Dakapan Ibu Merangsang Perkembangan Bayi, Sebab Itu Si Comel Selesa Dalam Pelukan Ibu

Kasih sayang seorang ibu terhadap anak-anak tidak dapat ditandingi dengan apa sekalipun. Sentuhan dan pelukan yang diberikan mampu memberikan aura positif

Tidak dinafikan, kasih sayang seorang ibu mampu membawa anak ke syurga. Bermula dengan episod morning sickness sehinggalah memasuki ruang bersalin, ia adalah sesuatu kenangan yang tidak akan dilupakan sehingga akhir hayatnya.

Namun, bagi anda yang baru pertama kali bergelar ibu ayah, pastinya agak kekok untuk memegang bayi baru lahir. Mungkin ia terlalu kuat atau terlalu longgar, boleh memberikan kesan terhadap si manja.

Kasih sayang seorang ibu: Bagaimana cara terbaik memegang bayi baru lahir

Sebaik sahaja bayi diteran keluar dari rahim ibu, hal pertama yang dilakukan oleh doktor adalah meletakkannya di atas dada ibu. Ia pasti momen penuh bahagia kerana kesakitan bersalin yang ditahan selama berbelas-belas jam hilang sekelip mata selepas mendengar tangisan anak kecil ini.

Minggu pertama bergelar ibu ayah mungkin menjadi sesuatu yang mencabar buat anda. Setiap hari merupakan perkara baharu perlu dipelajari agar si manja dapat membesar dengan baik.

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, langkah terbaik untuk membina hubungan antara ibu ayah dengan bayi baru lahir adalah dengan kerap memeluknya.

Bukan sekadar membuatkan anda berasa sangat terharu dengan amanah Allah ini, namun hubungan melalui pelukan juga sangat penting untuk perkembangan bayi baru lahir. Antara kebaikannnya ialah:

#1. Pelukan dan sentuhan hangat dapat membantu bayi membina tindak balas otak yang positif dan meningkatkan kebolehan dalam mengatasi pengalaman negatif pada kemudian hari.

#2. Kelebihan hubungan kulit-ke-kulit dan memeluk si kecil adalah seperti konsep penjagaan kanggaru (kangaroo care). Bagi ibu yang belum tahu, penjagaan kanggaru adalah cara memegang bayi pra matang melibatkan hubungan kulit ke kulit, iaitu si manja hanya memakai lampin atau sehelai pakaian dan diletakkan pada kulit ibu bapa dalam keadaan telanjang.

Alasan mengapa si manja memerlukan sentuhan dari ibu ayah

Kaedah merawat bayi telah wujud pada tahun 1970-an di Bogotá, Colombia. Para penyelidik menyedari bahawa bayi pramatang yang dikandung oleh ibu mereka mempunyai peluang hidup lebih tinggi. Bahkan ia menunjukkan kesan positif pada perkembangan otak.

Di samping itu, beberapa kajian turut menunjukkan bahawa bayi baru lahir lebih cenderung mempunyai degupan jantung yang stabil, tidur lebih nyenyak, kurang mengalami kegelisahan dan tekanan lebih rendah.

Ia turut membantu dalam menjalin hubungan dengan ibu bapa lebih baik apabila si manja sering dipeluk dan terbiasa hubungan kulit ke kulit.

Hal lain yang cukup penting adalah memahami cara memeluk bayi dengan betul. Menjadi ibu bapa, memeluk dan dipeluk dapat memberikan kesan kegembiraan  secara tiba-tiba. Oleh sebab inilah ia sangat penting untuk menguasai cara sempurna dalam berpelukan.

Reaksi bayi terhadap sentuhan kulit-ke-kulit

Pasukan penyelidik dari Universiti Toho Jepun melakukan kajian untuk membandingkan perbezaan reaksi bayi ketika mereka dipeluk oleh orang asing dan ibu ayah sendiri.

Penyelidikan ini dilakukan dengan memantau degupan jantung bayi yang baru lahir dan meletakkan sensor tekanan pada tangan sukarelawan dewasa. Hasilnya diterbitkan dalam jurnal Cell dan sedikit mengejutkan.

Didapati bahawa bayi berasa paling tenang semasa pelukan tekanan sederhana jika dibandingkan dengan hanya didukung.

Namun sebelum ibu memegang si manja, ingatlah bahawa kajian itu juga menyatakan bahawa kesan menenangkan akan berkurang dengan pelukan yang erat. Jadi, tempoh terbaik untuk memeluk malaikat kecil anda yang ideal adalah antara 20 hingga 30 saat.

Justeru, kasih sayang seorang ibu dalam membesarkan anak-anak berkait rapat dengan perkembangan mereka dalam menjadi anak yang berjaya.

Tidak hanya menyediakan segala keperluan diperlukan si manja, ibu ayah perlu berusaha untuk meluangkan masa bersama agar mereka tida berasa terabai dan kurang perhatian.

Ingatlah bahawa anak merupakan amanah daripada Allah S.W.T. Ibu ayah memainkan peranan cukup besar dalam mencorakkan mereka untuk masa hadapan sama ada menjadi insan yang berguna ataupun sebaliknya.

Sumber: Times of India

Kredit foto: Sumber

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comrefleks-bayi-baru-lahir