Simptom kanser serviks yang tak patut diabaikan!
Sakit perut adalah sesuatu yang dianggap normal oleh sesiapa.
Sakit perut di sini bermakna kejang akibat datang haid hinggalah kembung perut yang tidak selesa.
Namun, bagi Carla Bradbury yang berusia 46 tahun, ia adalah tanda sesuatu yang sangat serius – kanser serviks.
Semasa Carla diberikan air bergas di sambutan hari lahirnya, dia sangka sakit perutnya datang kerana terlalu banyak air bergas, jadi dia tidak pergi berjumpa doktor.
Kemudian dia juga mengalami sedikit pendarahan di antara haid yang membuatkan dia menyangka itu hanyalah hormon.
Namun apabila sakitnya menjadi lebih teruk, Carla pergi berjumpa doktor di mana dia diberikan ujian ‘pap smear‘.
Hasil ujian tersebut menunjukan sesuatu yang tidak normal, menyebabkan dia perlu rawatan lanjut.
Ujian pap smear yang tidak normal
Salah seorang doktor telah mengatakan ia sebagai endometriosis. Dan ketika Carla hendak mendapatkan ujian lanjut, mereka telah mengenal pasti masalahya – kanser.
Keputusan MRI mengesahkan yang Carla menghidap kanser tahap 3B, ini bermakna kanser tersebut telah merebak dari serviks ke bahagian sekeliling.
Saiz tumor Carla sungguh besar, sebesar buah plum.
Doktor mengatakan yang dia hanya mempunyai 50% peluang untuk terselamat.
Malah disebabkan saiz tumor yang besar, ia melekat pada dinding pelviknya jadi doktor tidak dapat membuat pembedahan untuk mengeluarkan tumor tersebut.
Carla menggunakan rawatan kemoterapi dan radioterapi yang akhirnya berjaya menyelamatkannya.
Pentingnya ujian pap smear
Lima tahun selepas didiagnosis, Carla kini hampir bebas. Dan dia mempunyai mesej penting untuk wanita di luar sana.
Seperti ramai wanita, Carla tidak menjalankan ujian pap smear secara berkala – dan dia memohon agar wanita lain tidak berbuat demikian.
Padanya, leceh untuk meluangkan masa membuat temujanji dan hadir membuat ujian pap smear.
Kini, dia sedar kepentingan ujian ini. Ujian saringan kanser serviks menyelamatkan ribuan nyawa setiap tahun.
Setiap tahun di UK, 3000 wanita telah didiagnosis dengan kanser serviks, namun satu daripada 4 wanita tetap memilih untuk mengelak daripada membuat ujian pap smear.
Malangnya tanda kanser serviks tidaklah selalu jelas pada peringkat awal dan ada keputusan pap smear yang tidak normal adalah tanda awal kanser.
Menurut Kajian Kanser UK, ujian pap smear membantu menyelamatkan ribuan nyawa kerana ia dapat mengesan tumor sebelum ia menjadi kanser.
Wanita di dalam lingkungan usia 25-64 tahun yang telah berdaftar dengan klinik kesihatan, secara automatik akan dijemput untuk membuatkan ujian saringan.
Ujian sekali seumur hidup
Kanser Carla muncul secara mengejut tetapi ia telah menjadikannya lebih kuat dan dia tidak takut akan apa-apa lagi.
Selepas kehilangan 2 orang sahabat akibat kanser tahun ini, salah seorangnya ialah sahabat yang menjalani rawatan kanser bersamanya, Carla kini sedang bersiap untuk mengambil bahagian di dalam Stand Up To Cancer’s Great Canoe Challenge.
Dia akan mengayuh di dalam maraton selama 5 hari untuk meningkatkan kesedaran dan derma.
Sumber: Prima dan country living
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: