Walau Tak Kaya Dengan Harta, Tubuh Sihat & Perkahwinan Bahagia Juga Rezeki Yang Besar

Bertubuh badan sihat, anak-anak yang cerdas, mempunyai kerja tetap adalah antara kaya hati dan merupakan salah satu bentuk rezeki Allah SWT. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun tidak kaya dengan harta, tidak hidup mewah bukan bermakna anda tidak murah rezeki. Ramai manusia yang silap menganggap rezeki tuhan itu hadir dalam bentuk wang ringgit semata. Sedangkan bertubuh badan sihat, anak-anak yang cerdas, mempunyai kerja tetap adalah antara kaya hati dan merupakan salah satu bentuk rezeki Allah SWT. 

Namun ia terserah juga kepada individu, kerana rata-rata manusia hanya mahu kaya harta dan tidak peduli akan kaya hati. Kaya hati itu di mana dia mempunyai sifat-sifat yang sentiasa bersyukur dengan rezeki yang ada, dengan kesihatan yang dimilikinya juga dengan kehidupan yang sudah ditentukan Allah. Yang mana satu anda mahu?

Orang kata bila kaya dengan harta ni memang hidup tidak pernah puas, sudah mempunyai wang yang banyak pun ada saja yang diperlukan lagi. Itu antara dugaan yang Allah beri. 

Berbeza dengan orang kaya hati di mana dia selalu rasa hidupnya penuh dan rasa bersyukur setiap hari dengan rezeki yang diberi tidak kisahlah dari bentuk apa pun. 

Antara bentuk rezeki Allah

#1. Cemerlang akhirat

Anda mungkin tidak punyai peluang untuk belajar hingga ke menara gading, atau belajar sampai ke luar negara. Dan percayalah bukan dari situ saja kita ukur tahap kecemerlangan seseorang. Ambil peluang ini untuk mempelajari lebih banyak ilmu-ilmu agama.

Sertai kelas-kelas atas talian yang dianjurkan oleh pihak-pihak yang sahih. Bila lagi untuk anda kutip saham akhirat dan menjadi orang yang cemerlang di sana?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di dunia anda mungkin tak punyai peluang, tapi percayalah semua orang punyai peluang yang sama untuk berjaya di akhirat. 

#2. Sihat tubuh badan

Pernah tak anda terfikir apabila melihat orang sakit kena ulang alik masuk hospital sedangkan usia sama seperti anda. Tapi anda sihat walafiat sahaja, walaupun kadang-kadang tu banyak juga benda tak dijaga.

Ada juga wanita yang tidak sihat bahagian peranakannya sampai perlu habis beribu-ribu untuk membuat rawatan ingin hamil, namun anda pula dengan sekali cubaan sudah menjadi ibu. Tidakkah itu rezeki namanya?

Sesuatu yang dipermudahkan untuk anda walhal pada orang lain ia cukup membebankan dan tertekan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Suami atau isteri yang penyayang

Mempunyai pasangan yang cukup memahami, sayang kita malah mengambil berat tentang kita cukup besar nikmatnya. Itulah antara anugerah terindah juga rezeki yang ‘mahal’ Allah berikan.

Sementara kita asyik dengar berita yang tidak enak tentang kisah rumah tangga orang, ada yang sanggup berbunuh kerana cemburu, kerana wang dan sebagainya.

Di rumah pasangan kita menunggu dengan kasih sayang, diucapkannya kata-kata cinta. Bersyukurlah. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Anak-anak yang cerdas

Sementara ada pasangan yang ternanti-nanti rezeki berbentuk zuriat, anda pula telah dikurniakan zuriat yang bukan saja comel malah sihat tubuh badan dan cerdas pula. Ada juga pasangan yang dikurniakan cahaya mata namun anak-anaknya sering jatuh sakit, ada juga anaknya tak sempurna.

Jadi walaupun tidak punyai harta yang banyak rezeki yang berbentuk sebegini bukankah mampu membuat anda lapang dada?

Tak perlulah merungut anak tak dapat masuk sekolah persendirian ke, tak boleh hantar belajar ke luar negara ke. Itu semua bukanlah satu kepentingan.

Ukur baju di badan sendiri

Jadi untuk anda memikirkan mengapalah aku tak kaya macam dia, cuba ingat balik rezeki-rezeki yang Allah kurniakan pada kamu. Mungkin apa yang anda padu kamu itu tiada pada dia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dan jika mahu berbelanja itu ikutlah kemampuan diri, jangan sebab anda terlalu obses dan ingin jadi seperti orang yang kaya itu anda hanyut lantas tidak bersyukur dengan rezeki yang ada.

Beringatlah, sekali Allah tarik rezeki yang ada itu, yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Percayalah, Kebahagiaan & Rezeki Bukan Datang Dalam Bentuk Wang Saja, Tapi Dalam Pelbagai Bentuk Lain…

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan