10 Kata Positif Yang Perlu Ibu Ucap Selalu Pada Anak, #8 Paling Bermakna Buat Mereka

Kata positif dan yang baik dari mulut seorang ibu adalah 'penawar' untuk anak-anak dan seisi keluarga. Ini antara yang boleh anda ucapkan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tahukah anda, setiap yang anda ucap atau komen pada anak sebenarnya memberi kesan kepada mereka tanpa anda sedari? Kata positif boleh menaikkan keyakinan diri, membuatkan si kecil rasa disayangi, malah boleh menjadikan anak lebih bersemangat!

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Ungkapkan kata positif kepada anak setiap hari

Ungkapkan kata positif kepada anak setiap hari

Jika anda belum pernah atau jarang mengucapkan kata-kata rangsangan kepada anak, apa kata anda memulakannya hari ini. 

Berikut merupakan 10 kata positif yang boleh anda gunakan untuk membuatkan anak anda rasa lebih dihargai:

Kata Positif #1 Mama sayangkan awak, walaupun kita selalu bergaduh 

Anak anda perlu tahu yang anda ambil berat tentangnya. Kita sebagai orang dewasa pun perlukan ucapan kasih sayang, apatah lagi kanak-kanak! Percayalah, anak takkan bosan dengan ungkapan sayang dari anda.

Anak akan rasa lebih selamat dan tahu yang walaupun dia mungkin membuatkan anda marah, atau mencabar kesabaran anda, namun anda masih sayangkannya.

Ayat positif untuk anak #2 Awak anak yang hebat!

Anak akan berasa lebih yakin diri apabila anda memberitahu yang dia seorang hebat, walaupun sebenarnya dia seorang yang banyak kerenah. Tak salah untuk anda berkata demikian, kerana kata-kata ini boleh membuatkan dia berasa disukai.

Kerapkan berkata ayat ni ketika dia sedang melakukan sesuatu perkara yang tidak dijangka seperti pandai mengayuh basikal tanpa bantuan anda. Anak anda pasti menjadi lebih bersemangat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ungkapan positif #3 Adik-beradik semua sayangkan awak 

Hubungan antara adik-beradik boleh menjadi tegang pada masa tertentu. Penting untuk anak tahu yang adik beradiknya tidak membencinya.

Si kecil juga mahu dihargai, jadi selain menerima kata-kata tersebut dari kakaknya sendiri, menjadi tugas anda untuk menyampaikan kepada si adik.

Ungkapan yang baik untuk anak #4 Mama tahu awak dah usaha yang terbaik

Anak kecil ingin memenuhi kemahuan anda, dan mencapai sasaran yang anda tetapkan untuknya. Dia mungkin telah berusaha keras untuk mencapai matlamatnya tetapi dia tidak berjaya melakukannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walau bagaimanapun, puji si comel untuk usaha beliau dan bantu dia memahami walaupun dia tidak mencapai apa yang anda minta dia lakukan, anda masih gembira kerana dia mencuba yang terbaik.

Kata positif untuk si manja #5 Terima kasih sebab tolong mama! 

Walaupun anak tidak ungkapkan kata-kata ini, kenapa tidak anda yang mulakan dulu? Satu hari nanti pasti si kecil akan terikut cara anda dan sering mengucapkan  terima kasih!

Ucapkan terima kasih pada setiap kelakuannya yang baik dan apabila dia melakukan sesuatu bersama anda, dia akan belajar menghargai setiap pertolongan yang diterimanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ayat yang positif #6 Wah cantiknya!

Apabila anak melukis gambar misalnya, puji betapa cantiknya lukisan tersebut yang dibuat dengan usahanya. Tampalkan di pintu peti sejuk, anak akan berasa bangga kerana melakukan sesuatu yang penting dan disukai.

Anak akan lebih bersemangat dengan pencapaiannya. Jika boleh, lakukan pujian di depan keluarga anda yang lain.

Ayat positif Positif #7 Mama tidak akan ubah fikiran

Anak seringkali memberontak apabila mahu mendapatkan sesuatu atau tidak melakukan tugasan. Gunakan ayat ini untuk bertegas yang anda benar-benar maksudkan anda tidak akan menyerah, walaupun dia mengeluh.

Sekiranya anda mudah untuk menyerah dan melayan kemahuan anak, dia akan belajar memberontak dan menganggap ia merupakan cara terbaik baginya untuk mendapatkan sesuatu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kata Positif #8 Maafkan Mama, Mama salah

Ini menunjukkan kepadanya yang anda juga insan biasa yang boleh membuat kesilapan. Apabila perkara sebegini berlaku, ucapan maaf adalah penting dan ia bukan satu masalah besar.

Walaupun dia hanya kanak-kanak, mereka juga berhak menerima kata maaf, malah boleh mempelajari untuk bersikap lebih baik.

Ucapkan kata penyesalan dan katakan dengan jujur. Dengan ini anak anda juga akan beajar bersikap jujur dan lebih ringan mulut untuk mengatakan maaf.

Contoh ayat positif #9 Tolong buatkan untuk Mama

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anda ingin anak anda bersikap sopan, mempunyai etika dan tidak berlaku kasar, salah satu strategi terbaik untuk anda sendiri memberi contoh buatnya. Anda haruslah menunjukkan nilai-nilai murni dan bersopan sepanjang masa.

Jika anda mengeluh dan asyik mengadu sepanjang hari, jangan terkejut pula jika si kecil anda melakukan perkara yang sama!

Kata yang positif untuk anak#10 Mama suka awak ada sekali

Bila kita penat dan stress, kita mungkin akan membebel kepada anak apabila dia melakukan kesalahan kecil. Apabila ini berlaku, anak anda mungkin akan berasa seolah-olah anda tidak menyayanginya.

Hakikatnya dia mahukan anda untuk gembira dan mahu anda menyenangi kehadirannya. Jadi, selepas kemarahan anda reda, peluk anak anda dan beritahu dia yang anda suka dia ada bersama, dan dia membuatkan anda bahagia.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Pengalaman Anak Speech Delay, Ibu Kongsi Cara Bantu Anak Kuasai 1000 Perkataan Dalam Masa 6 Bulan

Baca juga: 4 Cara Bercakap Dengan Anak Untuk Ibu Bapa Jika Si Kecil Itu Selalu Kata TIDAK dan TAKNAK!

Baca juga: Kerap Berbual Dengan Bayi Dapat Merangsang Otak & Membuatkan Anak Lebih Bijak

Penulis

Beto Rahman