Cantiknya Kate Middleton selepas bersalin! Layanan Putera William juga tip top

Kecantikan Kate Middleton selepas bersalin menjadi perdebatan antara netizen, ada yang memuji kecantikannya dan tak kurang juga beri komen sinis!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kecantikan Kate Middleton selepas bersalin memang tak ada tandingannya. Berbeza dengan kita selepas bersalin, muka comot dan sememeh entah apa-apa, dengan rambut berserabai!

Mana taknya, selepas bersalin rasa tak larat nak melawa. Kita hanya nak tidur dan rehat sepanjang hari. 

Baby tidur lagi senang mak dia nak pejam mata. Tapi lain pula dengan permaisuri kesayangan seluruh dunia ini, Kate Middleton selepas bersalin tetap kelihatan anggun, cantik dan kemas. Untung sungguh Putera William! 

Lensa kamera jurufoto tak putus-putus merakam saat detik Kate Middleton melangkah keluar dari hospital sambil mendukung bayi ketiganya, diiringi William.

Tatkala itu, dia menggayakan blaus kembang warna merah hati dan berbunga di bahagian kolar. Wajahnya pula hanya ditempek sedikit bedak dan secalit lipstik pink. Cukup menawan seayu tuan empunya badan!

Ramai netizen tak sangka Kate Middleton selepas bersalin tetap kekal cantik dan bergaya. Mulalah kemudiannya disusuli dengan gambar lucu perbezaan antara rakyat biasa dengan permaisuri jelita itu selepas melahirkan anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lucu juga lihat gambar mengajuk itu, nakal betul netizen sekarang ini. haha! 

Kate Middleton selepas bersalin; netizen pertikai kenapa dia cantik sangat 

Antara reaksi netizen terhadap Kate Middleton selepas bersalin Kredit: FB pages Ikram

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: FB pages Ikram

Jangan buat perbandingan antara anda dan Kate Middleton selepas bersalin

Kalau anda membandingkan Kate Middleton selepas bersalin dengan anda selepas bersalin, memang akan nampak bagai langit dengan bumi. Hehe. Dia kan permaisuri…

Banyak tangan yang bantu. Jadi netizen jangan cepat melatah ok! Relaks and cool sudah…

Untuk ibu bapa sekalian, daripada anda duduk bandingkan kecantikan Kate, apa kata anda cuba lihat kecantikan semula jadi dia itu datang daripada mana. Melalui hatinya yang baik atau pemakaian yang mahal? 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kalau anda pertikai kenapa Kate pakai kasut tumit selepas bersalin, cuba tengok betapa kuatnya genggaman tangan William terhadap isteri kesayangannya itu. Itu tanda beliau tahu Kate akan kekok untuk berjalan.

Manis je bila tengok! 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

sumber: theAsianparent Singapore

Baca juga 

https://my.theasianparent.combayi-ketiga-kate-middleton

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan