Layanan & ejekan kita pada kanak-kanak obes beri kesan pada mereka!

Kajian mendapati kanak-kanak obes yang telah diejek dan dimaki, akhirnya membesar menjadi orang dewasa dengan masalah kesihatan dan tingkah laku.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kanak-kanak obes boleh kekal gemuk

Pakar mendapati layanan dan komen kita mengenai kanak-kanak obes bukan hanya akan menyakiti perasaan kanak-kanak terbabit, malah ia juga boleh meninggalkan kesan jangka panjang.

Untuk melihat kesan ini, sebanyak 1,800 orang telah dikaji selama 15 tahun dan mereka kini berusia dalam lingkungan 30-an. Terdapat banyak maklumat tentang kesan kesihatan mental dan sosial pada kanak-kanak obes.

Tapi kita jarang dengar tentang kesan yang lebih berbahaya seperti peningkatan risiko kanak-kanak obes itu akan kekal gemuk dan meningkatkan berat badan, jika dilayan dengan salah!

Jangan ejek kanak-kanak obes

Mengejek dan membuli tidak akan membantu kanak-kanak obes. Sumber gambar : CNN

Kajian mendapati kanak-kanak obes yang telah diejek dan dimaki, akhirnya membesar menjadi orang dewasa dengan masalah kesihatan dan tingkah laku. Wanita, terutamanya yang diejek dikaitkan dengan masalah makan lewat, imej tubuh badan yang teruk, obesiti, dan B.M.I. yang lebih tinggi, 15 tahun kemudian.

Lelaki juga menunjukkan kesan-kesan yang sama dan dikaitkan dengan masalah obesiti apabila dewasa.

Menurut kajian, kebanyakan kanak-kanak obes diejek oleh rakan sebaya dan ahli keluarga mereka. Siapa yang selalu beri harapan, sokongan dan cuba untuk mengurangkan kesan negatif pada kanak-kanak obes adalah ahli-ahli kesihatan pediatrik dan bukannya keluarga mereka.

Jangan salahkan kanak-kanak obes

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dr. Mary Jo Messito, pengarah program obesiti kanak-kanak di Bellevue Hospital, berkata, “berita paling teruk bagi seorang gadis berusia 11 tahun ialah mendengar doktor kata, ‘anda gemuk atau anda obes.’

Dia pasti akan menangis. Tetapi, walaupun sedar dirinya obes, kanak-kanak itu sudah pasti tidak akan berubah perangai begitu saja.

Adalah penting untuk ibu bapa jangan salahkan kanak-kanak obes kerana ini tidak akan memberi mereka motivasi untuk berubah perangai dan makan dengan lebih sihat. Ia hanya akan menyebabkan mereka rasa lebih teruk,” kata Dr. Stephen J. Pont, seorang penolong profesor di Sekolah Perubatan Universiti Texas Dell.

Dr. Pont sedang berusaha untuk menggalakkan pakar pediatrik menggunakan perkataan-perkataan neutral apabila mengendalikan kes kanak-kanak obes atau gemuk.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu, Dr. Pont bersama dengan rakan-rakan sekerja, ingin meningkatkan kesedaran tentang kesan-kesan negatif mengejek dan membuli kanak-kanak obes.

Beri kanak-kanak ini galakan yang positif

Galakan positif dan pujian boleh membantu kanak-kanak obes. Sumber gambar: Pintrest

Katherine Bauer, seorang ahli epidemiologi dan juga penolong profesor di Jabatan Sains Pemakanan untuk Sekolah Kesihatan Awam University of Michigan di Ann Arbor, menerangkan “Orang ramai selalu ingat mereka tidak tahu yang mereka obes. Mereka ingat apabila orang itu sedar, mereka akan bermotivasi untuk berubah!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini adalah pendapat yang salah. Jadi jangan paksa mereka dengan cara mengkritik, menyalahkan mereka atau memalukan mereka. Semua cara ini tidak membantu atau memberi dorongan positif.

Ini bermakna ibu bapa dan pakar kesihatan perlu mementingkan kanak-kanak itu, dan tidak hanya meletakkan fokus kepada nombor pada penimbang.

Berikan dorongan dan kata-kata pujian yang positif, supaya apabila kita perlu menangani topik-topik sensitif mengenai berat badan misalnya, mereka masih boleh mengekalkan harga diri sendiri,” kata Dr. Pont.

Tumpuan harus diberi pada cara menjadi lebih sihat dan bukan cara untuk lebih kurus atau muat saiz baju tertentu,” tambah Dr Puhl.

Cara keluarga beri sokongan pada kanak-kanak yang ada masalah berat badan

Cara yang paling berkesan bagi ibu bapa untuk membantu anak mereka yang mengalami masalah obes adalah dengan melakukan perubahan untuk seluruh keluarga, tanpa mengira bentuk atau saiz, kata Dr. Pont.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Contohnya, tambahkan sayuran hijau ke dalam diet keluarga, tidak menyimpan minuman manis di rumah atau kerapkan aktiviti beriadah sekeluarga.

 

Sumber: The New York Times

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Kanak-Kanak Gemuk Mungkin Menjadi Dewasa Yang Obese: Lembaga Promosi Kesihatan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Rosanna Chio