4 Kesilapan Ibu-ibu Mesti Elak Supaya Kanak-kanak Tidak Terbantut

Masalah tumbesaran di kalangan kanak-kanak menjadi isu terkini yang membimbangkan di Malaysia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda pasti mengangguk bersetuju dengan pernyataan ini: Ibu bapa, kita taksub dengan perkembangan anak kita.

Akan ada yang enggan mengaku, tetapi ibu bapa sentiasa memeriksa berat dan tinggi anak mereka bagi memastikan mereka membesar dengan betul. Apabila orang lain bertanya khabar tentang keadaan anak kita, seringkali, ketinggian dan berat badan mereka menjadi sebahagian daripada topik perbualan.

Namun kadang kala, kita mungkin menyedari bahawa pertumbuhan anak kita tidak sepantas yang ditunjukkan dalam carta. Untuk situasi seperti itu, terdapat beberapa tanda-tanda masalah bantut di kalangan kanak-kanak yang perlu diperhatikan.

Kami berbual dengan pakar diet untuk pesakit pediatrik di ABC Children Specialist Clinic, Jowynna Yeo untuk mendapatkan pandangannya mengenai beberapa tanda-tanda masalah bantut di kalangan kanak-kanak dan cara untuk mengatasinya.

Masalah Bantut Di Kalangan Kanak-Kanak: Kenali Tanda-Tandanya

Menurut Cik Yeo, malnutrisi menjadi kebimbangan utama di Malaysia buat masa sekarang, dengan peningkatan dua kali ganda melibatkan dua isu utama malnutrisi - masalah bantut dan obesiti.

Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan  Kesihatan dan Morbiditi 2019, prevalens kurang berat berat di kalangan kanak-kanak berusia 5 tahun dan ke bawah ialah 14.1% manakala masalah terbantut di kalangan kanak-kanak berusia 5 tahun ke bawah ialah 21.8%. Malah, prevalens susut berat badan di kalangan kanak-kanak bawah 5 tahun pula ialah 9.4%.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Melihat pada data dari tahun 2015, jumlah semakin meningkat, menandakan bahawa masalah kian bertambah teruk.

Apakah Maksud Masalah Bantut Di Kalangan Kanak-Kanak?

Cik Yeo berkata masalah bantut, susut berat badan dan kurang berat badan adalah semua bentuk kekurangan zat makanan. Seorang kanak-kanak yang kurang berat badan mungkin mempunyai masalah terbantut, susut atau kedua-duanya.

Masalah bantut umumnya disebabkan oleh kekurangan zat makanan yang kerap atau kronik akibat pengambilan makanan dan nutrisi yang tidak mencukupi. Malah, masalah bantut juga adalah bentuk kekurangan zat makanan yang paling teruk yang mana ia boleh mengakibatkan masalah kesihatan jangka masa pendek dan sepanjang hayat.

Kanak-kanak menjadi susut apabila berat badan mereka turun dengan mendadak disebabkan oleh jangkitan mahupun kekurangan nutrisi.

Bagaimana Untuk Tahu Jika Anak Ada Masalah Bantut?

Jika kanak-kanak rendah untuk usianya, mungkin dia mempunyai masalah bantut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Disebabkan oleh malnutrisi kronik, seseorang anak mungkin   mengalami masalah bantut. Kanak-kanak didefinisikan sebagai terbantut jika ketinggian untuk usia mereka lebih daripada dua sisihan piawai di bawah median Piawaian Pertumbuhan Kanak-kanak WHO. Cik Yeo menggambarkan isu ini dengan grafik di bawah, yang menunjukkan contoh carta pertumbuhan kanak-kanak yang mengalami pertumbuhan terbantut.

Graf ini berdasarkan tinggi anak mengikut usia. Ketinggian diukur bagi menentukan sama ada mereka lebih rendah atau lebih tinggi berbanding kanak-kanak lain pada usia itu.

Ibu bapa boleh memeriksa ketinggian dan berat badan anak menggunakan carta perkembangan dan tanda perkembangan anak sendiri bagi memeriksa jika masalah terbantut berlaku. Namun begitu, dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk penjelasan yang lebih baik. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini antara salah satu cara yang tepat untuk memastikan  sama ada  anak anda terbantut atau tidak.

Kredit: iStock

4 Penyebab Masalah Bantut

1. Kesihatan Ibu

Cik Yeo menjelaskan bahawa masalah tumbesaran boleh bermula semasa pertumbuhan janin. Oleh sebab itu, kesihatan ibu memainkan peranan penting dalam masalah bantut. Tiga faktor utama kesihatan ibu yang boleh mempengaruhi perkembangan kanak-kanak ialah status pemakanan yang tidak baik semasa pra-konsepsi, kehamilan atau jarak kelahiran pendek dan hipertensi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Nutrisi Tidak Mencukupi

Jika anak anda tidak makan secukupnya ATAU tidak makan makanan berkhasiat yang mencukupi, mereka boleh mengalami masalah malnutrisi. Ini disebabkan kualiti permakanan yang kurang sihat, kurang kekerapan pengambilan makanan atau pengambilan makanan yang terlalu cair.

Kadang kala, ia juga disebabkan oleh diet tidak pelbagai dan kekurangan pengambilan makanan daripada sumber haiwan, tambah Cik Yeo.

Penjaga dan ibu bapa juga memainkan peranan. Kanak-kanak perlu sentiasa diberikan makanan dan berinteraksi agar dapat meningkatkan nutrisi dan pengasuhan, jelas Cik Yeoh.

Ia juga penting bagi memastikan kanak-kanak mendapat nutrisi yang secukupnya sekiranya mereka jatuh sakit atau sedang pulih daripada penyakit.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Jangkitan atau penyakit kronik berulang

Dalam sesetengah kes, kanak-kanak mungkin mempunyai keadaan tersembunyi yang mana badan mereka tidak dapat menyerap nutrisi yang diberikan. Ini perlu diperiksa secara profesional agar rawatan yang betul dapat diberikan.

4. Keabaian atau ketiadaan penjaga

Kanak-kanak sangat bergantung kepada orang dewasa untuk menjaga dan menyayangi mereka agar mereka dapat berkembang dan membesar dengan sewajarnya. Kanak-kanak yang terbantut kebiasaannya sering tidak mendapat perhatian dan rangsangan untuk perkembangan.

Apa yang lebih menyedihkan ialah masalah tumbesaran ini sebahagian besarnya tidak dapat dipulihkan. Seorang kanak-kanak tidak dapat memulihkan ketinggiannya seperti menaikkan berat badan.

Bekalkan Anak Anda Dengan Nutrisi Yang Betul

Jadi ibu dan bapa, perasaan bimbang bahawa anda tidak memberi sokongan yang mencukupi buat tumbesaran anak adalah normal dan sejagat. Namun anda boleh elak masalah bantut dalam anak dengan memberikan nutrisi yang sewajarnya untuk tumbesaran mereka.

Amat penting untuk anda fokus kepada nutrisi mereka dengan memberikan anak anda nutrisi seimbang yang diperlukan.

Fokus kepada nutrisi penting yang menyokong anak anda untuk membesar dengan tinggi dan kuat seperti kalsium dan protein yang terdapat  dalam produk tenusu. Oleh sebab itu dinasihati kanak kanak untuk minum dua gelas hingga tiga gelas susu setiap hari agar keperluan nutrisi mereka mencukupi.

Namun ibu bapa tidak perlu tertekan disebabkan susu tepung rumusan untuk kanak-kanak mahal kerana ada produk yang berkualiti serta berpatutan di pasaran.

Susu Tepung Rumusan Fernleaf untuk Kanak-Kanak 1-3 dan 4-6 diperbuat dengan susu dari New Zealand. Ia mengandungi kandungan kalsium tinggi, protein tinggi, 5xDHA*. Serta 0% sukrosa tambahan dalam variasi biasa. (*berbanding formula lama)

Bukan itu sahaja, ia juga mengandungi nutrisi penting seperti Vitamin A, C, E, selenium, kuprum, zink dan zat besi besi yang penting dalam tumbesaran anak anda dan membantu mereka mendapatkan nutrisi yang diperlukan.

Sokonglah perkembangan anak anda dengan nutrisi yang mencukupi hari ini.

 

Penulis

Anis Hanini