Anda membawa kandungan 9 bulan dengan sangat berhati-hati kerana anak yang dikandungkan itu berharga bagi mahligai cinta isteri dan juga suami.
Tapi, setelah hampir di penghujungnya secara tiba-tiba bayi anda tidak lagi bernyawa atau degupan jantungnya sudah tidak lagi berdegup seperti biasa.
Meskipun tidak tahu apakah puncanya, mesti anda tertanya-tanya apakah yang terjadi kepada kandungan 9 bulan anda.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kira-kira 2.6 juta kematian kelahiran bayi berlaku setiap tahun di seluruh dunia.
Malah 98% daripadanya berlaku di negara yang berpendapatan rendah dan sederhana.
Bahkan kematian janin atau stillbirth ini biasanya berlaku semasa sedang melahirkan bayi atau janin masih dalam kandungan 9 bulan.
Malangnya, mengapa berlakunya stillbirth ini, masih tidak dapat penerangan yang begitu jelas. Tapi, ia adalah kejadian yang cukup menyedihkan dan mengecewakan yang berlaku secara tiba-tiba.
Menurut Persatuan Kehamilan Amerika, penyebabnya belum ditentukan tapi ujian dan usaha meluas telah dilakukan pihak perubatan.
Tapi berita baiknya, ibu yang pernah mengalami sejarah stillbirth masih ada peluang untuk melahirkan bayi yang sihat.
Apakah maksud stillbirth dalam kandungan 9 bulan
Pakar Obstetrik dan Gynecology, Katleen Del Prado, mendefinisikan kelahiran stillbirth sebagai kelahiran bayi tanpa degupan jantung yang melebihi daripada lima bulan kehamilan.
Tapi kalau kurang dari lima bulan atau janin kurang 500 gram kita klasifikasikan sebagai keguguran.
Bayi mati dalam kandungan ini boleh berlaku awal semasa usia kehamilan di minggu ke 20 hingga 27 minggu.
Ataupun, kelahiran mati jika berlaku antara minggu ke 28 dan kehamilan ke 36.
Punca kematian bayi dalam kandungan
Terdapat banyak kemungkinan yang boleh menyebabkan kematian bayi dalam kandungan.
Pada dasarnya, ia adalah berpunca daripada masalah atau keadaan ibu janin atau bayi itu sendiri. Termasuklah tali pusat yang menghubungkan ibu dan anak.
Semua ini adalah faktor yang mungkin berlaku hingga menyebabkan kematian bayi.
Antara sebab-sebab yang menyebabkan kelahiran terhadap kematian janin
- Komplikasi semasa bersalin
- Keadaan ibu seperti mengalami tekanan darah tinggi atau kencing manis
- Kecacatan kelahiran atau keabnormalan
- Masalah plasenta (seperti gangguan plasenta atau plasenta terpisah dari rahim)
- Jangkitan
- Masalah tali pusat
- Penyekatan pertumbuhan atau terheti semasa kehamilan
- Kandungan melebihi 42 minggu
Faktor-faktor risiko
Faktor-faktor tertentu ini dapat meningkatkan risiko kematian bayi dan menyebabkan kehamilan yang buruk seperti berikut:
- Penjagaan pranatal yang tidak mencukupi
- Sejarah stillbirth semasa hamil sebelum ini
- Malnutrisi
- Obesiti
- Merokok
- Alkohol dan pengambilan dadah
- Umur wanita hamil bawah 15 tahun atau melebihi 35
Sekarang anda sudah tahu sebab dan faktor kelahiran janin mati, kan?
Oleh itu, ambil tindakan untuk menjaga diri dan bayi anda supaya sihat sepanjang kehamilan anda.
Ikut cadangan ini kerana ia dapat membantu untuk mengelak kematian janin dalam kandungan 9 bulan ini.
- Tidak skip appointment semasa mengandung
- Ambil semua ubat yang ditetapkan dan ikut nasihat doktor
- Elak alkohol dan jangan merokok
- Jauhi orang yang sakit dan elakkan tempat yang terlalu ramai orang
- Pilih dan sediakan makanan yang baik dan berkhasiat.
- Elakkan makanan mentah atau kurang masak
- Amalkan kebersihan dengan betul bagi mengelakkan jangkitan.
- Tidur mengiring di sebelah kiri
Memantau pergerakan janin
Sebagai tambahan kepada cadangan di atas, adalah lebih baik anda membiasakan diri dengan pantau pergerakan bayi.
Biasanya, janin dalam kandungan mudah dirangsang oleh suara ibu, sentuhan perut, selepas batuk dan selepas makan.
Selain itu, perhatikan juga berapa kali bayi paling aktif dan berapa kali dia bergerak dalam satu jam.
Lakukan perkara ini berulang kali sehingga dapat merasakan bagaimana si kecil bergerak.
Sekiranya pergerakan terhenti secara tiba-tiba atau tiada tindak balas walaupun selepas rangsangan, sebaiknya anda berjumpa doktor dengan segera.
Satu lagi sebab lain yang perlu anda menghubungi doktor apabila terdapat pendarahan faraj atau keputihan vagina yang tidak normal terutama bila anda lewat hamil.
Keadaan ini boleh menunjukkan jangkitan, masalah plasenta atau kontraksi awal.
Dr Del Prado menggesa ibu yang mempunyai kandungan stillbirth memahami mengapa bayi mereka meninggal dunia.
Sekaligus ia dapat membantu ibu menghadapi situasi yang sama jika hamil di masa hadapan.
Jangan bersedih ibu, kini bayi anda sudah menjadi malaikat kecil di syurga. Tapi peranan anda tidak berhenti setakat itu kerana anda perlu mengetahui punca kematian bayi itu.
Walaubagaimanapun, sememangnya pemeriksaan plasenta akan dilakukan untuk mencari punca kematian.
Bagi anda yang ingin mencuba lagi untuk hamil walaupun pernah mengalami kelahiran stillbirth ini sebaiknya berjumpa dengan pakar supaya dapat melakukan perancangan yang lebih terperinci.
Dengan cara ini, anda dapat menangani masalah yang berkaitan kehamilan, menguruskan kesihatan dengan baik dan mengurangkan peluang pranatal yang buruk sama ada sebelum atau selepas melahirkan.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga
https://my.theasianparent.combayi-mati-dalam-kandungan