Kartun Seperti Pokemon Dan SpongeBob "Merosakkan" Kanak-Kanak: Kajian

Kajian mendapati kartun kanak-kanak seperti Pokemon dan Spongebob sebenarnya tak bagus untuk anak kita. Tapi mengapa dan apa patut kita buat?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kartun Pokemon buat kanak-kanak lebih ganas?

Anda pasti tertanya-tanya takkan kartun comel seperti Pokemon dan SpongeBob SquarePants boleh merosakkan kanak-kanak pula. Tapi bagaimana?

Ha… jangan terkejut dengan penemuan ini. 

Menurut kajian yang dilakukan oleh pakar di Iowa State University, kartun dan filem animasi boleh menyebabkan penonton cilik (seperti kanak-kanak) menjadi lebih ganas!

Ini kerana paparan keganasan yang ada dalam tontonan tersebut.

Kredit: theAsianparent Singapore

Malah, banyak juga kartun dan filem animasi yang memaparkan keganasan, walaupun ia diklasifikasi sebagai sesuai untuk tontonan kanak-kanak.

Bagaimana kajian ini mendapatkan hasil sedemikian?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pakar psikologi menganalisis tahap keganasan dalam pelbagai kartun terkenal yang ditonton oleh kanak-kanak dan program kekeluargaan untuk tontonan umum.

Semua kartun ini diklasifikasi oleh televisyen sebagai “fantasi“. Antaranya seperti Pokemon, Buffy the Vampire Slayer, Scooby-Doo dan lain-lain lagi.

Manakala program kekeluargaan yang dipilih adalah seperti Lost dan American Idol.

Hasil kajian mendapati semua kartun mempunyai insiden keganasan setiap jam berbanding program kekeluargaan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Keganasan ini memberi kesan kepada tingkah laku, perasaan dan perbuatan anak-anak yang menontonnya. 

Kartun yang ditayang televisyen juga tidak bersesuaian

Malah Profesor Douglas Gentile, pakar psikologi kajian juga membidas sistem televisyen yang dikatakan sengaja melabel sesetengah kartun yang penuh dengan keganasan seperti Pokemon sebagai “fantasi“.

Ini demi membuat duit semata-mata. 

Kanak-kanak mampu menganggap sesetengah karakter kartun sebagai pelakon sebenar. Maka, mereka boleh bertindak ganas mengikut apa yang ditunjukkan karakter dalam Pokemon itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagaimana pula dengan kartun SpongeBob SquarePants? Apa yang membahayakan?

Kredit: theAsianparent Singapore

Menurut pakar psikologi kanak-kanak, rancangan kartun dalam bentuk pantas ini boleh mengganggu pemikiran abstrak kanak-kanak.

Tambahan lagi, memori jangka pendek mereka juga boleh terjejas malah kawalan impuls turut terganggu.

Oleh sebab itu hasil kajian mendapati kanak-kanak yang menonton kartun ini tidak dapat menyelesaikan tugasan yang diberi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mengapa? Rancangan kartun SpongeBob SquarePants adalah rancangan face-paced yang menukar adegan sekurang-kurangnya setiap 11 saat.

Apabila kanak-kanak menonton kartun yang bergerak secara “pantas” ini, tumpuan mereka boleh terganggu dan mereka tak dapat memberi fokus.

Sebab itu mereka tidak dapat melakukan sesuatu tugasan.

Habis kalau tak tengok kartun, nak tengok apa?

Jangan risau ibu bapa semua. Pendedahan ini bukan untuk mengehadkan tontonan kartun di kalangan anak-anak anda.

Ada pelbagai kartun dan filem animasi yang bermanfaat untuk mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tapi, kami ingin berkongsi bagaimana kanak-kanak tidak sewajarnya menonton kartun atau filem animasi semata-mata.

Lihatlah bagaimana kartun dan animasi sekarang pun sudah cukup advance untuk memaparkan keganasan buat kanak-kanak. 

Jadi, adalah tidak salah jika anda membenarkan mereka menonton filem realiti. Contohnya seperti filem muzikal.

Hal ini kerana filem animasi dan kartun juga dibentuk seakan sama seperti filem biasa, tapi dengan pendekatan untuk kanak-kanak.

Apa yang penting adalah kawalan anda.

Menurut pakar terapi di Counselling Clinic Family Services, Vicky Coppens – ibu bapa harus menerangkan sebarang interaksi atau pengajaran dari mana-mana filem animasi dan kartun malah filem realiti buat anak-anak.

Dengan itu baru anak-anak faham apakah realiti dan plot penceritaan. Hal ini juga boleh mengelakkan keganasan yang dipapar dalam kartun tersebut ditiru mereka.

Apa pandangan anda? Ada kartun-kartun lain yang anda rasa tidak sihat buat anak-anak?

Sumber rujukan: The Telegraph, Research Gate, Green Bay Press-Gazette, ABC News dan theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.com3-kartun-yang-tidak-akan-membuatkan-anda-rasa-bersalah-membiarkan-anak-menonton/

 

 

 

 

Penulis

Ayu Idris