Clare Bumhauer, 44 tahun tidak menyangka yang dia menghidap kanser vulva. Nama kanser itu pun tidak pernah didengarinya!
Tapi itulah hakikat yang setiap wanita perlu tahu tentang kanser yang bahaya ini. Kanser vulva jarang berlaku namun apabila ia terjadi, wanita mungkin tidak akan menyedarinya kerana tanda-tanda kanser ini tidak begitu jelas.
Menunut Clare, semuanya bermula ketika dia masih remaja. Dia sering rasa gatal-gatal di bahagian vulvanya.
Vulva ialah bahagian luar faraj yang meliputi lubang untuk kencing (urethal opening), lubang faraj, klitoris, labia majora dan labia minora (bibir faraj).
Selepas beberapa kali melakukan pemeriksaan, doktor pakar masih tidak menjumpai punca sebenar kegatalan yang dirasai Clare.
Mereka menganggap ia sebagai satu jenis ketidakselesaan, cystisis atau jangkitan herpes. Tapi selepas bertahun-tahun, baru mereka sedar ia ialah kanser vulva!
Kanser vulva itu apa?
Kanser vulva akan menyerang permukaan luar kawasan kemaluan wanita. Clare pada mulanya amat malu untuk membincangkan keadaannya ini.
Namun ketika berusia 30 tahun, selepas kerap mengalami gatal-gatal pada faraj, tiba-tiba faraj Clare dinaiki ulser.
Beliau pasti pergi berjumpa doktor. Namun, doktor tersalah diagnosis dan mengatakan beliau menghidap sclerosis, sejenis kekerasan tidak normal pada tisu badan.
Sampailah umur beliau 40 tahun baru doktor mengesahkan kesakitannya selama ini ialah kerana kanser vulva!
Jika Clare didiagnosis dengan lebih awal, mungkin ketika beliau masih remaja, beliau boleh mengelak kesakitan ini.
Kini, Clare telah menjalani pembedahan untuk membuang kawasan vulvanya yang terjejas. Beliau kemudiannya perlu melalui terapi radiasi untuk menyembuhkan kanser.
Apa tanda-tanda kanser vulva?
Kanser vulva antara kanser pada wanita yang jarang berlaku. Ia disebabkan oleh kesukaran untuk mengenalpasti tanda-tandanya hingga diagnosis yang salah boleh berlaku.
Kanser vulva juga mengambil masa bertahun-tahun untuk merebak. Antara tanda-tanda kanser ini yang harus anda tahu ialah:
- Ada benjolan atau kudis di kawasan vulva (bahagian luar faraj)
- Rasa gatal dan selalu tidak selesa pada vulva
- Pendarahan yang bukan darah haid
- Perubahan warna di sekitar vulva (mungkin juga tumbuh bisul dan ulser)
- Sclerosus juga boleh berkembang menjadi vulva.
- Wanita yang ada sejarah HPV atau sejarah tumbuh bisul di bahagian alat sulit lebih berisiko tinggi untuk terkena kanser ini
Jika anda mendapati diri anda mempunyai tanda-tanda kanser ini, adalah amat penting untuk anda segera mendapatkan pemeriksaan doktor.
Bagaimana ingin mengelak kanser vulva?
Anda boleh mengelak kanser ini dengan melakukan pemeriksaan perubatan yang rutin. Ia boleh memantau kesihatan dan mengesan penyakit sebelum ia terjadi.
Malah, anda juga perlu berbincang dengan doktor anda secara berkala. Beberapa langkah pencegahan lain yang boleh dilakukan ialah:
- Memakai kondom bagi setiap hubungan seks
- Mendapatkan vaksin HPV. Vaksin ini disyorkan pada kanak-kanak dan wanita, ia mengurangkan risiko perkembangan kanser ini.
Artikel ini diterjemah dari: theAsianparent Philippines
Baca juga:
13 Tanda Awal Kanser Rahim Yang Berbahaya & Ramai Wanita Terlepas Pandang