Kanak-Kanak Lelaki Melecur Akibat Sup Panas Yang Dibawa Pelayan Tumpah

Ngerinya kejadian ini! Seorang kanak-kanak melecur apabila sup panas yang dibawa pelayan tertumpah. Apa ibu bapa patut buat dalam keadaan cemas ini?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sup panas dibawa pelayan tumpah atas kanak-kanak

Baru-baru ini, tular satu video yang menggerunkan di media sosial.

Dalam video itu, kelihatan sebuah keluarga sedang bersedia untuk makan di sebuah restoran steamboat

Si ayah, ibu dan seorang kanak-kanak lelaki kelihatan bersembang semasa serang pelayan melalui meja mereka dan terjatuh

Dan yang paling teruk, pelayan tersebut sedang membawa sup panas yang tertumpah pada kanak-kanak terbabit!

Foto ehsan: Food Hacks Daily

Kejadian sup tumpah atas kanak-kanak

Seperti yang telah dilaporkan oleh Thai daily, kejadian ini berlaku di sebuah restoran di China.

Rakaman dari kamera litar tertutup menunjukkan sebuah keluarga yang sedang duduk di meja makan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Si ayah berada di satu bahagian meja, sementara si ibu dan si anak berada di bahagian yang lagi satu. 

Kanak-kanak lelaki yang dilihat di dalam lingkungan umur 5-10 tahun itu dilihat seronok bersembang namun, dia ditempatkan bersebelahan dengan laluan orang lalu lalang.

Semasa pelayan sedang berjalan menghampiri meja mereka, pelayan itu tergelincir akibat lantai yang licin.

Dia sedang membawa sebekas sup panas dan ia terjatuh ke meja yang diduduki keluarga tadi. Kelihatan si ayah menolak tepi bekas sup tersebut namun sup panas itu sempat terkena kanak-kanak lelaki tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Si ibu dilihat menarik kanak-kanak lelaki tersebut ke tepi. Ayahnya kemudian bergegas pergi ke anaknya yang kelihatan terkejut dan sakit.

Pelayan itu kemudiannya kelihatan seperti meminta maaf terhadap keluarga tersebut.

Anda boleh menyaksikan video itu seperti di bawah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Buat masa ini, tiada laporan terkini mengenai kanak-kanak tersebut. Harapnya dia berada di dalam keadaan yang baik.

Kejadian sup panas tumpah atas kanak-kanak – salah siapa?

Selepas video tersebut tular di media sosial, orang ramai mula menuduh sana sini.

Kebanyakkannya menyalahkan ibu bapa kanak-kanak tersebut, kerana membiarkan kanak-kanak tersebut duduk di bahagian laluan.

Dia sepatutnya ditempatkan di bahagian dalam, jauh dari laluan orang lalu lalang kerana kanak-kanak cenderung bergerak ke sana sini dan menyentuh apa sahaja yang dapat dicapai.

Ada juga yang menyalahkan pelayan tersebut. Menurut mereka, pelayan tersebut sepatutnya membawa sup yang tidak terlalu panas dan dipanaskan di meja pelanggan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Atau pelayan sepatutnya menggunakan troli kecil yang dilihat berada berhampiran meja tersebut.

Tidak terkecuali pihak yang menyalahkan pemilik restoran kerana tidak menyediakan kasut yang selamat kepada pelayannya.

Sebagai orang yang telah menonton video tersebut, saya tidak pasti siapa yang betul-betul bersalah

Mereka kata dunia ialah tempat yang penuh cabaran dan kita sebagai ibu bapa harus bersedia untuk keadaan yang lebih teruk. Sebab itulah, menjadi ibu bapa yang paranoid bukanlah idea yang teruk.

Apa yang perlu dilakukan sekiranya melecur?

Malang tidak berbau, dan daripada mula menunding jari, kita boleh belajar sesuatu dari kejadian ini dan bersedia untuk keadaan yang teruk. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekurang-kurangnya kita akan lebih bersedia untuk berdepan dengan situasi seumpama ini.

Melecur dan terbakar

Kes terbakar adalah akibat objek panas atau api, manakala melecur adalah akibat cecair panas. 

Bagi kedua-dua kes, pengurusannya adalah lebih kurang sama, seperti berikut:

  1. Hapuskan punca. Jika api, padamkan. Jika berpunca dari pakaian, cuba tanggalkan kecuali kulit melekat kepada pakaian tersebut.
  2. Gunakan air sejuk. Tuang air sejuk perlahan-lahan ke atas luka selama 10 hingga 20 minit. Jangan guna ais atau apa-apa cara lain kerana ia mungkin akan menyebabkan luka dijangkiti kuman. 

    Di dalam kes ini, ibu bapa kanak-kanak tersebut sepatutnya membuka pakaiannya dan tuang air pada badannya. Jika baju melekat, tuang air sejuk ke atas pakaiannya.

  3. Analisa luka –
    • saiz luka
    • lokasi luka
    • kedalaman luka
    • luka yang serius, harus terus dibawa ke hospital. Balut luka dengan plastik balutan makanan di dapur bagi mengelakkan jangkitan dan badan kehilangan air.
    • luka yang tidak berapa serius, juga boleh gunakan metod yang sama.

Saya berharap tiada siapa dari di antara kita yang perlu melalui kejadian seperti ini lagi.

Namun, adalah bagus untuk kita tahu dan lebih bersedia menghadapi kejadian seumpama ini.

Sumber: theAsianParent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.compertolongan-cemas-anak-cedera/

Penulis

Aqma