Ayah Lebih Sayang Anak Perempuan Berbanding Anak Lelaki, Betul Ke?

Kasih sayang seorang ayah perlu dibahagi secara adil tanpa mengira jantina anak agar psikologi mereka sihat dan bebas dari tekanan, jom baca artikel ini!

Kebiasaannya anak perempuan selalu dianggap anak yang manja, memerlukan lebih kasih sayang seorang ayah dan ibu. Berbeza dengan anak lelaki pula, mereka perlu lebih bebas dan berdikari.

Jurang keibubapaan antara kanak-kanak lelaki dan perempuan ini disebabkan oleh faktor jantina dan tanggapan bahawa ‘lelaki mesti lebih kuat daripada wanita’.

Kasih sayang seorang ayah pula lebih banyak kepada anak perempuan kerana golongan ayah berpendapat bahawa anak perempuan memerlukan kasih sayang daripada anak lelaki.

Sekaligus pernyataan ini turut menentukan sikap bapa terhadap anak perempuan sering berbeza dengan anak lelaki.

Sumber: Parenting Firstcry

Padahal, dalam aspek psikologi, kanak-kanak lelaki lebih mudah mengalami tekanan berbanding kanak-kanak perempuan.

Kasih sayang seorang ayah berbeza antara anak perempuan dan anak lelaki

Ramai pakar psikologi telah menjalankan penyelidikan yang berkaitan dengan perbezaan sikap bapa kepada kanak-kanak lelaki dan perempuan.

Dalam kajian yang diterbitkan dalam Journal of Behavioral Neurosciense, para penyelidik membandingkan sikap bapa terhadap anak-anak mereka berdasarkan jantina anak.

Hasil penyelidikan mendapati seorang bapa juga lebih terlibat dalam kehidupan anak perempuan mereka.

Manakala bagi kanak-kanak lelaki, bapa hanya cenderung terlibat dengan permainan motor kasar (kemahiran pergerakan yang membabitkan sendi-sendi besar).

Bukan itu sahaja, kajian turut berjaya mendedahkan terdapat perbezaan bapa dalam cara mendidik anak-anak mereka.

Dengan anak perempuan, ayah akan menggunakan bahasa tubuh yang lembut dan penuh kasih sayang. Sedangkan pada anak lelaki, ayah cenderung untuk bersikap tegas dan menggunakan bahasa yang memerlukan tindakan seterusnya.

Sumber: Shutterstock

Sebuah kajian terbaharu yang dijalankan oleh Persatuan Psikologi Amerika juga mengesahkan perkara ini.

Para ayah memberikan lebih perhatian dan lebih bertanggungjawab terhadap anak perempuannya jika dibandingkan dengan anak laki-laki.

Pemimpin dalam kajian ini, Jennifer Mascaro menyatakan,

“Kita perlu menyedari persepsi terhadap jantina ini akan mencetuskan perlakuan yang berbeza antara ibu bapa dengan anak-anak mereka.”

Pun begitu, penyelidik tidak dapat mengesahkan sama ada perbezaan tindak balas ini didorong oleh faktor genetik atau kerana norma masyarakat mengenai jantina.

Dalam kajian lain, penyelidik dari Universiti Emory dan Universiti Arizona mengumpulkan 52 orang responden yang memiliki anak di Atlanta.

Penyelidik meletakkan alat kecil yang diikat pada tali pinggang bapa dan dipakai untuk satu hari pada hujung minggu dan satu hari pada hari biasa.

Interaksi antara ayah dengan anaknya dapat direkodkan dalam alat tersebut. Peranti yang diletakkan akan menyala selama 50 saat bagi tempoh 9 minit, dan merakam bunyi selama 48 jam.

Sumber: Bebezclub

“Responden sering terlupa bahawa mereka menggunakan peranti itu, jadi mereka boleh bersikap normal yang tidak dibuat-buat,” kata Jennifer.

Tambahnya lagi, bapa juga diminta meletakkan peranti di dalam bilik anak-anak pada waktu malam. Jadi, setiap interaksi yang terjadi antara bapa dan anak pada waktu malam boleh direkodkan.

Bapa juga diberikan imbasan otak sambil dengan ditunjukkan gambar orang dewasa dan kanak-kanak yang tidak dikenali termasuk anak-anak mereka sendiri.

Secara umumnya, perbezaan layanan seorang bapa kepada perempuan dan lelaki seperti yang ditunjukkan oleh hasil kajian adalah:

# Ayah bagi anak perempuan menunjukkan respons lebih besar terhadap ekspresi muka gadis kecil mereka yang bahagia.

# Ayah anak lelaki menunjukkan respons yang lebih besar terhadap ekspresi muka neutral anak lelaki.

# Bapa dengan gadis kecil menghabiskan masa kira-kira 60% untuk berinteraksi berbanding dengan bapa anak lelaki.

# Bapa anak lelaki menghabiskan masa 3 kali lebih banyak daripada ayah seorang anak perempuan dalam aspek permainan.

“Semua ayah pastinya memberikan perhatian sebanyak yang mungkin agar anak-anak mereka berjaya dalam kehidupan. Walau bagaimanapun, asas yang penting adalah mereka perlu menyedari bahawa interaksi mereka dengan kanak-kanak adalah berat sebelah kerana persepsi terhadap jantina, “kata Mascaro.

Stereotaip gender yang wujud akan mempengaruhi pemikiran dan tindakan dalam cara penjagaan antara anak lelaki dan perempuan.

Oleh demikian, perbezaan sikap bapa kepada anak-anak perempuan dan lelaki perlu segera diatasi agar kasih sayang seorang bapa dikongsi secara adil dan tidak melebihkan anak perempuan berbanding anak laki-laki.

Semoga maklumat ini berguna untuk ibu ayah !

Sumber: Penulis asal Fitriyani. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Baca juga: Lihat Perbezaan Otak Anak Yang Terima Cukup Kasih Sayang dan Tidak Cukup