Lelaki Kurang Cakna Penyakit Kanser Payudara Lelaki, Lebih Berbahaya!

Walaupun lelaki tidak mempunyai payudara seperti wanita namun mereka juga berisiko menghidap kanser payudara lelaki.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tanggapan masyarakat umum bahawa kanser payudara adalah penyakit wanita adalah tidak tepat kerana, lelaki juga berisiko menghidap kanser payudara lelaki, bahkan berpotensi menjadi lebih berbahaya disebabkan sel kanser yang menyerang mereka lebih agresif.

Menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kebarangkalian kanser payudara pada seorang lelaki adalah kurang daripada satu peratus.

Namun, mereka tidak boleh mengambil mudah perkara tersebut kerana jika terdapat simptom-simptom seperti ketulan di dada ataupun ketiak, mereka haruslah segera mendapatkan pemeriksaan.

Jenis kanser payudara yang paling lazim berlaku terhadap lelaki adalah jenis sama yang terdapat pada wanita iaitu karsinoma duktus invasif, karsinoma lobular invasif dan karsinoma duktal in-situ (DCIS).

Punca Kanser Payudara Dalam Kalangan Lelaki

Kanser payudara dalam kalangan lelaki berpunca daripada sel-sel dalam tisu payudara yang berkembang secara tidak terkawal.

Pada masa sama, pesakit lelaki yang mempunyai sejarah keluarga kanser payudara dalam kalangan adik beradik perempuan mempunyai risiko lebih tinggi untuk menghadapi penyakit ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara faktor lain yang boleh meningkatkan risiko kanser payudara dalam kalangan lelaki ialah kerap terdedah kepada sinaran radiasi, pengambilan estrogen, kesan pengambilan ubat hormon (gynecomastia) dan sirosis hati.

Tanda Kanser Payudara Dalam Kalangan Lelaki

Kebanyakan tanda-tanda awal kanser payudara yang dialami oleh lelaki sama seperti wanita misalnya, terdapat ketulan pada tisu payudara mereka, permukaan payudara menjadi seperti kulit limau yang mengeras dan menegang.

Berikut merupakan lapan tanda lain kanser payudara dalam kalangan lelaki:

1. Ketulan pada dada

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Sakit pada puting

3. Ketulan pada ketiak

4. Puting masuk ke dalam

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5. Cecair daripada puting

6. Radang pada bahagian puting

7. Perubahan pada kulit di dada

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

8. Perubahan dari segi saiz dan bentuk buah dada

Cegah Dengan Rawatan Awal

Kurang kesedaran atau stigma golongan lelaki beranggapan tidak berisiko hidap kanser payudara kadang kala menyebabkan kebanyakan pesakit mengesannya ketika sudah berada di tahap akhir dan penularan sel kanser sudah tidak dapat dikawal lagi.

Sangat penting untuk mengesan penyakit ini pada peringkat awal kerana jika kanser payudara dikesan lebih awal, rawatan akan lebih berkesan dan peluang untuk sembuh lebih tinggi.

Antara rawatan dijalankan seperti pembedahan membuang sebahagian kawasan yang ada sel kanser, rawatan radioterapi dan akan ada rawatan sokongan susulan untuk membolehkan pesakit meneruskan kehidupan seperti biasa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Kanser Payudara (Breast Cancer): Punca Kanser Payudara, Tanda & Cara Menguasen

Baca juga : Nak Elak Kena Kanser Prostat? Ejakulasi Mungkin Jawapannya!

Baca juga : Jaga Kesihatan Payudara Anda, Ini 5 Makanan Elak Kanser Payudara

Penulis

Nursyamimi