Guna 2 Bahan Di Dapur Ini Untuk Mencuci, Kasut Putih Anda Kembali Seperti Baru!

Ramai beranggapan kasut putih sukar untuk dijaga dan dibersihkan namun sebenarnya ada cara mudah untuk membersihkannya mengguna dua bahan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memiliki kasut putih memang menjadi idaman semua orang kerana faktor mudah untuk dipadankan dengan mana-mana outfit.

Tidak kiralah bagi lelaki atau perempuan pasti aka nada sekurang-kurangnya sepasang kasut putih.

Namun jika ada mendapati kasut putih anda menjadi kotor apatah lagi kotorannya begitu ketara pasti ia sedikit sebanyak akan merunsingkan anda.

Sebenarnya anda tidak perlu risau jika kasut anda memiliki kotoran hitam degil kerana terdapat cara cuci kasut yang mudah dengan menggunakan dua bahan sahaja yang ada di dapur!

Melalui kaedah mudah ini, mungkin selepas ini makin bertambah koleksi kasut putih anda. Jom lihat perkongsian dari seorang pengguna Twitter @madermn yang menunjukkan cara untuk kembalikan kasut anda putih seperti baharu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hye guys! Saya nok kongsi sikit macam mana nak putihkan balik kasut putih korang yang ada stain hitam degil dengan guna dua bahan dekat dapur. 99% berjaya sebab baru buat tadi hahaha

Bahan-bahan :

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Cuka
  • Baking powder

Cara-caranya :

1. First, korang kena campur kan baking powder dengan cuka. Guna cuka buatan, jangan guna cuka mahal hahahah. Aku letak 2 sudu baking powder and secukup sudu cuka. Asalkan cukup untuk berus kasut korang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Then berus macam biasa bahagian yang kotor guna berus gigi. Sental sampai hilang. Lepas dah hilang hitam tu, jangan cuci dengan air, just lap guna tissue. Kalau nak lagi detail resepi dia boleh google. Tapi basically just campur cuka dengan baking powder je.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Salah Beli Kasut Anak Boleh Buat Dia Lambat Berjalan, Guna Panduan Betul Ini!

Baca juga : Boleh Ke Pakai Kasut Tumit Tinggi Masa Hamil? – Ini Panduan ‘Dress Code’ Untuk Bakal Ibu

Baca juga : Anak Baru Mula Berjalan? 5 Tips Beli Kasut Bayi Yang Selesa Untuk Anak

Penulis

Nursyamimi