10 jenis kawan imaginasi kanak-kanak yang agak menyeramkan

Anak anda ada kawan imaginasi yang aneh? Ikuti 10 jenis kawan imaginasi kanak-kanak yang menyeramkan ini. Anda pasti terkejut membacanya!

9 jenis kawan imaginasi kanak-kanak

Kanak-kanak mempunyai daya imaginasi yang sangat tinggi. Dari berfikir cara bermain, mencipta cerita hinggalah ke kawan imaginasi. Ini kerana mereka masih bersih dan belum dipengaruhi banyak benda, jadi imaginasi mereka tiada had.

Para pengguna internet, Reddit telah mengongsikan keterangan tentang imagination friends menakutkan yang pernah mereka dengar dari anak-anak mereka. Dan ini 10 daripadanya: 

1. Kelly dalam almari (Kelly in the Closet)

“Ketika anak perempuan saya berusia 3 tahun, dia ada kawan imaginasi bernama Kelly yang tinggal dalam almarinya. Kelly duduk di atas kerusi goyang kecilnya semasa tidur dan bermain. 

2 tahun kemudian, ketika saya dan isteri sedang menonton Amityville, anak kami keluar semasa budak perempuan mati muncul. Dia langsung tidak terganggu malah berkata, itu kelihatan seperti Kelly.

Dan bila kami tanya siapa Kelly, dia jawab budak perempuan mati yang tinggal dalam almarinya.” – BrownXCoat

Urgh, seram!

2. The Creeper Man

“Anak lelaki saya yang berusia 3 tahun selalu bercerita tentang lelaki creeper yang tinggal di dalam bilik ibu dan ayah. Dia menceritakannya selepas melawat mereka.

Saya telah membuat kesilapan apabila bertanya bagaimana rupa creeper man itu.

Dia jawab ‘Oh, dia tidak ada muka….'” – TravelsWithTheDoctor

3. Sepupu yang sudah meninggal

“Sepupu saya meninggal ketika usianya 6 tahun, dan adik lelaki saya ketika itu berusia lebih kurang 2-3 bulan. Bila dia berumur lebih kurang 3 tahun, adik saya mula bermain kereta mainan di atas tikar sambil bercakap sendirian.

Bila ibu tanya dia bercakap dengan siapa, dengan selamba dia menyebut nama sepupu saya yang sudah meninggal itu, sungguh menyeramkan!!!” -_bri_

4. “Kejahatan sedang datang”

“Apabila anak sulung saya berusia 2 tahun, dia ada beberapa kawan imaginasi, Dodo dan Deedee. Mereka adalah kawan imaginasi yang biasa. Dia akan bercakap dengan mereka, bermain dan bercerita tentang hidup masing-masing.

Kemudian satu hari, ketika dia sedang bercakap dengan telefon mainannya semasa saya sedang masuk ke bilik, dia meletakkan telefon dan berkata ‘kejahatan sedang datang‘ dengan suara yang menakutkan! Terkejut saya.

Dia betul-betul ada kawan imaginasi bernama “The Evil” (bermaksud kejahatan). Rupanya ‘The Evil’ adalah kawan yang baik, cuma dengan nama yang menyeramkan.” -Superfish1984

5. Kapten

“Seorang ibu bapa kepada anak murid saya memberitahu yang dia risau dengan anaknya yang berusia 7 tahun. Anaknya bercakap tentang hantu yang tidak dapat dilihat, malah bercakap dan bermain dengannya dalam bilik.

Anaknya cerita lagi yang hantu itu dipanggil Kapten dan dia merupakan lelaki berkulit putih dengan janggut.

Budak itu memberitahu ibunya yang Kapten memberitahunya apabila dia besar, kerjanya adalah untuk membunuh orang dan Kapten akan beritahu siapa yang perlu dibunuh. Budak tersebut akan menangis kerana tidak mahu, tapi Kapten memberitahunya yang dia tiada pilihan dan lama-kelamaan akan terbiasa membunuh.” -MidnightXII

6. Arnab jahat (Bad Rabbit)

“Sepupu saya ada patung arnab. Dia akan bercakap dengannya dan membawanya ke mana saja. Satu hari ketika sedang tidur di atas sofa sementara saya menjaganya, dia bangun kemudian  menjerit ke arnabnya tanpa sebab.

Ada satu kejadian ketika dia tidur, kemudian dia bangun, merenung arnab itu dan mula menjerit ‘Tidak! Awak tidak boleh buat itu! Ia jahat! Jangan buat!” berulang kali. Saya cuba tanya apa yang tidak kena, cuba menghentikan dia, tapi tak berjaya.

Kemudian saya ambil arnab tersebut, letakkan di atas. Dan apabila saya turun semula, arnab itu sedang tidur di atas sofa….” -trethompson

7. Jack

Di dalam satu perbualan di antara murid (5 tahun) dan saya:

Saya: Awak hendak tulis tentang apa?

Dia: Jack

Saya: Oh? Siapa Jack?

Dia: Kawan imaginasi saya

Saya: Oh, ok, beritahu saya sesuatu tentang Jack

Dia: Dia dah mati. 

-sandwhichwench

8. Roger

“Kawan imaginasi adik saya, Roger, tinggal di bawah meja kopi kami. Roger ada isteri dan 9 anak. Roger dan keluarganya hidup dengan aman di samping keluarga kami selama 3 tahun.

Satu hari, adik saya mengumumkan yang Roger tidak lagi bersama kami kerana telah menembak dirinya dan seluruh keluargnya. Saya tidak pasti jika dia masih ingat ini semua. Tapi gayanya yang langsung tidak menunjukkan rasa sedih amat mengganggu.” -ritzcharlatan

9. Greg

“Saya tanya anak saya yang berusia 6 tahun apa yang dia sedang lakukan, dia menjawab ‘bermain dengan Greg‘. Bila saya tanya lagi apa yang mereka sedang lakukan, anak saya menjawab ‘membuat bayi’!” -WeKnowNot

10. Malaikat maut (Angel of Death)

“Semasa adik saya masih kecil, dia berlagak seperti dia ada malaikat bercakap dengannya setiap masa. Satu hari ibu terdengar dia berkata, ‘saya tak boleh bunuh dia! Dia ayah saya!'” – yomotha

Memang menakutkan. Bagaimana dengan anda? Pernah ke anda terdengar atau mengalami sendiri kawan imaginasi anak-anak seperti ini? Kongsikan ia dengan kami.

 

 

 

Sumber: theAsianParent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Penulis

Aqma