Wanita akan mengalami perubahan paling ketara ketika dia menjadi seorang ibu. Bermula dari saat hamil, hinggalah ke momen-momen membesarkan anak.
Dari perubahan hormon yang bagaikan ‘roller coaster’ hinggalah perubahan fizikal yang tidak di sangka.
Walaupun setiap cabaran wanita sebagai ibu berlainan, namun Ingebritt ter Veld dan Corinne de Vries telah mencipta ilustrasi tentang pergelutan yang dilalui ibu muda.
Kartun yang diilustrasi olehnya sungguh lucu. Malah, ia memberi gambaran yang tepat tentang perihal seorang ibu.
Cuba anda lihat sendiri, siri ilustrasinya;
Sesuatu yang tidak dapat disangkal!
Kehamilan betul-betul menjadikan wanita bersahabat baik dengan tandas.
Tidur yang tidak lena akibat kerap bangun ke tandas hingga terasa mahu tidur di tandas. Saya yakin ramai wanita yang sudah melaluinya merasai perkara yang sama.