Seorang ibu telah bersuara berikutan kematian tragik anak lelakinya (11 tahun) yang telah membunuh diri akibat ‘prank’ media sosial yang kejam.
Tysen Benz of Marquette, Michigan, telah meninggal dunia pada hari Selasa di Hospital Universiti Michigan di Ann Arbor selepas menghabiskan tiga minggu bergantung pada sistem sokongan hayat selepas cuba membunuh diri pada 14 Mac lalu.
Ibunya, Katrina Goss telah memberitahu yang anaknya telah dimanipulasi dan dibodohkan (prank) oleh seorang budak perempuan berusia 13 tahun yang tidak dapat dinyatakan identitinya kerana dia adalah seorang minor.
Budak perempuan itu telah memberitahu Tysen yang dia akan membunuh diri serta meyakinkan Tysen lagi dengan menghantar bukti menggunakan akaun media sosial rakan-rakan.
Tysen telah memberitahunya yang dia juga akan membunuh dirinya tetapi budak perempuan itu tidak cuba menghentikan perbuatan Tysen mahupun memberitahu ibunya, Katrina.
Sekarang, ibu yang telah hancur hatinya ini bersuara supaya anak muda dan orang dewasa faham bagaimana sosial media boleh menjadi sangat bahaya.
Goss memohon semua ibu bapa untuk mengawasi semua penggunaan alat teknologi. Ia bukanlah melanggar privasi mereka. Ia sebenarnya untuk mengetahui apa yang mereka lakukan dan dengan siapa mereka bergaul.
Menurut Goss lagi, beliau tidak menyetujui perhubungan Benz dengan perempuan lebih berusia dan berulang-kali meminta budak perempuan itu berhenti menghubungi Tysen. Goss juga telah menghantar mesej kepada ibu bapa dan mak cik budak perempuan itu, namun tidak berjaya.
Jabatan Polis Marquette telah mengesahkan yang siasatan sedang dijalankan berkenaan kematian Benz. Walaubagaimanapun, sebarang hukuman jenayah haruslah melalui Pejabat Pendakwaraya Marquette County. Seorang jurucakap bagi pejabat pendakwaraya telah menyatakan yang mereka tidak dapat memberi sebarang komen lanjut tentang kes ini buat sementara waktu.
Penggunaan media sosial
Sering kali kita terlihat bagaimana media sosial memberi kesan buruk terhadapa anak-anak yang sedang membesar. Secara personal, saya setuju media sosial banyak mendatangkan keburukan berbanding kebaikan. Namun, untuk menyekat sepenuhnya penggunaan media sosial dari mereka kelihatan hampir mustahil, bukan?
Jadi kita mungkin boleh menguatkan lagi pengawasan terhadap penggunaan media sosial mereka. Seperti yang dikatakan oleh ibu Tysen, kita bukanlah menceroboh hak privasi mereka, tetapi kita mengambil tahu aktiviti mereka dan dengan siapa mereka bergaul. Kerana, ini boleh memberi impak yang besar kepada hidup mereka.
Peranan ibu bapa
Berikut adalah beberapa tindakan yang mungkin kita boleh ambil bagi mengawasi penggunaan media sosial mereka:
- Mereka harus berkongsi kata laluan dengan anda
Kata laluan bagi semua akaun media sosial haruslah dikongsi bersama anda. Anda mungkin boleh membuat hukuman tiada penggunaan gadget atau tiada penggunaan internet sekiranya mereka enggan. - Tetapan syarat
Letakkan syarat jika mereka ingin mengakses media sosial. Contohnya, hanya boleh diakses pada komputer diruang tamu di mana anda boleh memantau. Malah tetapan durasi menggunakan media sosial juga boleh diaplikasikan. - Menjemput rakan-rakan media sosial di rumah
Bukan apa, apabila anda dapat mengenali secara fizikal siapa kawan-kawan anak anda, pasti lebih mudah untuk anda awasi pergaulannya. - Dekati mereka
Dekati anak anda supaya mereka lebih selesa menghabiskan masa dengan anda berbanding media sosial. - Masa keluarga
Perbanyakan aktiviti keluarga. Ini dapat mengurangkan kecenderungan mereka untuk bergantung pada media sosial. Contohnya masa membaca bersama keluarga, bermain musik atau bermain permainan keluarga seperti Monopoli. Hari minggu dihabiskan dengan aktiviti luar bersama keluar seperti beriadah atau berkelah.