Diserang kanser ovari, ibu kuat ini redha kehilangan rahimnya

Bagi ibu kuat yang menghidap kanser ovari ini, beliau reda terpaksa kehilangan rahimnya. Adakah anda tahu salah satu tanda kanser ovari yang kita sering terlepas pandang ini?

Selepas kanser payudara, kanser ovari adalah antara kanser kedua yang paling digeruni oleh setiap wanita.

Namun bagi ibu kuat ini, Hety Ezleen tiada kata-kata yang mampu dilafazkan apabila rahimnya terpaksa dibuang akibat kanser ovari peringkat 1.

Berikut adalah status yang dimuat naik oleh beliau setelah selesai menjalani pembedahan membuang ovari dan rahimnya akibat ketumbuhan ini.

Cysts yang dikeluarkan

Tiada kata2 yg mampu dilafazkan.. Organ2 tu Allah bg pinjam sementara.. Aku redha.. sekarang tiada lagi ovari dan rahim demi keselamatan diri..

Syukur kerana telah merasai kenikmatan mengandung dan dikurniakan zuriat.. sekarang dalam proses pemulihan.. Sakit ditempat kena belah tu, Ya Robbi..berdoa dan menangis je yg mampu diluahkan.

Masa lepas bedah la baru datang batuk2.. punya sakit rasa dia x tertahan Ya Allah.. aku menangis lagi dan terus menangis.

Sesungguhnya aku tak kuat nak harunginya.. hari2 menangis kerana emosi x stabil.. syukur dikurniakan insan2 yg sangat positif disekelilingku.. #fightforcancer #ovariancyst #akutakkuat

Wanita ini kuat, tabah dan redha menghadap kanser ovari

Apa sebenarnya yang terjadi kepada Puan Hety Ezleen hingga beliau terpaksa dibuang ovari dan rahimnya?

Menurut perkongsiannya di akaun media sosial milik beliau, Puan Hety disahkan mempunyai cyst dan kanser ovari tahap 1. Keadaannya ini memerlukan doktor membuang ovari dan rahimnya untuk mengelakkan kanser ovari tersebut menjadi lebih teruk.

Rahim yang telah dibuang

Kanser ovari : Tanda-tanda penting yang harus anda tahu

Berikut adalah perkongsian Puan Hety tentang keadaannya.

Assalamualaikum..
Esok jam 8.30 pagi saya akan menjalani pembedahan ‘Ovarian Cyst’ di mana kedua2 ovari dan rahim saya akan dibuang.

Doktor kata saya kanser tahap 1. Doakan saya diberi kekuatan dan ketabahan. Semoga pembedahan saya berjalan dengan lancar.

Mohon kalian doakan kesembuhan saya.. Maafkan salah dan silap saya dan halalkan makan minum..
-Hety-
#fightforcancer
#ovariancyst
#akutakkuat

Doktor menerangkan keadaan Puan Hety selepas pembedahan

Salah satu tanda kanser ovari yang sering diabaikan oleh wanita adalah kembung perut berterusan. Menurut satu kaji selidik, didapati 3 daripada 10 wanita yang mengalami kembung perut berterusan sering mendapatkan bantuan dari pihak medikal.

Ini bermakna, 7 daripada 10 yang tadi, tidak mendapatkan bantuan medikal.

Dari lebih 1,000 wanita yang dikaji selidik, hanya lebih kurang 300 wanita sahaja menyatakan yang mereka akan berjumpa doktor sekiranya mengalami kembung perut berulang kali.

Jelas di sini, mereka tidak sedar yang kembung perut berulang kali adalah salah satu tanda awal kanser ovari. Sebenarnya lebih ramai wanita lebih cakna tentang ini kerana kanser ovari adalah kanser ke tujuh paling biasa di dunia.

Apa yang merisaukan, ia selalu dapat dikenal pasti pada tahap yang bahaya.

Jadi, sekiranya anda sering mengalami kembung perut yang berulang kali, tolong pergi dapatkan pemeriksaan lanjut dengan pihak hospital.

Kembung perut berulang kali berkait rapat dengan kanser ovari. Lebih baik anda jelas dengan kesihatan anda dari membiarkan sahaja.

Kami di theAsianparent berharap semua wanita di luar sana agar menjaga kesihatan masing-masing dengan penuh berhemah. Kepada Puan Hety, ketahuilah, anda seorang wanita istimewa yang sungguh kuat.

Kami dan seluruh rakyat Malaysia mendoakan kesejahteraan anda. Kekal kuat, ya! 🙂

 

 

 

 

 

 

Sumber: facebook Hety Ezleen, theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

 6 Tanda Awal Kanser Ovari Yang Wanita Selalu Terlepas Pandang

Penulis

Aqma