Adakah anak anda pandai melukis? Jika ya, anak anda akan membesar menjadi seorang yang genius, kelak. Ini kerana, saintis baru-baru ini telah mendedahkan kanak-kanak pandai melukis bijak!
Kajian mengatakan kanak-kanak pandai melukis bijak
Pakar psikologi dari Kolej King di London telah menemui yang kebolehan artistik pada kanak-kanak adalah petanda yang mereka akan menjadi bijak apabila besar nanti.
Mereka mengatakan, kanak-kanak yang boleh melukis muka manusia dengan betul, akan menjadi lebih bijak bila mereka besar.
Pengkaji telah mengkaji lebih 15,000 gambar yang dilukis oleh budak-budak umur 4 tahun.
1o tahun kemudian, mereka mendapati kanak-kanak yang mendapat markah tinggi dalam ujian adalah kanak-kanak yang mempunyai paling banyak bakat melukis.
“Keputusan kajian kami mendapati, terdapat hubungan di antara kebolehan untuk melukis seawal umur 4 tahun dengan kebijaksanaan mereka apabila mereka membesar,” kongsi Dr. Rosalind Arden dari Institut Psikiatri di Koleh King London. “Kebolehan untuk menghasilkan bentuk adalah kebolehan unik manusia dan tanda kebolehan kognitif. Ia sama seperti menulis, yang kemudiannya bertukar menjadi kebolehan manusia untuk menyimpan maklumat dan mencipta tamadun. “Tapi, ini tidak bermakna yang ibu bapa perlu risau jika anak tidak pandai melukis mereka akan menjadi orang yang tidak bijak,” dia menambah.
Walaubagaimanapun, dia menjelaskan, bukan kanak-kanak yang pandai melukis sahaja yang mempunyai kebolehan untuk menjadi bijak.
“Kebolehan melukis bukan penentu kebijaksanaan. Kajian ini menunjukkan ia ada kaitan tapi hanya hubungan yang sederhana,” kongsinya.
Kanak-kanak pandai melukis bijak: Bagaimana ibu bapa boleh memastikan anak membesar dengan bijak?
Semua ibu bapa mahu anak mereka membesar dengan sihat dan bijak. Oleh sebab itu, kami senaraikan beberapa tip untuk membantu anda mengembangkan kebijaksanaan anak anda.
- Sentiasa bercakap dengan anak. Berbual dengan anak akan membantu mereka mengembangkan pusat bahasa pada otak dan membantu mereka untuk berfikir dan respon dengan baik.
- Membaca. Jika anak belum boleh membaca, adalah baik untuk anda menunjukkan perkataan semasa anda membacakan buku kepada mereka. Ini akan membantu anak mengenal huruf dan mengaitkannya dengan bunyi.
- Guna matematik dalam perbualan harian. Cuba kenalkan mereka dengan konsep nombor, mengira, menambah, darab dsb. Mereka tidak perlu mendapatkan jawapan yang betul pada awalnya, tapi jadikan ini satu aktiviti untuk buat mereka biasa dengan matematik.
- Biarkan mereka menyelesaikan masalah sendiri. Menyelesaikan masalah adalah penting untuk anak, lebih-lebih lagi apabila mereka membesar. Cuba untuk tidak membantu mereka dalam melakukan segala-galanya dan biar mereka fikir apa yang mereka perlu buat.
- Beri galakan melalui seni. Biarkan anak anda melukis, menyanyi, menari atau membuat apa-apa bentuk seni yang mereka mahukan. Beri galakan untuk mereka terokai sesuatu yang baru.
- Cabar memori mereka. Tanya soalan pada anak seperti apa yang mereka makan semasa sarapan atau apa warna baju yang mereka pakai. Ini akan membantu daya fikiran mereka untuk ingat benda yang mereka belajar.
Adakah anda ada cara yang istimewa dan seronok yang anda lakukan di rumah untuk anak anda belajar? Jom komen dan kongsi dengan ibu lain!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber rujukan: theAsianparent Phillipines
Baca juga:
https://my.theasianparent.comtanda-anak-bijak-berbakat