X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Susu Ibu Sememangnya Yang Terbaik, Ini Sebab Mengapa & No.2 Mesti Buat Ibu Berkobar-Kobar

5 min bacaan
Susu Ibu Sememangnya Yang Terbaik, Ini Sebab Mengapa & No.2 Mesti Buat Ibu Berkobar-KobarSusu Ibu Sememangnya Yang Terbaik, Ini Sebab Mengapa & No.2 Mesti Buat Ibu Berkobar-Kobar

Untuk tahun pertama tumbesaran bayi, susu ibu memainkan peranan yang amat penting. Ia mampu menjadikan sistem imunisasi anak lebih kuat malah menjadikan bayi lebih sihat dan terlindung daripada kebanyakan jangkitan penyakit. 

Siapa yang boleh menyangkal khasiat dalam kandungan susu ibu? Sudah terang lagi bersuluh susu ibu mampu menjamin kesihatan bayi sepenuhnya dan disebabkan itulah ia cukup digalakkan untuk ibu-ibu yang baru melahirkan bayi. 

Tetapi tidak dinafikan juga, bukan semua ibu mampu menyusukan anak mereka sepenuhnya. Terlalu banyak masalah yang mampu mendorong kepada kesusahan menyusu badan yang dialami ibu-ibu baru bersalin ini. 

Antaranya adalah seperti susu tidak keluar, bayi tidak mampu melekapkan mulut sepenuhnya pada puting dan sebagainya.

Namun cukup beruntung untuk ibu-ibu yang mampu menyusu badan anak mereka sepenuhnya, ada yang sampai anak berusia dua tahun pula! Itulah rezeki namanya.

Susu ibu makanan terbaik

Untuk tahun pertama tumbesaran bayi, susu ibu memainkan peranan yang amat penting. Ia mampu menjadikan sistem imunisasi anak lebih kuat malah menjadikan bayi lebih sihat dan terlindung daripada kebanyakan jangkitan penyakit. 

Susu badan akan berubah seiring dengan tumbesaran bayi, jadi bayi akan mendapat khasiat dan nutrisi sempurna mengikut usia. 

Dan bayi sememangnya patut minum hanya susu ibu sehinggalah mereka berusia enam bulan. Namun ia harus sentiasa diberi sehinggalah bayi berusia 12 tahun walaupun seiring dengan pemberian makanan pejal sebagai pelengkap. 

Mengapa susu ibu bagus untuk bayi?

kandungan susu

Mesti ramai yang tertanya bagaimana sebenarnya susu ibu ini boleh melindungi bayi dari jangkitan atau penyakit? Apa keistimewaan kandungan susu ibu ini? 

  • Susu ibu mempunyai hormon dan jumlah protein, gula, lemak dan vitamin yang secukupnya untuk membantu tumbesaran bayi. 
  • Susu ibu juga mempunyai kandungan antibodi yang mampu melindungi bayi anda dari penyakit. Ini kerana antibodi adalah satu sel di dalam badan yang berupaya melawan pelbagai jenis jangkitan dan virus. 
  • Bayi yang menyusu badan mempunyai masalah kesihatan yang lebih rendah berbanding bayi yang tidak menyusu badan. Contohnya bayi yang menyusu badan ini jarang terkena jangkitan telinga, jangkitan paru-paru atau jangkitan air kencing. 
  • Malah mereka juga akan kurang terkena cirit-birit, masalah athma atau pernafasan juga diabetes (ini kerana kebanyakan susu formula mempunyai kandungan gula yang agak tinggi).
  • Susu ibu juga mengandungi asid lemak seperti DHA (docosahexaenoic acid), yang membantu perkembangan otak bayi dan mata. 
  • Ibu-ibu juga perlu tahu bahawa dengan menyusu badan bayi anda, ia dapat mengurangkan risiko sindrom kematian bayi mengejut atau lebih dikenali dengan SIDS (Sudden Infant Death Syndrome). SIDS merupakan kematian mengejut yang tidak dapat diterangkan untuk bayi berusia bawah satu tahun.
  • Susu ibu sangat mudah dicerna, disebabkan itu tiada bayi akan mengalami alahan susu ibu berbanding dengan risiko bayi akan alah dengan susu formula. Susu ibu kurang mengakibatkan perut bayi kembung kerana kandungan gas yang rendah. 
  • Ia akan berubah mengikut usia dan tumbesaran bayi, jadi mereka akan mendapat kuantiti susu ibu yang sempurna mengikut keperluan mereka. Contohnya ketika awal kelahiran, susu ibu lebih pekat dan berwarna kuning, ia dipanggil kolostrum. 
  • Kolostrum mempunyai kandungan nutrien dan antibodi yang diperlukan bayi pada hari-hari awal mereka lahir di dunia ini. Ia akan bertukar teksturnya dalam tiga hingga empat hari. 
  • Susu ibu akan sentiasa tersedia apabila bayi anda ingin minum, dan lebih banyak bayi menyusu, lebih banyaklah kandungan susu ibu akan terhasil. 

Berapakah kuantiti susu ibu yang cukup untuk bayi?

Tidak kira berapa jumlah susu yang diberikan kepada adalah bagus untuk mereka. Ia berlaku secara semula jadi, apabila bayi anda ingin menyusu mereka akan menyusu sehingga kenyang. Dan isyarat bila bayi sudah kenyang adalah mereka akan melepaskan puting serta merta. 

Pentingnya menyusu badan buat ibu

kandungan susu

Ya, menyusu badan ini bukan saja memberi kebaikan buat bayi, malah juga untuk ibu-ibu.

#1. Mengecutkan rahim

Ia dapat meningkatkan jumlah hormon (kimia) di dalam badan yang dipanggil oxytocin, yang mana membantu rahim anda kembali ke saiz asal selepas kelahiran bayi. Ia juga dapat membantu menghentikan pendarahan nifas secepat yang mungkin. 

#2. Cepat kurus

Membantu membakar kalori berlebihan. Ini dapat memastikan anda kembali ke berat badan anda sebelum mengandung! Dan lebih seronok, anda juga berpotensi makan lebih banyak tanpa kenaikan badan yang mendadak.

#3. Kurang risiko kanser payudara dan kanser ovari

Apabila bayi menyusu badan, secara tidak langsung dapat memastikan payudara anda kurang membengkak. Bengkak susu ini terjadi apabila susu yang dihasilkan lebih banyak daripada yang keluar. Jadi penghasilan susu berlebihan dapat mengakibatkan bengkak susu yang lama kelamaan boleh mengakibatkan jangkitan mastitis. Dijangka masa lama juga mungkin akan mengakibatkan kanser payudara. 

#4. Merapatkan hubungan ibu dan anak

Indahnya apabila anda menyusukan bayi ini, ia boleh menjadi satu ‘bonding time’ buat anda dan bayi. Waktu itulah anda berdua akan bertentang mata, dan bayi dapat mengingati wajah dan bau ibunya. 

Apa yang anda tidak tahu

kandungan susu

Stories Rakan Kongsi
Ingin Bantu Menyokong Proses Pembelajaran & Ingatan Anak? Ini Rupanya Cara Mudah Ibu Boleh Cuba!
Ingin Bantu Menyokong Proses Pembelajaran & Ingatan Anak? Ini Rupanya Cara Mudah Ibu Boleh Cuba!
“Eidress Jarang Sangat Sakit Dan Cerdas!” Ini Rupanya Tips Anzalna Amalkan Bagi Memastikan Anaknya Membesar Dengan Baik!
“Eidress Jarang Sangat Sakit Dan Cerdas!” Ini Rupanya Tips Anzalna Amalkan Bagi Memastikan Anaknya Membesar Dengan Baik!
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!

Ingat! Apabila anda menyusu badan, anda berkemungkinan tidak akan mendapat haid. Jadi sukar untuk anda ketahui bila waktu subur. Untuk mengelakkan dari berlakunya ‘accident’ anda perlulah ambil pil perancang atau apa-apa yang boleh membantu perancangan keluarga. Haid anda mungkin akan kembali setelah anda tidak lagi menyusukan bayi dengan kerap. Ini biasa berlaku selepas anda mula berkerja. 

Apa yang anda makan atau produk yang anda gunakan pada wajah mungkin memberi efek pada bayi! Jadi hati-hati dengan pengambilan ubat saat anda sakit, berbincang dengan doktor tentang apa yang boleh dan tidak boleh diambil ketika menyusu badan. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber:  WebMD, March Of Dimes

Baca juga:

my.theasianparent.com/faktor-mengapa-penyusuan-ibu-boleh-gagal

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Susu Ibu Sememangnya Yang Terbaik, Ini Sebab Mengapa & No.2 Mesti Buat Ibu Berkobar-Kobar
Kongsikan:
  • Susu Bayi Habis Tengah Malam, Ibu Ini Call POLIS Minta Bantuan, Reaksi Mereka Cukup Mengejutkan!

    Susu Bayi Habis Tengah Malam, Ibu Ini Call POLIS Minta Bantuan, Reaksi Mereka Cukup Mengejutkan!

  • Mengapa Susu Ibu Terbaik Buat Bayi? Ini Sebab & Perbezaan Antara Susu Ibu & Susu Formula!

    Mengapa Susu Ibu Terbaik Buat Bayi? Ini Sebab & Perbezaan Antara Susu Ibu & Susu Formula!

  • Doktor Nak Paksa Bayi Nangis, Tapi Boleh Pula Dia Buat Muka 'Pelik' Comel Sungguh!

    Doktor Nak Paksa Bayi Nangis, Tapi Boleh Pula Dia Buat Muka 'Pelik' Comel Sungguh!

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

app info
get app banner
  • Susu Bayi Habis Tengah Malam, Ibu Ini Call POLIS Minta Bantuan, Reaksi Mereka Cukup Mengejutkan!

    Susu Bayi Habis Tengah Malam, Ibu Ini Call POLIS Minta Bantuan, Reaksi Mereka Cukup Mengejutkan!

  • Mengapa Susu Ibu Terbaik Buat Bayi? Ini Sebab & Perbezaan Antara Susu Ibu & Susu Formula!

    Mengapa Susu Ibu Terbaik Buat Bayi? Ini Sebab & Perbezaan Antara Susu Ibu & Susu Formula!

  • Doktor Nak Paksa Bayi Nangis, Tapi Boleh Pula Dia Buat Muka 'Pelik' Comel Sungguh!

    Doktor Nak Paksa Bayi Nangis, Tapi Boleh Pula Dia Buat Muka 'Pelik' Comel Sungguh!

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.