Pelukan erat memang dapat membuatkan perkara rasa lebih baik, kan? Tapi hakikatnya… semakin ramai pasangan suami isteri yang terlalu sibuk hingga terlupa untuk memeluk pasangan masing-masing. Tapi tahukah anda tentang kebaikan memeluk pasangan?
Terbaru, kajian membuktikan bagaimana kebaikan memeluk pasangan mampu mengeratkan lagi hubungan perkahwinan anda.
Antara penemuan menarik kajian ini ialah jika anda memeluk pasangan kurang dari 6 saat, anda mungkin sedang memeluk pasangan dengan cara yang salah.
Kebaikan memeluk pasangan: Peluk selama 6 saat atau lebih!
Semasa memeluk pasangan atau anak-anak, satu hormon yang dikenali sebagai oksitoksin akan dikeluarkan dari badan. Hormon ini juga dikenali sebagai hormon gembira yang memberi rasa ikatan dengan orang tersayang.
Dan bila hormon ini ada, rasa gembira dan bahagia akan semakin meningkat. Namun pelukan yang hanya sekejap tidak mampu meransang hormon ini untuk keluar.
Pelukan perlu mengambil masa lebih dari enam saat untuk merangsang otak supaya memberi badan mengeluarkan hormon ini. Bersama oksitoksin adalah hormon baik seperti serotonin juga!
Kajian lain pula menunjukkan yang pelukan selama 10 saat dapat menurunkan risiko penyakit jantung, meningkatkan sistem imun dan mengurangkan stress!
Dan kebaikan memeluk pasangan akan mmenjadi lebih baik apabila anda mencapai 20 saat. Ia terbukti dapat membantu tekanan darah dan kadar degupan jantung.
Ini kesan memeluk pasangan pada kesihatan diri
Kajian turut mendedahkan yang pelukan ringkas juga mampu memberikan manfaat yang banyak kepada kita. Apabila kita memeluk di antara satu sama lain, hubungan yang terjalin akan lebih erat dan kesihatan fizikal akan lebih baik.
Kini, ada lebih sebab untuk anda memeluk pasangan, kan! Menurut satu kajian di University of North Carolina, wanita yang mendapat banyak pelukan dari pasangannya memiliki kurang risiko untuk mendapat darah tinggi.
Tambahan pulak, pelukan yang merembeskan hormon oksitoksin ini akan membawa kepada hubungan lebih erat dengan suami.
Kajian juga menunjukkan ramai individu mempunyai hubungan lebih positif apabila memiliki hormon oksitoksin yang lebih tinggi.
Sama juga ketika dengan anak-anak. Kajian membuktikan kanak-kanak yang mendapat pelukan dari ibu mereka mempunyai tahap kortisol atau hormon stress yang lebih rendah walaupun selepas satu jam.
Malah hormon oksitoksin yang terembes juga mengeratkan hubungan ibu dan bayi.
Kebaikannya tidak ternilai
Sebuah keluarga terapi terkenal di Virginia Satir memberitahu, rawatan di tempat terapi mereka memerlukan individu memberi 4 pelukan untuk bertahan, 8 pelukan sehari untuk membaik pulih hubungan dan 12 pelukan untuk pertumbuhan kesihatan.
Lihat bagaimana kebaikan memeluk pasangan ini. Ia merupakan perubahan yang besar hanya dengan sentuhan ringkas. Jadi jika kasih sayang fizikal ini bukan amalan keluarga anda, anda patut mulakannya.
Peluk erat pasangan atau anak sebelum keluar rumah, sebelum pergi kerja, sebelum tidur malah peluklah mereka tanpa sebab. Bukan sahaja hubungan kekeluargaan makin erat, malah kesihatan juga semakin baik!
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: theAsianparent Singapore
Baca juga: Keluarga Lebih Bahagia Jika Anda Amalkan 5 Perkara Penting Ini, No 1 WAJIB Tau!