Pengambilan Minuman Probiotik Untuk Kesihatan Usus Dan Mental, Kajian Buktikan Kebaikannya

Amalan gaya hidup yang tidak sihat boleh menjejaskan kesihatan keseluruhan terutamanya gangguan pencernaan dan mental. Pengambilan probiotik setiap hari dapat membantu. Tahukah anda akan kebaikan minuman probiotik untuk kesihatan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam mengharungi kehidupan seharian, setiap orang berdepan ujian dan cabaran berbeza sehingga ia memberikan kesan terhadap kesejahteraan mental. 

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Sinar Harian, kesihatan mental rakyat Malaysia kini berada pada tahap yang membimbangkan. Ini boleh dilihat apabila banyak berlaku kes-kes bunuh diri, kemurungan dan tekanan perasaan.

Majlis Keselamatan Negara telah mengeluarkan Statistik Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2015 mendedahkan satu per tiga rakyat Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas berdepan masalah mental.

Pada tahun 2019 pula, KKM telah merekodkan sebanyak 2.3% orang dewasa dan 9.5% kanak-kanak berusia 10-15 tahun mengalami masalah mental.

Manakala seorang daripada 20 orang kanak-kanak berusia 5 hingga 9 tahun di Malaysia kini mengalami gangguan mental.

Hubungan Antara Kesihatan Usus Dan Mental (Gut-Brain Axis)

Stres yang berlebihan tidak hanya mempengaruhi cara seseorang berfikir dan bertindak, malah ia memberi kesan terhadap kesihatan usus.

University of New Hampshire mengatakan usus bertindak seperti otak kedua, berkomunikasi dan mempengaruhi otak yang sebenarnya.

Kajian terhadap hubungan antara otak dan usus, yang dikenali sebagai Gut-Brain Axis mendapati bakteria yang terdapat dalam usus boleh menyebabkan gangguan kesihatan mental seperti kebimbangan dan kemurungan.

Usus memainkan peranan besar dalam menghasilkan hormon yang mempengaruhi mood seseorang seperti serotonin dan dopamin.

Apakah Serotonin dan Fungsinya

Menurut Dr Norman Norawi, ramai diantara kita sebenarnya tidak menyedari bahawa terdapat satu bahan yang dihasilkan tubuh berperanan dalam mengawal mood dan emosi. Ia dikenali sebagai serotonin.

Serotonin adalah satu bahan semula jadi yang dihasilkan untuk pelbagai fungsi tubuh. Antaranya adalah menjalankan fungsi ‘penghubung saraf’ iaitu ‘neurotransmitter’ yang dipanggil sebagai ‘hormon gembira’.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini sesuatu yang amat menarik kerana kita mungkin tidak pernah menyangka bahawa perasaan gembira dan bahagia dikawal oleh satu bahan kimia dalam tubuh.

Hampir 95% serotonin dalam tubuh manusia dihasilkan oleh organ usus dan selebihnya ia dihasilkan oleh otak.

Oleh kerana itu, jika usus mengalami gangguan atau tidak sihat, maka ia boleh mempengaruhi fungsi otak manusia.

Berikut adalah beberapa fungsi utama serotonin dalam tubuh manusia:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Mengawal Mood: Serotonin sering dianggap sebagai neurotransmiter "meningkatkan mood" kerana ia terlibat dalam mengatur mood seseorang. Tahap serotonin yang seimbang boleh membantu mengekalkan mood yang stabil dan mencegah risiko kemurungan atau kebimbangan.
  • Peraturan Tidur dan Kitaran Sirkadian (Kitaran Kehidupan): Serotonin juga memainkan peranan dalam peraturan tidur dan kitaran sirkadian. Ia mempengaruhi pembentukan melatonin iaitu hormon yang membantu mengawal corak tidur.
  • Mengawal Selera Makan: Serotonin berperanan dalam mengawal selera makan. Peningkatan tahap serotonin boleh membuatkan anda rasa kenyang.

Disebabkan oleh serotonin menjadi kunci utama keseimbangan mood, emosi dan kognitif seseorang, kekurangan serotonin boleh menyebabkan masalah mood seperti kerisauan (anxiety) dan depressi (kemurungan).

Bagaimana Fungsi Otak Mempengaruhi Usus Besar?

Apabila anda dalam ketakutan, kerisauan dan stress, perasaan ini bukan saja berlaku dalam otak, tetapi otak juga memberikan isyarat pada usus, menyebabkan usus mengalami "perasaan yang serupa".

Disebabkan itulah anda cenderung mengalami cirit-birit, kekembungan, pedih ulu hati dan ada kalanya sembelit. 

Oleh itu banyak kajian kini menunjukkan penyakit yang berkaitan usus seperti Irritable Bowel Syndrome (IBS), atau masalah sembelit yang kronik (Chronic Constipation) menyumbangkan kepada masalah kerisauan dan kemurungan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Makanan Mempengaruhi Kesihatan Usus

Apa yang kita makan secara langsung memberi kesan kepada kesihatan usus kita, mempengaruhi keseimbangan bakteria baik, mengurangkan keradangan dan menyediakan nutrien penting.

Berikut bagaimana makanan mempengaruhi kesihatan usus:

  1. Makanan Serat Tinggi untuk Fungsi Usus yang Lebih Baik: Makanan yang kaya dengan serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, dan bijirin penuh, adalah penting bagi menggalakkan pergerakan usus teratur serta mengurangkan risiko sembelit.
  2. Omega-3 untuk Melegakan Keradangan: Makanan yang tinggi dengan asid lemak omega-3 seperti ikan berlemak, kacang dan bijirin mempunyai sifat anti-radang, mengurangkan risiko keradangan kronik dalam usus.
  3. Mengehadkan Gula dan Lemak Tepu: Diet tinggi gula dan lemak tepu boleh mengganggu keseimbangan bakteria dalam usus, meningkatkan risiko keradangan. Ia juga menyebabkan bakteria tidak sihat membiak akibat lebihan gula dan lemak tepu.
  4. Probiotik dan Makanan yang Difermentasi: Probiotik mengekalkan keseimbangan antara bakteria baik dan jahat dalam usus kita, menyokong sistem imun dan penghadaman.

Probiotik Membantu Meningkatkan Mood Dan Kurangkan Stres 

Probiotic Learrning Lab mendapati bahawa beberapa strain probiotik dapat memberi pengaruh positif pada suasana hati seseorang, yang kadang-kadang disebut 'psikobiotik'.

Saat ini, diyakini bahwa mikrobiota usus dapat mempengaruhi suasana hati melalui tiga cara utama, meskipun penelitian lebih lanjut diperlukan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Beberapa probiotik menghasilkan neurotransmitter dalam usus atau kemampuan tubuh untuk menghasilkan neurotransmitter, serotonin dan dopamin. Ini sekaligus mempengaruhi kimia dan fungsi otak, mengubah perilaku dan suasana hati.
  2. Efek 'psikobiotik' pada paksi hipotalamus-pituitari-adrenal (paksi HPA), yang mengatur respons stres dan hormon terhadap tekanan fizik atau psikologi. Ketidakseimbangan dalam paksi HPA dapat mengakibatkan gangguan dalam produksi kortisol harian dan hormon stres, yang menyebabkan perasaan tertekan, perubahan suasana hati dan gangguan tidur.
  3. Pengaruh probiotik terhadap keradangan. Tingkat keradangan yang tinggi menjadi faktor suasana hati yang rendah. Ketidakseimbangan mikrobiota usus, yang dikenal sebagai dysbiosis menyebabkan 'usus bocor'. Dengan memperbaiki komposisi flora usus menggunakan strain bakteria probiotik tertentu, penelitian menunjukkan peningkatan positif dalam suasana hati mahupun gejala stres.

Penemuan Terbaharu Minuman Probiotik Pada Kesihatan Usus Dan Mental

Secara umumnya, anda boleh mendapat banyak probiotik daripada makanan yang anda makan.

Jika anda memilih untuk mengambil minuman probiotik, minuman susu yang ditapai (fermented milk) adalah disyorkan. 

Minuman probiotik No.1 di Malaysia iaitu VITAGEN adalah terbukti secara klinikal dapat meningkatkan sistem penghadaman dan sistem imun anda.

VITAGEN mengandungi berbilion-bilion kultur probiotik hidup iaitu Lactobacillus acidophilus dan Lactobacillus paracasei yang diimport khas daripada Makmal Chr. Hansen, pengeluar probiotik premium yang terkenal bertaraf dunia. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dihasilkan dengan menapai susu skim dengan jus buah asli, anda boleh mendapat manfaat kesihatan usus dan mental  yang terbaik dalam setiap botol VITAGEN. VITAGEN kini hadir dengan pilihan Less Sugar dan Regular untuk keperluan seisi keluarga.

Bukan itu sahaja, minuman probiotik ini mempunyai perisa asli, oren, epal hijau, nanas dan yang paling disukai ramai adalah perisa anggur! Ia adalah hidangan yang sempurna untuk seisi keluarga dalam mengekalkan kesihatan usus.

Baru-baru ini, Kumpulan Penyelidikan GUT, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia telah menjalankan penyelidikan klinikal untuk melihat secara terperinci bagaimana susu kultur yang mengandungi lactobacillus mempengaruhi mood seseorang. Kajian tersebut telah dijalankan ke atas pesakit-pesakit Sindrom Iritasi Usus (IBS) dengan kemurungan subthreshold. Mereka mengambil dua botol VITAGEN setiap hari selama 12 minggu.

Berikut hasil kajian yang diperoleh:

  •  Menambahkan aras serotonin sebanyak 47%
  •  Mengurangkan skor kemurungan sebanyak 42%
  • Meningkatkan kualiti hidup sebanyak 7.1%
  • Mengurangkan simptom sindrom penghadaman rengsa iritasi usus (perubahan tabiat buang air besar dan sakit abdomen) sebanyak 42.1%

Kesimpulannya, menjaga usus adalah sangat penting kerana di situlah segalanya bermula untuk kesihatan anda. Usus menjadi titik permulaan untuk kesihatan yang baik secara keseluruhan, malah kira-kira 80% sistem pertahanan badan yang dipanggil imuniti, berada di dalam usus anda.

Amalkan pemakanan yang baik, menambah bakteria baik dengan mengambil minuman probiotik dan membuat pilihan gaya hidup sihat dapat meningkatkan keupayaan seluruh badan agar kekal sihat.

Untuk maklumat lanjut mengenai minuman probiotik VITAGEN, anda boleh terus melayari laman web rasmi VITAGEN.