Kalau Nak Anak Tidur Awal, Wajib Bawa Mereka Pijak Tanah/Rumput Waktu Petang!- Pakar

Ada banyak kebaikan jika anak-anak tidur awal, antaranya dapat membantu perkembangan otak dan fizikal, doktor ini berkongsi satu cara untuk mudah tidur!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memang banyak kebaikan bagi anak-anak yang mudah tidur awal. Ia membantu perkembangan anak-anak secara menyeluruh, secara mental dan fizikal. 

Tapi apa yang buat ibu bapa runsing adalah, kanak-kanak memang susah untuk tidur awal. Lagi-lagi anak berusia 2 tahun keatas, ada saja yang membuat mereka ini distracted. 

Walau bagaimanapun, ibu bapa tak perlu risau, setiap masalah ada penyelesaiannya. Menurut perkongsian Doktor Mazliana Mazlan menerusi kirimannya di Facebook, ibu bapa kena rajin bawa anak jejak tanah atau rumput di waktu petang kalau mahu anak mudah tidur!

Pijak tanah atau rumput bantu anak tidur awal

Cuba ajak anak jejak tanah atau rumput waktu petang, kalau mereka susah sangat nak tidur sebelum 10 malam.

Kaki tangan yang bersentuhan dengan tanah atau rumput, kita namakan grounding, atau earthing.
Kajian menyatakan, proses grounding sekurang-kurangnya 30 minit, dapat turunkan hormon stress iaitu cortisol dalam badan kita.

Maka, anak-anak akan lebih mudah untuk tidur di malam hari kerana paras hormon stress telah menurun.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tak perlu pegi jauh pun sebenarnya, tanah dan rumput depan rumah pun dah cukup. Asalkan ia betul-betul di atas tanah.

Kalau dapat pasir pantai dan air laut, lagi best kesan dia. Sebelum Isya’ pun, mesti anak-anak dah terlentok di bucu katil.

Sama-sama kita cuba ya, untuk beri masa 30 minit setiap hari biarkan anak berkaki ayam di depan rumah, supaya mereka dapat tidur awal dan berkualiti setiap hari.

Tidur sangat penting untuk perkembangan otak dan kesihatan tubuh badan anak kan? ❤️

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut doktor, apabila bawa anak bermain di atas tanah atau rumput ia boleh mengurangkan hormon stress mereka, sebab itula sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan kali pertama dulu ramai ibu bapa merungut anak-anak mereka kuat mengamuk, tak mahu tidur awal, malah ada yang berjaga sepanjang malam. Ini disebabkan mereka tidak dapat melepaskan hormon stress mereka.

Kebaikan tidur awal dan tidur yang cukup untuk kanak-kanak

#1. Menyingkirkan toksik dalam otak

Otak memerlukan tenaga untuk berfungsi. Hasil daripada itu ia menghasilkan sejenis toksik yang perlu disingkirkan melalui sistem glymphatic. Ia juga menjadi punca berlakunya penyakit Alzheimer.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sistem glymphatic ini berfungsi sepanjang masa, tetapi lebih aktif semasa tidur. Jadi bagi memastikan proses pembersihan berjalan lancar, ibu ayah hendaklah memastikan si manja tidur yang cukup.

#2. Menjadikan otak lebih kreatif

Hypnagogia merupakan keadaan seseorang itu antara sedar dan tidur. Ketika dalam fasa ini, si manja akan menemui cara kreatif untuk menyelesaikan masalah yang berlaku pada siang hari.

Hal ini kerana otak menyusun dan menstruktur semula memori. Ini sekaligus mampu meningkatkan daya kreativiti anak kecil anda.

#3. Menguatkan ingatan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sewaktu si manja memperoleh tidur yang berkualiti, memori jangka pendek akan ditukar kepada memori jangka panjang. Semasa tidur juga otak akan memaparkan semula kejadian yang berlaku pada hari tersebut dan sekaligus menguatkan ingatan.

Menurut Sleep Deprivation dan False Memories, waktu tidur yang tidak mencukupi pada kanak-kanak bukan sahaja menyebabkan otak tidak mampu menukar memori jangka pendek kepada jangka panjang. Malah, ia turut bercampur aduk daripada situasi yang lain sehingga mewujudkanfalse memories.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Mazliana Mazlan

Baca juga: Walker Untuk Bayi Boleh Jejas Perkembangan Motor & Mental Bayi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan