran Point Quobba, Carnarvon terletak kira-kira 800 kilometer di utara Perth.

Beliau bagaimanapun ditemui selamat 18 hari kemudiannya. 

Kanak-kanak hilang di tapak perkhemahan ditemui selamat

Kredit: daily mail

Kanak-kanak berkenaan ditemui di sebuah rumah tidak jauh daripada rumahnya sendiri! Ia dalam kawasan perumahan yang sama. Sungguh tidak disangka.

Tindakan seorang lelaki bujang yang diketahui tidak mempunyai anak yang membeli lampin pakai buang kanak-kanak menjadi salah satu petunjuk kes itu. 

Selepas diselamatkan kanak-kanak berkenaan terus dibawa ke hospital berhampiran untuk pemeriksaan lanjut. Menurut jiran-jiran, sebelum ini mereka ada terdengar suara budak perempuan menangis, namun tidak menyangka dia adalah Cleo Smith.

Mereka langsung tidak menyangka lelaki berkenaan yang pendiam dan kelihatan tidak bercampur sanggup melakukan perkara berkenaan. Lelaki berusia 36 tahun kini ditahan polis untuk siasatan lanjut.

Kawasan perumahan itu adalah sebuah kawasan kecil dan menurut penduduk mereka mengenali antara satu sama lain di kawasan kejiranan itu dan mereka langsung tidak menyangka tindakan lelaki itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara ajar anak jaga keselamatan diri

Anak-anak perlu diajar mengenai cara menjaga keselamatan diri sendiri. Antara perkara yang perlu diajar adalah:

#1. Ingat nombor telefon, nama ibu ayah

Jika anak terpisah dari ibu bapa dan ada orang yang sedang membantu mencari mereka, nama “ibu” atau “abah” tidak akan membantu. Ajar anak nama penuh kedua-dua ibu bapa – ia lebih baik dan penting daripada menjaga air muka.

Lebih baik lagi kalau anak anda pandai hafal nombor handphone salah satu dari ibu bapanya. Kalau anak masih terlalu kecil, pastikan nombor telefon anda ada pada anak. Sama ada simpan di beg galasnya atau simpan dalam poket seluar.

#2. Sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semua kanak-kanak di Malaysia diajar tentang sentuhan selamat dan tidak selamat dalam sukatan pelajaran Darjah 1. Mereka diajar untuk mengatakan ‘jangan/tidak dan untuk memahami perasaan diri apabila disentuh – perasaan selamat, tidak selesa atau tidak selamat.

Ajar anak untuk menggunakan nama sebenar bahagian-bahagian aurat supaya mereka tidak keliru dengan nama-nama samaran.

#3. Jenis orang tidak dikenali

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak perlu faham bahawa tidak semua orang yang tidak dikenali adalah orang yang jahat. Orang yang biasa ditemui di kedai runcit, kawan-kawan ibu bapa dari sekolah serta ramai lagi orang di dunia ini mungkin tidak akan melakukan apa-apa yang akan memudaratan anak kita.

Tetapi sebagai ibu bapa, ia masih menjadi tanggung jawab kita untuk mengajar cara-cara mengenali tanda-tanda amaran, jenis keadaan yang tidak selamat, dan orang-orang licik.

#4. Minta bantuan

Jika anak dalam keadaan di mana mereka memerlukan bantuan segera, dari siapa mereka patut minta bantuan? Misalnya situasi di mana anak terpisah dari ibu bapanya.

Ajar anak anda untuk meminta bantuan daripada seorang guru, pegawai polis, pengawal keselamatan atau seorang ibu atau ayah dengan stroller atau beg lampin.

Jangan ikut orang yang tidak dikenali masuk kereta walaupun mereka mengatakan mereka akan membantu. Ajar anak untuk tidak takut dengan polis. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Keselamatan jalan raya

Ini termasuklah:

  • melihat ke kiri, ke kanan dan ke kiri semula, sebelum menyeberangi jalan
  • berjalan di laluan jalan kaki dan tidak atas jalan raya
  • untuk sentiasa pegang tangan ibu bapa dan tidak berlari/berjalan sendiri di hadapan
  • menyedari kereta yang menghampiri anda, kereta yang nak keluar dari tempat letak kereta dan juga apabila mengesyaki ada orang yang mungkin menghampiri anda.
  • Apabila berjalan berseorangan, ajar anak untuk berhenti dan teliti sekelilingnya sebelum masuk jalan rumah. Pastikan tiada kereta atau orang mencurigakan yang menghampiri.

Dalam situasi di mana anak ditinggalkan dan terperangkap dalam kereta yang panas dengan tingkap yang tertutup, ajar anak cara untuk membuka buckle carseat mereka dan membunyikan hon kereta. Jangan berhenti membunyikan hon kereta sehingga ada orang datang untuk memberi bantuan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Kredit foto: Daily mail

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Bahaya Tinggalkan Anak Seorang Di Garaj, Ini Cara Babyproof Garaj Untuk Jamin Keselamatan

Baca juga: Tip-Tip Keselamatan Membenarkan Anak Berjalan Raya

Baca juga: Wahai Ibu Bapa Semua, Adakah Anda Pasti Dengan Keselamatan Anak Anda?

Penulis

Lala Annuar