Abdomen Kanak-Kanak 6 Tahun Terbelah Dua Kerana Salah Pakai Seat Belt

Pemakaian seat belt semata-mata tidak cukup untuk kanak-kanak. Cara pemasangan yang betul pada ketinggian yang betul juga amat penting untuk anak kecil untuk mengelakkan kecederaan serius.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bolehkah anda bayangkan bagaimana rasanya apabila benda yang sepatutnya melindungi anak anda telah menjadi alat yang mencederakannya?

Dia tidak memakai seat belt dengan betul

Samantha Martin, 6 tahun, hampir sahaja terputus dua akibat pemakaian tali pinggang yang salah.

Menurut ibunya, Shelly Martin, mereka baru pulang dari sebuah pesta dan Shelly merasakan yang anak perempuannya itu telah cukup besar untuk tidak memakai booster seat bersama dengan tali pinggang keledarnya.

Malah, anaknya itu juga tidak mengenakan seat belt pada bahunya – hanya mengenakan tali pada bahagian pinggang semata-mata.

Sumber: NBCNews

Disebabkan anak kecilnya itu tidak diletakkan di atas booster seat sebelum dipakaikan tali pinggang keledar, tali pada bahagian pinggangnya itu terletak terlalu tinggi, sehingga mencecah abdomennya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malang sememangnya tidak berbau. Dalam perjalanan pulang, mereka mengalami kemalangan dan telah melanggar sebatang pokok.

Kesan impak yang kuat telah menyebabkan seat belt pada abdomen Samantha menghiris badannya!

Malah, si kecil itu turut mengalami hentakan kuat pada bahagian kepala dan dahinya perlu dijahit.

Kecederaan serius pasti dapat dielakkan jika anaknya duduk di atas booster seat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: CBS

Kecederaan Samantha cukup serius, dan seperti yang diceritakan oleh Shelly, “Ususnya terkeluar pada bahagian kiri perutnya!”

“Dia pasti tidak akan mengalami kecederaan serius sebegini jika dia duduk di atas kerusi booster. Jangan fikir hanya kerana anak anda sudah 7 atau 8 tahun, dia sudah cukup besar untuk duduk di kerusi kereta biasa dan mengenakan tali pinggang.”

Kecederaan tersebut telah menyebabkan anaknya mengambil masa sehingga 3 minggu untuk sembuh, di mana 2 minggu pertama, anak kecil ini terpaksa dimasukkan ke dalam unit kecemasan ICU.

Car seat and booster seat dapat menyelamatkan nyawa kanak-kanak

Doktor yang merawat Samantha menerangkan kecederaan yang dialaminya sebagai “Sindrom Seat Belt“.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ia adalah sejenis kecederaan di mana tali pinggang keledar itu sendiri telah menyebabkan kecederaan (walaupun tujuan utamanya adalah untuk melindungi kanak-kanak ketika kemalangan jalan raya).

Kecederaan akibat pemakaian seat belt yang salah sering melanda kanak-kanak, berbanding orang dewasa.

Bagaimana Sindrom Seat Belt dapat dielakkan?

Kecederaan sebegini biasanya terjadi apabila anak kecil memakai seat belt dengan cara yang tidak betul – sama ada talinya diletakkan terlalu rendah atau terlalu tinggi pada badannya.

Booster seat untuk kanak-kanak. Sumber: Which.co.uk

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Oleh sebab itulah, kerusi booster, atau booster seat, biasanya diperlukan oleh kanak-kanak antara usia 5 ke 8 tahun supaya dia dapat duduk dalam kereta pada ketinggian yang betul.

Tinggi kanak-kanak yang sepatutnya memakai booster seat adalah sekurang-kurangnya 4 kaki dan 9 inci (lebih kurang 145cm).

Manakala, untuk bayi yang baru lahir dan anak di bawah usia 2 tahun pula, anda sepatutnya meletakkan mereka di dalam car seat yang menghadap ke belakang.

Kedudukan sebegini adalah lebih selamat buat mereka. Apabila anak anda mencecah usia 2 tahun ke atas, anda boleh mula menggunakan car seat yang menghadap ke depan.

Pastikan yang anda juga mengikuti segala arahan pemasangan dan langkah keselamatan dengan betul.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pemasangan dan cara pemakaian car seat mahupun booster seat yang salah boleh menyebabkan kecelekaan berlaku.

Ajar juga anak anda tentang cara memasang seat belt dengan ketat dan cara membuka tali pinggangnya sendiri.

Ia semuanya demi keselamatan si kecil anda!

Sumber: The Asian Parent Singapore dan CBSNews

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Jenis-Jenis Car Seat Untuk Bayi dan Kanak-Kanak

Penulis

Noor