Kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun maut selepas kereta dirempuh bas

Mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Wafiq Fitri Walilah, dipercayai meninggal dunia ditempat kejadian setelah tercampak keluar dari kereta semasa kereta mereka dirempuh.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun, maut manakala empat lagi mangsa cedera parah berikutan kemalangan yang berlaku berdekatan kawasan Rehat dan Rekreasi Seremban petang Isnin, 24 April 2017.

Kemalangan yang melibatkan empat buah kenderaan itu terjadi akibat sebuah bas yang terbabas dan merempuh kereta Honda milik keluarga mangsa.

Foto ehsan berita harian

Mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Wafiq Fitri Walilah, dipercayai meninggal dunia ditempat kejadian setelah tercampak keluar dari kereta semasa kereta mereka dirempuh.

Manakala, ibu, ayah, dan dua adik mangsa cedera parah segera dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar untuk rawatan.

Foto ehsan the star

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mayat mangsa juga telah dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar bagi tujuan bedah siasat. Kemalangan jam 6.10 petang ini telah menyebabkan kesesakkan lalu lintas sepanjang 10 kilometer.

Takziah buat keluarga mangsa.

Semua ibu bapa tidak mahu kejadian buruk terjadi kepada anak mereka. Namun, bak kata orang tua-tua, malang tidak berbau. Jadi, kita harus mengambil langkah berjaga-jaga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi perkongsian kali ini, kami ingin berkongsi tips keselamatan jalan raya yang boleh diaplikasikan oleh anda sekeluarga sebelum memulakan perjalanan sama ada jauh mahupun dekat.

Foto ehsan penang port

1. Rancang perjalanan anda

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rancang perjalanan supaya anda dapat mengelakkan waktu kemuncak (waktu perayaan atau cuti panjang terutamanya). Ini kerana waktu kemuncak selalunya akan menyebabkan anda tersekat di dalam kesesakkan lalu lintas dan memanjangkan masa perjalanan anda. Badan akan menjadi lebih cepat letih dan kualiti pemanduan juga boleh merosot.

2. Rehat jika perlu

Sepanjang lebuh raya terdapat banyak kawasan rehat dan rekreasi bagi membolehkan anda dan penumpang lain berehat dan merenggangkan otot.

Jangan paksa jika badan anda mulai penat semasa memandu. Ia bukan sahaja membahayakan anda dan keluarga malah orang lain di sekeliling anda.

3. Elakkan pemandu yang tidak berhemah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semasa kita mengambil lesen memandu, kita sering kali diingatkan oleh guru memandu untuk sentiasa memeriksa cermin pandang belakang.

Sekiranya anda mulai perasan pemandu lain yang memandu dengan tidak berhemah (terlalu rapat, terlalu laju, bertukar lorong tanpa memberi isyarat) cuba elakkan kenderaan tersebut kerana mereka boleh membahayakan orang di sekeliling mereka.

4. Menggunakan alat keselamatan diri

Buat kita yang dewasa, gunakan tali pinggang keselematan sepanjang berada di dalam kenderaan. Dan buat anak-anak, gunakan tempat duduk kereta kanak-kanak.

Tahukah anda, di UK, duduk keselamatan kanak-kanak mesti digunakan sehingga mereka berusia 12 tahun atau tinggi melebihi 150 cm.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada pendapat saya, ini adalah sesuatu yang bagus dan wajar kita ikuti demi keselamatan anak-anak di jalan raya. Ini kerana, tali pinggang keselamatan tidak sesuai dengan bentuk badan kanak-kanak yang kecil. Ia boleh jadi membahayakan buat mereka.

5. Kekalkan jarak yang selamat

Jika anda tersekat di dalam kesesakan lalu lintas, kekalkan jarak yang selamat di antara kereta anda dan kereta hadapan. Ini sebagai langkah berjaga-jaga jika terjadinya kemalangan oleh kenderaan lain, anda sempat untuk menekan brek dan mengelak dari terlibat.

Banyak lagi tips keselematan yang boleh anda aplikasikan demi keselematan anda dan keluarga. Ini hanyalah sebahagian daripanya. Jadikan langkah keselamatan sebagai tabiat.

Foto ehsan honda

Sumber: the star, berita harian

Penulis

Aqma