Gambar Menyayat Hati, Ibu Ini Menyusu Anak Buat Kali Terakhir Kerana Kanser

Ikuti kisah menyayat hati tentang ibu ini yang terpaksa bercerai susu kerana perlu menjalani rawatan di hospital untuk kanser payudara. Ibu ini kuat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menyusu adalah pengalaman istimewa dan paling intim yang kita boleh kongsi dengan bayi. Tapi disebabkan cabaran hidup, kadang-kadang ibu menyusu terpaksa cerai susu tiba-tiba. Lebih-lebih lagi jika ibu itu pesakit kanser payudara yang perlu menjalankan rawatan dengan segera.

Ashley Kostiuk mendapati ada benjolan di payudaranya semasa menyusukan anak. Terkejut dengan tamparan hidup, dia didiagnosis dengan kanser payudara peringkat 1 pada bulan Jun 2016, dia dinasihati untuk menjalani rawatan kemoterapi dengan segera.

Ashley terpaksa bercerai susu dengan anaknya yang baru berusia 9 bulan.

Sesi ambil gambar menyusu terakhir

Tapi sebelum menjalani rawatan kemoterapi untuk kanser payudara, Ashley memutuskan untuk melakukan sesi ambil gambar dengan pertolongan kawan karibnya Jaclyn Briggs, seorang jurugambar.

Lihatlah gambar yang membicarakan seribu satu rasa untuk ibu tabah ini.

Pada pagi sebelum memulakan rawatan di hospital, Ashley telah menyusukan anaknya buat kali yang terakhir.

Gambar-gambar yang diambil telah menangkap saat-saat berharga dan intim antara seorang ibu dan anaknya sebelum ia hilang untuk selama-lamanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber gambar: Capture Your Moment Photography

Anaknya asyik menyentuh dan mengintai wajah ibunya sambil menyusu. Dia tidak tahu tragedi yang melanda ibunya.

Dia tidak tahu inilah kali terakhir dia akan minum susu ibunya. Dia tidak tahu inilah kali terakhir dia akan dipeluk erat sambil menyusu susu ibu yang penuh khasiat itu.

Ashley tidak dapat menahan rasa sebak kerana dia tahu dia akan rindu perasaan ini, jalinan intim semasa menyusu yang terpaksa berakhir dengan tiba-tiba.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber gambar: Capture Your Moment Photography

Anak gadisnya yang seolah-olah tahu ibunya bersedih terus memeluk dan mencium Ashley.

Dengan cara tersendiri, dia cuba menghiburkan hati ibunya dan berjaya mengalihkan tumpuan ibunya dari situasi yang terpaksa diharungi dengan hati yang berat itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Betapa kuat Ashley mengharungi dugaan yang diberi ini. Saya percaya Ashley kuat kerana anak-anaknya juga. Dia tak boleh tunduk dengan kanser payudara ini, walaupun dia terpaksa melepaskan peluang menyusu anak sendiri.

Kanser payudara pada ibu menyusu

Kanser payudara adalah barah yang sering berlaku pada wanita, berbanding barah lain. Ia berpunca dari perkembangan sel-sel dalam payudara yang tidak terkawal.

19 daripada setiap 100,000 kematian berpunca daripada barah jenis ini dan 1 daripada 19 wanita Malaysia berisiko menghidap kanser payudara.

Berita terkini adalah Ashley kini sudah bebas kanser. Menurut laman GoFundMe Ashley, dia telah menamatkan rawatan kemoterapi dan telah menjalankan pembedahan untuk membuang kedua-dua buah dadanya.

Dia boleh terus hidup dan melihat anak-anaknya membesar

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ashley dipetik menulis:

Selama rawatan kanser payudara saya, saya selalu patah hati. Saya rasa benci dengan penyakit saya, saya benci kemo, saya benci saya tidak lagi ada payudara sendiri. Tapi buat apa dengan perasaan ini? Ini hanya perasaan yang mementingkan diri sendiri saja. Saya bersyukur kerana boleh balik ke rumah bebas kanser, buat kek pisang dan menonton Sophia the First dengan anak saya. Saya cukup bersyukur.

Untuk ibu-ibu dalam situasi yang sama. Bertabahlah dan tamatkan rawatan anda dengan bersungguh-sungguh.

Biarpun sakit dan susah, anda mampu melakukannya… untuk diri sendiri, keluarga, dan anak. Anda kuat dan kami sentiasa ada di belakang anda. Percaya pada diri anda!

Sumber: Team Ashley

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Enggan Makan Ubat Ketika Sakit Kerana Menyusu Bayi, Ibu Ini Akhirnya Meninggal Dunia

Penulis

Rosanna Chio